Anak-anak kalau dibiarkan memang akan berjaga dan tidur lewat setiap malam. Kadang memang dah suruh baik-baik dan minta mereka tidur, tapi ada sahaja aktiviti mereka sebelum nak tidur.
Makanya peranan ibu dan ayah memang penting untuk pastikan mereka tidur dan tidak lagi membuat aktiviti lain. maklum sahaja sekolah pun bakal di buka tak lama lagi. Jadi sebaiknya mula dari sekarang untuk mendapatkan kembali rutin tidur yang cukup buat anak-anak.
Perkongsian oleh Rose Farra di Facebook tentang caranya untuk menidurkan anak-anaknya boleh dijadikan panduan. Selain membacakan ayat-ayat suci Al Quran seperti 3 Qul dan ayat Qursi, paling menarik berbisik pada anak ketika si kecil sedang hanyut dalam minda bawah sedarnya.
Ajak anak tidur, sudahnya mak yang terkulai dulu
Dah sampai waktu tidur anak-anak tapi nampak gayanya aktif kemain lagi. Akhirnya di ajak nya kita bermain walau pun di tengah malam.
Tapi ketahuilah ada rahsia nya dan dah lama sangat saya guna dan menjadi untuk kedua sekali.
Biasa kita selalu anggap oh kena main banyak petang ni, sebelum tidur pun main juga. Sekali dengan kita bermain, akhirnya kita yang terkulai dulu.
Baik, pertama sekali jika nak anak tidur ikut waktu pasti kan mereka tidak bermain terlampau sebelum tidur. Kerana otak dan badan mereka masih mengatakan oh masa main lagi ni.
Jadi, biarkan mereka berehat. Biasa saya akan urut kaki, perut, belakang dan dada. Cukup jika ada losyen atau pun minyak angin. Urut lembut je bukan beria sangat.
Yang kedua saya suka garu lembut belakang dan rambut. Buat mereka terus ajak jom tidur dah ngantuk.
Yang ketiga, saya akan tukar lampin atau suruh kencing dahulu sebelum tidur. Takde lah mereka rasa tak selesa untuk terus tidur nyenyak dan lama.
Pastikan mereka jauh dari gajet yang mengganggu proses tidur mereka. Elak tengok televisyen sebelum tidur.
Sebelum nak tidur saya suka alunkan 3 qul, ayat qursi, Tapi pastikan kita yang alunkan dengan suara yang mendayu-dayu.
Last sekali lepas je baca 3 qul, saya cepat-cepat affirmation kan mereka. Puji mereka baik, juara, boleh buat, apa yang nak jadi, dan yg islamik sikit.
Bisik di telinga mereka,.saya Qhatam quran sebulan sekali, suka solat awal waktu, suka solat sunat tahajud dan dhuha. Suka sedekah, suka kuar zakat, ajar mengucap dan bagitau Allah sayang. Nabi sayang. Saya biarkan mereka hanyut dalam minda separa sedar mereka. Dan biarkan sebati itulah mereka. Hingga akhirnya boleh bawa ke minda bawah sedar. Tak buat tak boleh.
Biasa dengar satu cerita dulu ada seorang mamat ni excident motor terlanggar trellar.Tulang lutut terkeluar dan di mulutnya di sebut rokok, rokok.
Dan tahu kan tuan guru nik aziz, semasa beliau koma dulu doktor pun terkejut sekitar pukul 3 pagi mulutnya seperti mengalunkan quran.
Jadi, ianya bermula dari kita mak ayah. Nak mereka ikut kita, manjakan mereka sebelum tidur. 5 minit dah hilang dari radar. Percayalah.
Kita pun boleh relax lebih awal. Dapat plan tugasan untuk keesokan pulak kan.
Dapat sesuatu, jika manfaat jemput #kongsi.
Sumber: Rose Farra
artikel menarik: Lompat sana sini cukup masa tak tidur jugak! ibu ni kongsi resipi buat anak suka nak tidur bonding mak anak dapat tidur pun berkualiti