Puasa sememangnya cukup dinantikan oleh semua. Ibu hamil juga tidak ketinggalan turut merasa teruja kerana pastinya puasa kali ini penuh 30 hari. Namun tidak bagi ibu yang mengalami masalah Gestational Diabetes Mellitus atau GDM.

Menurut kata Dr Muhammad Izzat, ibu yang mengalami masalah GDM, lebih-lebih lagi yang terpaksa menggunakan insulin untuk mengawal GDM mereka sememangnya sudah jelas tidak perlu berpuasa! Ini yang dikongsikan beliau.

Bacaan Gula Tak Cantik, Bahaya Pada Bayi, Ibu Ada GDM Tak Digalakkan Berpuasa!


Ibu yang ada GDM on insulin memang tak digalakkan berpuasa Ramadhan. Ni dah jelas.

Ibu yang ada GDM on diet control, lepas dinilai oleh doktor boleh berpuasa dengan syarat tak tinggal makan sahur dan memastikan air mencukupi diminum pada waktu malam.

Cabarannya, BSP 2 jam lepas sahur dan 2 jam lepas berbuka kena kekal bacaannya tak lebih 6.7
(kalau 1 jam lepas makan bacaan gula tak lebih 7.8)

IKLAN

Bacaan Gula Tak Cantik, Bahaya Pada Bayi, Ibu Ada GDM Tak Digalakkan Berpuasa!

Pada saat berbuka, biasanya nafsu makan membuak-buak dan menggelodak untuk makan segala makanan manis, kalau tak manis pun pelbagai jenis juadah penuh satu meja.

Tu yang sukar ibu-ibu ni nak maintain bacaan gula tak lebih 6.7, dua jam lepas makan ( kalau 1 jam lepas makan bacaan gula tak lebih 7.8 )

IKLAN

Bacaan gula yang naik mendadak boleh timbulkan kesan bahaya kepada bayi dalam kandungan. Tu yang para doktor risau.

Kalau ibu boleh control nafsu makan masa berbuka, then saya rasa ok untuk berpuasa.

Kalau dah makan bagaikan tiada hari esok, penuh juadah berbuka atas meja, bacaan BSP pula tak terkawal, sampaikan Dr terpaksa mulakan rawatan insulin, saya rasa eloklah ibu tak perlu berpuasa Ramadhan.

IKLAN

Bacaan Gula Tak Cantik, Bahaya Pada Bayi, Ibu Ada GDM Tak Digalakkan Berpuasa!

Makan berpada-pada ya. Eat healthy mommies !

Artikel berkaitan: Ibu Hamil Ada GDM Kena Jaga 3 Benda Ni, Baru Boleh Kawal Gula Dalam Darah Terutama Bila Musim Perayaan

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI