
Ramai ibu terutama yang menyusu badan risau susu badan berkurang ketika berpuasa. “Dahlah cepat lapar dan selalu haus, larat ke aku nak puasa nanti?” Ini antara yang selalu jadi persoalan.
Percaya tak sebenarnya kehadiran Ramadan memberi peluang untuk ibu tingkatkan penghasilan susu dengan berzikir.
Menurut Kaunselor Laktasi, Nad Masrom ibu-ibu yang berpuasa dan menyusui anaknya sebenarnya bukan sahaja mendidik dirinya untuk bersabar dengan ujian berpuasa, tetapi mendidik jiwa yang lain juga.
Siapa lagi kalau bukan anak mereka yang disusukan dengan susu ibu.
Ramadan adalah waktu paling tepat untuk melatih kesabaran.
Dalam Surat An-Nahl: 96, Allah SWT berfirman:
وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Dan kami pasti akan memberikan balasan kepada mereka yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”
Dan balasan itu antaranya dalam bentuk kesihatan diri dan jiwa DUA INSAN: Ibu dan anaknya.
Gusar susu akan merudum?
Amalkan selalu zikir YA MATIN kerana zikir ini dapat memperbanyakkan susu ibu.
Semoga mommies akan beroleh ketenangan berpuasa dan menyusukan anak tercinta dalam bulan Ramadhan ini.
Sumber: Nad Masrom
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Memilih Bersalin Di Rumah Sebab Takut Covid 19? Jangan Ambil Risiko – Dr Maiza

Isi Kandungan
TogglePenularan pandemik Covid 19 yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa ada simptom sedikit sebanyak menimbulkan rasa risau ibu-ibu yang bakal bersalin dalam tempoh PKP dilaksanakan.
Justeru mungkin ada yang memilih untuk bersalin di rumah sendiri kerana bimbang diri dan bayi akan dijangkiti virus tersebut sekiranya keluar dan bersalin di hospital. Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Prince Court ketika sesi live bersama Majalah Pa& Ma menegaskan, ibu-ibu hamil jangan sesekali mengambil risiko dengan berbuat demikian.
Menurutnya ramai ibu-ibu hamil yang bertanyakan keadaan tersebut kepadanya. Namun nasihatnya tidak perlu risau kerana pihak klinik dan hospital sudah mengambil langkah-langkah pencegahan ketika merawat para pesakit yang hadir.
“Mungkin ada ibu-ibu yang takut nak ke klinik memandangkan bimbang dijangkiti, tapi usah risau kerana pihak klinik sudah mengambil langkah-langkah melakukan keselamatan. Pakai mask jika selesema atau batuk. Jika tiba-tiba batuk ketika sampai di klinik, ikut etika atau cara batuk yang betul. Jangan harapkan kepada doktor dan petugas kesihatan semata-mata. Kita sendiri kena alert dan menjaga diri.
“Jangan sesekali ambil risiko untuk bersalin di rumah kerana di rumah tiada petugas kesihatan yang boleh memantau proses bersalin. Jika tidak sempat ke hospital yang telah dipilih untuk bersalin, pergi sahaja ke mana-mana hospital berdekatan.
Jujur dan maklumkan jika ada kontak rapat atau gejala
“Jangan pula tertinggal buku kehamilan yang ada rekod kesihatan anda. Paling penting tolong jujur dan maklumkan kepada doktor jika ada masalah kesihatan seperti demam, batuk dan sebagainya. Jangan lupa juga untuk maklumkan jika ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19 juga amatlah perlu dimaklumkan.”
Tambahnya lagi ibu yang bakal bersalin tidak perlu risau kerana prosedur untuk ibu bersalin yang akan dibuat ketika musim pandemik ini juga sama seperti waktu lain, Cuma jika ibu tersebut positif Covid, cara pengendalian yang akan dibuat mungkin berbeza.
“Jangan risau kerana setiap rawatan dan prosedur untuk melahirkan anak yang diberi semuanya sama, Cuma cara nak handle kes jika ibu positif Covid akan berbeza. Petugas kesihatan perlu memakai PPE sebagai langkah pencegahan supaya tidak dijangkiti kepada bayi dan juga orang sekeliling. Namun jika ibu tiada Covid, prosedurnya adalah seperti biasa.”
Ibu tidak boleh jangkiti bayi dalam kandungan
Turut ditanya apakah ibu hamil boleh mengjangkiti anak dalam kandungan, jelas Dr Maiza berdasarkan pemerhatian saintifik, tiada pemindahan virus secara langsung dari ibu kepada bayi. Yang ada Cuma melalui kontak langsung.
“Berdasarkan pemerhatian saintifik, tiada pemindahan virus direct dari ibu kepada baby. Yang ada Cuma melalui contact direct, misalnya selepas bersalin ibu positif dan terbersin, maka keadaan itu yang memungkinkan si kecil dijangkiti virus tersebut.”
Diharap dengan apa yang dijelaskan oleh Dr Maiza sedikit sebanyak memberikan kelegaan buat ibu-ibu yang bakal melahirkan. Jaga diri, amalkan langkah pencegahan dan jangan lupa untuk buat pemeriksaan berkala seperti biasa. Teruskan berdoa semoga penularan wabak ini dapat dibendung dan kita semua dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu.
Semoga ibu-ibu yang bakal melahirkan dipermudahkan segala urusan dan segalanya berjalan dengan lancar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penting Susukan Anak Kerap, Jaga Jadual Mengepam Kalau Tak Mahu Susu Drop

Bila susu drop berhenti fikir makanan apa yang boleh bantu banyakkan susu. Sebaliknya buat dulu APA yang sepatutnya anda buat kerana makanan semata-mata tak membantu pun ibu naikkan hormon prolaktin.
Melainkan jika ibu buat beberapa cara ini seperti dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Noorfazila Abdul Rahman secara sistematik tanpa cepat putus asa.
1- Susukan anak sekerapnya. Offer anak menyusu sejam sekali. Kejut anak menyusu 2 jam sekali waktu malam.
2- Jika bekerja, jaga jadual pam. Dekatkan jarak pam kepada 2-2.5jam atau jangan lebih dari 3 jam. Jika ada masa ikhtiar juga dengan Power Pumping.
3- Jika anak sudah reject sepenuhnya puting ibu, check jadual pam setiap 2-3jam sekali termasuk malam konsisten atau tidak? Untuk ibu yang anak sudah tak menyusu direct (epmom), perlu pastikan sehari perah sekurang-kurangnya 8 kali sehari..
4- Jika period lambat atau tak datang buat ujian kehamilan (UPT) kerana kemungkinan anda hamil.
5- Jika drop lepas tukar pil perancang, stop dahulu pengambilan pil tersebut, bincang dengan doktor tukar kaedah pencegahan lain atau jenis pil perancang yang tak mengganggu hormon prolaktin.
6- Jika hasil pam kurang dari biasa tapi lepas pam breast masih berat, check sparepart pam terutama membrane atau valve, gantikan dengan yang baru.
7- Jika susu kurang dan rasa breast berketul, tuam panas dahulu, buat urutan dan susukan anak dengan breast compression kerana mungkin ada salur susu yang tersumbat buat aliran susu tak lancar dan susu tak dapat keluar habis.
8- Jika stres, tenangkan diri. Zikir dan istighfar banyak-banyak.
9- Doa banyak-banyak merayu pada Allah SWT pemberi rezeki. Belanja kawan-kawan atau keluarga makan, niatkan moga Allah balas dengan rezeki susu ibu untuk anak.
Lagi sekali saya ingatkan, bila susu DROP berhenti asyik tanya makanan apa yang boleh banyakkan susu.
Saya nak ingatkan juga, bila susu DROP berhenti asyik tanya milk booster apa yang boleh bantu banyakkan susu.
SUSU ibu memang percuma, tapi ia bukan magik kononnya makan itu ini terus susu akan kembali selagi asas penyusuan yang utama seperti point no 1, 2 & 3 tak dipatuhi.
Sumber: Noorfazila Abdul Rahman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Tak Berhenti Buat Kerja Rumah, Lenguh Kaki, Buat Urutan Ni Sebelum Tidur!

Beberapa kajian mengatakan bahawa urutan di tapak kaki sebelum tidur mampu menjadikan badan lebih santai dan mengurangkan risiko kekejangan pada otot-otot.
Diambil petikan dari laman stylecraze.com, terdapat banyak manfaat melakukan urutan pada tapak kaki setiap malam sebelum tidur dan manfaat yang boleh dikongsikan antaranya:
Urutan Kaki Sebelum Tidur. Sesuai Untuk Ibu Yang Tak Berhenti Buat Kerja Rumah
1. Melancarkan Aliran Darah
Urutan di tapak kaki secata teratur dan konsisten mampu melancarkan aliran darah secara optimum. Selain itu, aliran darah yang baik dan lancar membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan mengurangkan pengumpulan kolestrol dan lemak dalam darah. Kepada pesa kit diabetis, urutan pada kaki sekurang-kurangnya 20 minit sebelum tidur membantu dalam proses penyembuhan.
2. Mengatasi Masalah Migrain
Anda punyai masalah migrain atau sakit kepala? Kajian mendapati bahawa dengan melakukan urutan serta menekan bahagia tertentu pada tapak kaki mampu memulihkan beberapa penyakit termasuk migrain.
3. Menurunkan Tekanan Darah
Satu lagi manfaat luar biasa dengan mengurut tapak kaki sebelum tidur adalah menurunkan tekanan darah. Bukan sahaja menurunkan tekanan darah malah urutan yang lembut di kaki akan membantu menyegarkan tubuh menjadikan diri lebih tenang dan santai.
Terdapat kajian di mana ia menyatakan bahawa mengurut tapak kaki selama 10 minit sebelum tidur membantu tubuh merembeskan hormon yang mencetuskan perasaan cemas serta membantu mengatasi masalah lain termasuklah tekanan darah tinggi.
4. Menurunkan Risiko Menopause
Mengurut tapak kaki sangat baik untuk kaum wanita. Menurut kajian, aktiviti mengurut tapak kaki mampu melambatkan risi ko menopause. Ia sangat baik untuk mengatasi masalah sembab atau bengkak kaki semasa mengandung. Oleh itu, kaum bapa yang macho dan gentleman, urut dan sila man jakan isteri anda.
Teknik Urutan
1. Sapu minyak seluruh kaki.
2. Guna tapak tangan bergiliran tarik ke bawah ke atas perlahan- lahan 6 kali – Teknik Alternate Palm.3. Guna penumbuk tarik ke atas 6 kali – Teknik Knuckle.
4. Buat putaran ke atas 6 kali – Teknik Thumb Circle.
5. Guna ibu jari urut di tengah tapak kaki dengan laluan ke atas 6 kali – Teknik Thumb Gliding.
6. Urut bahagian tepi tapak kaki 6 kali – Teknik Thumb Gliding.
7. Urut bawah ibu jari kaki – Teknik Thumb Gliding.
8. Tekan setiap jari jari – Teknik Static Pressure.
9. Ulang dari langkah 1- 8 pada sebelah kaki lagi.
10. Lap tapak kaki atau terus pakai stoking.
Selamat mencuba semua, kalau dah mahir boleh urut untuk pasangan pulak ya!
Kredit: Sarifa Redzuan via Tazkirah Ustaz Ebit Lew
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI