Esok sesi persekolahan baru akan bermula, tapi bagi yang berada di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia ada yang sudah pun memulakan sesi persekolahan baru untuk tahun 2020. Pasti banyak drama yang akan berlaku terutamanya untuk anak-anak yang masih kecil dan pertama kali untuk bangun ke sekolah. Ada yang teruja sampai tak tidur malam, tapi kebanyakkannya liat nak bangun dan menangis sebab tak biasa dengan keadaan yang baru bagi mereka.

Baca Surah Al-Insyirah Tiup Pada Ubun Anak, Nak Lembutkan Hati Si Kecil Senang Nak Ke Tadika Setiap Pagi
gambar hiasan

 

Perkongsian yang dibuat oleh Wawa Shauqi berkenaan memujuk anaknya ke sekolah buat pertama kali pada tahun lalu memang menarik. Bergelut dengan si kecilnya Ammar pada pertama kali untuk pakaikan baju, rupanya ia tidak berakhir di situ sahaja. Banyak lagi fasa yang perlu dilalui sehinggalah anaknya Ammar ok untuk ke sekolah.

Ammar Tak Pernah Berpisah Dengan Ibu

” Beberapa hari lagi, pasti ada ibu ayah yang akan lalui apa yang pernah kami lalui seperti gambar nombor 1 tu. Gambar tersebut merakamkan detik-detik sukar waktu nak memujuk anak ke sekolah.

Ammar sangat rapat dengan saya. Sayalah sahabat karibnya dari saat dia keluar ke dunia, sampailah umur 4 tahun waktu tu. Dah tentu berpisah dengan saya jadi perkara yang menakutkan untuknya.

Baca Surah Al-Insyirah Tiup Pada Ubun Anak, Nak Lembutkan Hati Si Kecil Senang Nak Ke Tadika Setiap Pagi

Seumur hidupnya, hanya 3 kali kami berjauhan. Pertama kali berjauhan pun dipaksa oleh kakak ipar untuk kami suami isteri keluar berdating. Siap dapat tiket konsert, tapi balik awal sebab hati tak tenang. 😂

1 kali lagi kerana saya sakit dan terpaksa ke hospital dan 1 kali waktu saya nak bersalinkan Aqlan.

 Seminggu hantar Ammar, seminggu tudung senget

Ohoi, waktu nak siapkan dia ke sekolah, bergelut kami laki bini nak pakaikan dia baju sekolah. Bila dapat sarung dan kami nak butangkan baju, Ammar menjerit,
“Jangan ikat leher Ammar! Jangan ikat leher Ammar!”

Cuba bayangkan kalau ada jiran dengar apa yang dijerit Ammar, agak-agak apa yang mereka fikirkan?

IKLAN

2 hari kemudian, kami dah melepasi stage Ammar dah ok pakai baju sekolah, kami lalui cabaran nak masukkan Ammar ke kereta pulak.

Allahu… macam orang gila masukkan dia dalam kereta, dia keluar balik. Kadang-kadang dah pujuk elok-elok, dia setuju. Tapi bila sampai depan sekolah, dipeluk erat mamanya sambil merayu, “Ammar takut mama takde.”

Ayat rayuan tu hampir-hampir buat saya putus asa. Mulalah datang rasa tak sanggup. Lalu saya mesej cikgu Ammar mohon bantuan ‘kaunseling’. Mujurlah cikgu Ammar sedia memberi sokongan penuh.

Baca Surah Al-Insyirah Tiup Pada Ubun Anak, Nak Lembutkan Hati Si Kecil Senang Nak Ke Tadika Setiap Pagi
Google Image

Sampai di depan sekolah, cikgu-cikgu menyambut dengan ceria. Wajah cikgu ceria. Tapi masing-masing bersiap sedia nak berperang dengan Ammar yang akan bergelut minta dilepas.

Seminggu saya menghantar Ammar ke sekolah, seminggu jugalah tudung saya senget-benget ditarik Ammar selepas serah dia ke tangan cikgunya. Agaknya bercalar-balar juga tangan cikgu bergelut dengan Ammar.

Minggu berganti minggu, Ammar mula seronok ke sekolah. Malah setiap kali nak menjemputnya, pasti dapat respon positif dari guru.

IKLAN

“Puan, tak sangka Ammar ni kelakar! Tadi dia cakap….”
“Puan, Ammar bagus, dia tolong teacher tadi.”
“Puan, Ammar dah hafal banyak surah ya?”
“Puan, Ammar ni very critical thinking.”

Lama juga Ammar nak serasi dengan sekolah, tapi bila dia mula serasi, cuti lama pun dia dah mula bertanya
“Bila nak sekolah? Lama Ammar tak jumpa teacher.”

Jadi, kalau ada di antara yang membaca ini menghadapi cabaran anak yang tak nak ke sekolah, bersabar dan jangan putus asa. Teruskan berkempen kepada anak dan ceritakan keseronokan-keseronokan yang akan diperolehinya bila berada di sekolah.

Doa Sangat Penting, Jangan Lupa Baca Surah Al-Insyirah

Doa sangat penting. Setiap malam, bacakan surah Al-Insyirah dan tiupkan di ubun-ubun anak. Mudah-mudahan lembut hatinya nak ke sekolah.

Alhamdulillah walaupun proses menyekolahkan anak saya tidak semudah orang lain, tapi pengakhirannya sangat manis. Sehinggakan waktu nak berpisah dengan guru-gurunya jadi momen yang pahit buat saya.

IKLAN

Melihat anak sendiri disayangi orang lain adalah satu anugerah yang sangat indah.

Melihat kepada tentatif program Ihtifal tempoh hari (Gambar 2) pun dah buat kami perasan tak sudah-sudah. Anak orang lain ada juga yang ‘perform’ solo, tapi tak adalah sampai nama ditulis 2 kali di atas tentatif.

Saya doakan sesiapa yang bakal lalui cabaran seperti saya juga akan mengakhiri cabaran ini dengan kemanisan juga, insya Allah.
Be strong parents!

p/s : Mohon alert juga sekiranya anak bermula gembira di sekolah tapi takut ke sekolah secara tiba-tiba. Takut-takut ada kes yang buat anak trauma.

Tiap orang pasti ada pengalaman tersendiri hantar anak-anak yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah. Memang huru hara tapi pastinya ia meninggalkan kenangan manis untuk dikenang kembali.

Sumber: Wawa Shauqi

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI