Memulakan urusan dengan perkataan Bismillah amalan yang mula. Lara Alana walau pun baru berusia 4 tahun sudah terbiasa menyebutnya secara spontan.
Lara Alana memang petah dan bijak. Buah hati kesayangan Awal Ashari & Scha Al-Yahya ini selalu menjadi perhatian netizen bukan sahaja kerana dia anak selebriti tetapi kerana kebijaksanaan dan telatahnya.
Walau pun baru berusia 4 tahun, Lara nampaknya sudah biasa memulakan sesuatu perkara dengan bacaan Bismillah dan dia telah menyebutnya dalam video penyediaan brownies di Instagram. Ini adalah sesuatu yang mengagumkan bagi kanak-kanak seusianya!
Lara tentunya telah dibiasakan untuk mengucapkannya perkataan mulia Bismillah oleh Awal & Scha. Perkara ini wajar untuk dicontohi ibu bapa yang lain dalam menitikberatkan adab sopan dan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak.
Bismillah adalah singkatan daripada Bismillahirrahmaanirrahiim yang bermaksud Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Netizen boleh mendengar dengan jelas perkataan Bismillah yang disebut Lara semasa anak kecil ini memasukkan setiap bahan iaitu air, minyak dan telur ke dalam mangkuk pengadun yang berisi tepung bagi menyediakan brownies.
Para pengikutnya kagum dan bangga dengan Lara serta memuji perlakuan murni ini.
Sumber: laraalana
Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 13 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Pengembara Cilik.