Anak-anak anugerah terindah buat ibu bapa. Bagaimana kita mencorakkan itulah penentu kejayaan mereka. Sebaiknya sejak dari kecil lagi, pendedahan mengenai perkara positif harus dilaksanakan seawal usia.

Tak dinafikan, ada ketikanya akan wujud kesukaran untuk mendidik anak-anak, kerana bagi kanak-kanak, bermain adalah salah satu kepuasan diri buat mereka. Jadi, untuk memastikan kanak-kanak ini kekal dengan rutin yang sama, ianya memberi cabaran yang baru buat ibu bapa.

Dalam soal mendekatkan diri anak dengan al-Quran bukan mudah. Ia memerlukan kesabaran dan konsisten sepanjang masa agar anak terbiasa dan menjadikan bacaan al-Quran suatu aktiviti yang menyeronokkan.

Baca al-Quran Depan Anak-Anak Rahsia Ibu Ini Latih Anak Cinta Kalam Allah

Berdasarkan perkongsian dari Puan Haryati Omar, caranya mendekatkan  anak dengan al-Quran adalah mulakan sejak anak usia setahun. Walaupun masih belum memahami tetapi lama-kelamaan anak jadi minat.

Ibu kepada 5 cahaya mata berusia 22 hingga 3 tahun ini juga turut memastikan amalan membaca al-Quran di depan anak-anak antara salah satu rahsia menarik minat mereka.

IKLAN

“Saya tak paksa tapi tunjukkan di depan anak-anak terutama di waktu lapang atau selepas solat.

“Alhamdulillah anak-anak dapat menerimanya dan sekarang mereka juga tak perlu di suruh.

Baca al-Quran Depan Anak-Anak Rahsia Ibu Ini Latih Anak Cinta Kalam Allah

“Antara pendekatan yang saya rasa berkesan juga, biasakan anak mendengar cd ayat-ayat suci al-Quran. Walaupun kita nampak biasa, tapi kesannya sangat hebat kerana mereka boleh mengikut bacaan itu,” katanya.

IKLAN

Menyentuh mengenai pemakanan juga, Haryati turut menyatakan makanan ringan memang tak didedahkan pada anak-anak. Apa yang anak makan akan dipantau.

“Biasanya saya lebih suka anak makan buah-buahan, makanan sunnah yang boleh menguatkan otak selain makanan berzat.

Baca al-Quran Depan Anak-Anak Rahsia Ibu Ini Latih Anak Cinta Kalam Allah

“Biarlah orang nak kata saya menyekat kebebasan anak tapi inilah salah satu kunci untuk anak mudah menghafaz al-Quran.

IKLAN

“Impian saya hanya satu nak lihat anak-anak menjadi pendamping al-Quran dan menjadikan kalam Allah ini sebagai panduan hidup mereka sampai bila-bila,” ujarnya ketika ditemui sempena program World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIA.

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI