Kadang bila anak demam, perasaan risau tu sentiasa ada selagi anak tak sihat. Serba salah dibuatnya lagi-lagi anak kecil yang tak boleh nak beritahu yang dia tak selesa dan sakit.
Menerusi perkongsian dari Ustazah Nazirah Abd Rahim, ibu bapa boleh ikhtiarkan dengan cara mengamalkan doa dan selawat syifa untuk kesembuhan anak.
Sabda Nabi saw
“…demam itu berpunca dari bahang neraka Jahannam” iaitu panas yang bergejolak.
Sama dengan sabda Nabi Muhamamd saw yang lainnya : “Panas matahari yang terik berpunca dari bahang Jahannam.”
Penawar utama demam Rasulullah sebutkan adalah air. Dan air zam zam dalam hadis.
Hadis Bukhari dalam shahihnya dari Abu Jamrah Nashr bin Imraan Adh-Dhuba’I bahawa ia meriwayatkan :
Ads
“Aku pernah duduk dalam majlis ibnu Abbas di kota makkah, tiba tiba aku diserang demam”.
Kemudian ibnu Abbas berkata :
“sejukkanlah dengan air Zam zam kerana Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca dari bahang api Jahannam. Jadi sejukkan lah ia dengan air.” Atau “dengan air zam zam “
Ads
Ambillah air atau sebaiknya air zam zam doakan penawar demam panas pd air dan doakan pada anak.tiup ubun ubun anak anak. Dan tiup pd air. Buat mandi waktu selepas Asar-Maghrib. Buat ia bilasan akhir. Sebaiknya buat mandi sehingga panas sudah habis.
Doanya mudah 1. Surah al fatihah 2. Selawat syifa 3. Doa penyejuk demam 4. Ayat demam
Ads
Maka hati hati kita dengan panas demam ini. Anak demam panas jangan ambil mudah. Sebaiknya jangan sekali lupa berikan penawar sakit rohani. Sakit rohani inilah ramai yang tak tahu. Ia akan bawa mudarat lain pada anak.
Ada pesakit ustazah anak jadi sawan dan ada yang kesannya lebih teruk hingga jejaskan perkembangan mental dan fizikal. Anak jadi sudah tidak normal selepas kena demam panas.
*Setiap kali anak atau suami ustazah demam, ustazah akan rawat dan mandikan dengan air doa. Ustazah akan tambah doa lembut hati, doa kasih sayang dan doa sembuh penyakit. Alhamdulillah inilah tip anak-anak makin jadi dengar kata, taat dan suami jadi amat penyayang.
Bayi lelaki berusia setahun lima bulan yang dihempap pokok ru bersama ibunya dilaporkan meninggal dunia setelah lebih enam jam bertarung nyawa di Hospital Melaka di sini, pada Ahad.
Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Puteri, Tuminah Kadi bahawa Muhammad Zahfran Ilman Mohd Syazawan telah meninggal dunia.
Menurutnya, beliau dihubungi pihak hospital pada jam 1.30 pagi yang memaklumkan berita sedih tersebut dan berharap ibu bapa serta keluarga mangsa tabah dengan dugaan itu.
“Adik Muhammad Zafran Ilman Mohd Syazwan, mangsa dihempap pokok telah kembali kepada sang penciptanya sebentar tadi.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diharapkan ibu dan ayah serta keluarga tabah dengan dugaan ini,” katanya.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan kegembiraan lima beranak berkelah di pantai bertukar duka selepas dua daripada mereka termasuk bayi berusia setahun lima bulan cedera dihempap sebatang pokok ru di Pantai Puteri, Tanjung Kling.
Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu mengakibatkan seorang bayi lelaki dan ibunya dihempap pokok yang tumbang
Bila fikir sekali macam mana pasangan suami isteri yang ada anak ramai boleh uruskan keperluan keluarga dengan baik. Lagi-lagi dalam keadaan sekarang ni yang agak mencabar dan semuanya memerlukan komitmen tinggi.
Bagaimanapun kisah seorang ibu yang dikurniakan anak seramai 10 orang berusia antara 18 hingga setahun sangat mengagumkan walaupun dalam keadaan sekarang ini ramai yang berkira-kira untuk menambah anak.
Bagi Puan Nurshaleena binti Mohammad Nor, 40, anak ramai ini ibarat hadiah yang paling mahal dalam hidupnya dan suami. Ini kerana di awal perkahwinan dia dan suami terpaksa menunggu dua tahun untuk mendapat zuriat.
“Selepas dua tahun menunggu dan dikurniakan anak sulung pada tahun 2002, rezeki anak tak putus pula walaupun dah cuba merancang sehinggalah yang ke-10 dilahirkan 2019. Walaupun anak ramai, saya dan suami syukur semuanya dipermudahkan bermula sejak lahir hinggalah anak-anak besar.
“Alhamdulillah untuk 10 anak ni pun semuanya dilahirkan secara normal. Beza setiap anak ada yang setahun seorang, dua tahun seorang dan tiga tahun seorang. Bermula dengan yang sulung usianya 18, 17, 14, 11, 10, 8, 7, 5, 3 dan setahun,” ujarnya.
Ada jadual uruskan rumah tangga & anak
Kongsi Shaleena lagi, setakat ini keadaan masih terkawal walaupun sedikit penat. Cuma sebagai ibu yang mempunyai anak ramai, perlu buat jadual awal untuk menguruskan anak dan rumah tangga. Ni antara tip yang diamalkan sejak anak kecil lagi sehingga sekarang.
“Jadual ni penting untuk kita tahu apa perlu dilakukan dulu dan barulah tak mudah rasa stres dan nak marah anak.
“Macam saya setiap hari dah biasa tidur lambat sikit. Sebab lepas semua anak tidur baru akan uruskan kain baju, kemas rumah, menyapu dan sebagainya. Cara ni memang dah dipraktikkan dari dulu lagi supaya bila bangun keesokan harinya, urusan rumah tangga dah selesai.
“Jadi bila hari siang saya boleh fokus kepada nak memasak dan luangkan masa dengan anak-anak. Sebab ada antara anak-anak yang usia 10 hingga 17 tahun ni mereka suka bercerita.
“Saya ibu, sayalah kawan untuk anak-anak. Contoh saya suka cari masa untuk bacakan cerita seram untuk mereka.. Jadi mereka akan duduk rapat untuk dengar cerita dan ini salah satu bonding selain bawa keluar berjalan-jalan. Bagi anak-anak yang kecil pula, bila ajak main saya dan suami akan main sama-sama dengan mereka,” katanya.
Puan Shaleena bersama anak yang ke-10
Anak-anak jadi bestfriend
Sementara itu, bercerita mengenai anak-anak ramai ni, Shaleena akui dia dan suami sangat-sangat seronok walaupun pelbagai tanggapan dan soalan sering di tanya apabila membawa anak-anak keluar.
Soalan yang paling biasa orang akan tanya, “betul ke ni semua anak-anak akak?”. Sebab nampak mak masih muda lagi. Bukan itu saja bila jalan beramai-ramai, pasti akan ada mata yang memandang.
Tapi semua itu saya dan suami dah lali kerana yang penting kami gembira. Saya akui bila anak-anak dah besar, mereka ni dah jadi kawan rapat. Bila keluar ke mana-mana, anak-anak yang besar ni masing-masing akan jaga setiap adik-adiknya.
Contohnya kalau pergi mall, abang dan kakak yang besar ada adik-adik yang mereka jaga.. Contohnya kakak jaga yang adik nombor 7, abang jaga yang nombor 8, yang nombor 3 jaga nombor 6, ibu jaga baby.. Yang selebihnya ayah jaga. Tiap kali naik lif org akan kira anak akak ada berapa.
“Mereka dah faham dan tak perlu disuruh pun. Kita tengok pun senang hati sebab anak yang kecil semua ada bodyguard.
“Walaupun 10 anak ada 10 karenah, semua tu momen yang akan dikenang sampai bila-bila,” katanya yang mempunyai 8 anak perempuan dan dua lelaki.
Setiap anak bergilir buat kerja rumah
Sebagai ibu, mengajar anak-anak berdikari antara proses pembelajaran untuk masa depan mereka.
Setiap anak akan ada kerja rumah yang perlu mereka lakukan tapi tak dikhaskan dengan tujuan supaya mereka rasa enjoy buat kerja rumah.
Contohnya.. Hari ni no 1 basuh pinggan, no 2 buang sampah no 3 menyapu.. Esok tukar pulak no 1 menyapu no 3 buang sampah no 2 basuh pinggan dan seterusnya macam tu. Kalau nak kemas rumah sikit-sikit akak ajak sama-sama sampai yang umur 3 tahun tu pun tolong sama.
Difahamkan anak-anak Puan Shaleena ini juga mempunyai bakat dalam lakonan dan mereka adalah pelakon remaja dan kanak-kanak serta banyak membintangi drama tempatan yang popular.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, aura yang dibawakan oleh ibu akan turut mempengaruhi anak-anak. Jika ibu atau bapa merasa tertekan, anak-anak akan ikut terkesan. Ada sahaja yang tidak kena, sudahnya anak mula menangis dan merubah mood yang harmoni. Makinlah bertambah stress.
Elakkan perasaan negatif ini pada anak. Cubalah kawal sebaiknya jika tidak mahu anak turut terkesan. Kesian pada anak-anak kita yang tidak tahu apa-apa. Bila berdepan dengan anak, lupakan sekejap masalah dan tersenyumlah kerana itulah yang memberi rasa bahagia.
Perkongsian Pn Wawa Shauqi ini banyak benarnya dan inilah yang terjadi pada kita. Jadi belajarlah untuk terus memberikan rasa ‘cinta’ pada seluruh isi rumah. Inilah kebahagiaan sebenar.
Berbeza betul kesannya bila saya jaga anak waktu stress dengan waktu emosi lebih stabil.
Kalau waktu stress tu, diorang mintak tolong temankan carikan baju pun, saya dah marah-marah suruh cari sendiri. Lepas tu berlarutan merengeknya. Bertambah-tambah stress saya. Jadi panjang pulak dramanya.
Kesian pula. Dah la nak peluk tak dapat. Buat baik saya buat tak nampak. Mintak manja sikit, dah kena marah.
Lepas tu, sampai ke anak pun jadi moody. Kalau dibiar lama bersama, mulalah bercakaran. Nada suara mereka pun dah mula ikut macam nada suara saya yang tengah stress.
Tapi kalau waktu emosi stabil…. Saya kejutkan mereka bangun pagi dengan senyuman dan pelukan, bukan main tenang saya nak handle diorang.
Bila anak-anak minta tolong carikan baju waktu saya memasak, tenang dan senyum saya jawab “Mama boleh tolong carikan, tapi kalau Aqlan cari sendiri, lagilah mama bangga.
Suppp.. terus cari tanpa banyak tanya. Dengan ceria, terus datang balik tanya “Tengok ni mama, Alan dah siap sendiri. Hensem kan?” Saya pulak yang terhibur.
Bila dia senang hati, dengan abangnya pun dia buat baik. Ambikkan abang air, pujukkan abang yang tak berjaya gunting selofan tape. Semua jadi ceria. Cakap pun sopan aje. Saya tengok pun bertambah senang hati.
Bila saya fikir balik, rugi juga kalau saya biarkan stress menguasai diri. Dia punya spiral nak jatuh tu sangat mudah. Tapi bila kita mulakan hari dengan ceria, positif dan usaha mula hari dengan bertenaga, satu hari dalam satu rumah penuh dengan drama cinta.
Sebenarnya, kita kena kecilkan expectation. Jangan bebankan diri kalau rasa tak mampu. Kurang ber’jangan’. Raikan aje sifat mereka yang tak tentu hala di mata. Lapangkan dada lihat rumah sepah dek sifat mereka yang suka meneroka. Dan pandang mereka sebagai anak kecil nan ceria.
Pasti lebih senang hati, insya Allah. Esok kita berjuang lagi ya kawan-kawan. Berjuang melawan ketaklaratan, kemalasan, kemurungan dan ke-tak-ada-mood-an. Let’s make tomorrow better than yesterday!
Peluang Jadi Vendor di Baby Bazaar by Pa&Ma
Ada waktunya kita kesuntukan masa untuk mencari kelengkapan si comel. Tidak perlu waktu yang lama, membeli belahlah melalui atas talian yang lebih menjimatkan masa anda.
Pa&Ma ingin memperkenalkan portal barangan bayi dan ibu hamil yang baru, iaitu Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ibu bapa tidak perlu gusar untuk mencari makanan atau kelengkapan buat si comel. Portal ini menjanjikan proses pembelian yang mudah dan barang akan terus dihantar ke rumah anda.
Bagi anda yang ingin menjual produk bayi, produk ibu atau servis berasaskan bayi dan ibu, inilah peluang anda untuk menjadi vendor di bazaar kami. Jom cepat-cepat sertai kami dengan melayari portal Baby Bazaar by Pa&Ma, babybazaar.my.
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.