Datin Dr Halina, isteri kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar ini tak kurang hebat auranya dalam mendidik anak-anaknya.
Sebagai seorang doktor dan kini sedang melanjutkan pelajaran memang selayaknya ibu kepada empat orang cahayamata ini menjadi rujukan ibu lain di luar sana.
Pasangan suami isteri ini ternyata sangat menitikberatkan soal pendidikan anak-anak mereka walaupun masing-masing masih kecil lagi.
Lihat sahaja bagaimana mereka melakukan pelbagai aktiviti dan rangsangan untuk anak-anak mereka, Bella, 7, Tasha, 5 dan pasangan kembar Adam dan Noah, 7 bulan yang sering dikongsi di laman instagram mereka sehingga menjadi inspirasi dan rujukan ramai pengikutnya.
Melihat kecerdikan dua orang anak perempuannya yang lancar membaca sejak usia kecil membuatkan ramai netizen ingin tahu bagaimana cara mereka mendidik anak-anak suka membaca buku.
Ramai netizen yang bertanyakan pada Dr Halina pada usia berapa dia mula mengajar anak-anaknya membaca?
Rupanya Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar mula membacakan anak-anaknya buku sejak bayi lagi. Patutlah Bella dan Tasha bijak dan lancar membaca.
IKLAN
Kami membaca dengan mereka sejak bayi lagi…kalau tak sempat baca pun kami biarkan mereka bermain dengan buku..walaupun mereka tidak membaca, dengan melihat pada gambar-gambar, ia akan mencetuskan imaginasi macam Tasha, dia suka menceritakan ceritanya sendiri bila dia buka buku.
Menurut Dr Halina, walaupun sudah cuba membuat tip dan cara rangsang anak suka belajar membaca tetapi ibu bapa tak perlu susah hati pada anak kalau belum nampak hasilnya lagi.
Apa yang penting si anak telah ditanamkan minat membaca sejak kecil lagi kerana tabiat suka membaca itu akan berkekalan sampai besar.
Ok je, kalau tak nampak hasilnya serta merta. Yang penting anak seronok membaca. Nanti sampai besar tabiat membaca tu melekat…
Ketika dilahirkan bayi sememangnya tidak nampak apa-apa warna dihadapannya. Semuanya kabur. Namun lama kelamaan mengikut peringkat usianya, barulah bayi mula nampak beberapa warna.
Bagi memastikan perkembangan bayi lebih pantas, mama usahakanlah untuk merangsang penglihatan bayi dengan warna-warna tertentu. Menurut Pn Mahfuzah Zainol, penggunaan kad visual stimulasi antara yang disyorkan untuk merangsang penglihatan ini. Bukan kad berwarna sebaliknya kad khas dengan warna yang hanya dilihat bayi. Nak tahu apa warnanya?
Just sharing. Did this visual stimulation to my first baby (35-week premature). Second baby tak buat sebab malas 😅 (39-week term) Nampak perbezaan dari segi perkembangan juga di situ. Mari lakukan semula untuk anak ke-3. A learning mum too.
Boleh guna RBW card. Red black white card. Boleh dapatkan di kedai buku macam MPH atau kedai buku yang seangkatan. Ini flash card untuk visual stimulation tau, bukan akademik punya flashcard.
Akademik tu kalau ada A,B,C ke 1,2,3 ke. Sebab apa hanya putih hitam dan merah? Sebab penglihatan bayi pada ketika ini hanya berfokus kepasa warna-warna ini. Warna pink ke biru ke dia belum nampak lagi.
Check brain development for babies. You will find this info.
Infant Visual Stimulation Pada awal kelahiran bayi, tahap penglihatan mereka adalah pada power 1000. Kerana itu mereka rabun dan tidak nampak objek pada jarak jauh. Penglihatan mereka semakin baik selari dengan peningkatan usia.
* Pada umur 0-3 bulan, penglihatan mereka hanya boleh mengecam warna putih dan hitam sahaja.
* Pada usia 3-6 bulan, penglihatan mereka boleh mengecam warna hitam, putih dan merah!! Sebab tu ada flash card RBW (red black white).
* Selepas itu..penglihatan mereka sudah boleh mengecam pelbagai warna di sekeliling mereka!!
Kad visual stimulasi ini boleh print sendiri di rumah dan laminate! Letakkan pada jarak 30cm atau 1 kaki di hadapan bayi selama 10-15 saat sambil menyebut perkataan yang merujuk kepada gambar. They will pick up the language too!!!
Ni Khadijah main-main dengan kad-kadnya. Dah tak guna dah.. kalau bayi lain nak pinjam boleh je.. hehe..
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Bayi dahagakan rangsangan, mama papa perlu tahu 6 perkara ini. Memang wajib buat selalu. Tentu dia akan happy!
Adakalanya bayi akan mudah tersenyum sendiri. Melihat kipas siling berputar pun sudah cukup menyebabkan mereka tersenyum.
Sejak lahir, bayi memang dahagakan aktiviti sensori atau rangsangan sama ada yang melibatkan sentuhan, rasa atau bunyi. Stimulasi deria dari awal oleh mama dan papa amat membantu memenuhi keperluan bayi belajar menerusi rangsangan dari segi fizikal, emosi dan perkembangan sosial.
Cara terbaik untuk melaksanakannya ialah dengan melihat cue daripada bayi. Bayi anda mungkin mempunyai keperluan sensori yang berlainan dari bayi lain. Apa yang berkesan pada bayi lain tidak semestinya akan berkesan untuk bayi ada. Misalnya menuangkan air ke dalam atau memicit botol plastik, ringkas sahaja cukup menstimulasi bayi, dia suka! Asalkan ia sesuatu yang baru, ia tentunya akan menarik perhatian mereka.
Jumlah rangsangan yang patut diterima bayi juga bergantung kepada sistem neurologikal masing-masing dan juga keadaan atau mood bayi ketika itu sama ada letih, lapar, mengantuk dan sebagainya.
Mama dan papa perlu tahu apa yang bayi anda suka dan bila untuk berhenti. Anda juga perlu tahu bagaimana untuk memberi rangsangan sensori tanpa keterlaluan. Perhatikan tanda atau cue yang bayi berikan, misalnya memalingkan wajah atau mula menangis sebagai tanda ‘cukup’ atau dalam bahasa mudahnya ‘Mama/ Papa tolong berhenti sekarang, saya dah bosan. ’
6 AKTIVTI YANG BAYI SUKA
Berikut ialah antara aktivti yang bayi suka. Maka bolehlan mama dan papa selalu buatkan untuknya;
#1 Pergerakan
Sebarang pergerakan akan disukai si kecil. Matanya akan terpaku kepada apa yang bergerak dihadapannya. Apatah lagi jika pergerakan tersebut diikuti bunyi-bunyian seperti bunyi seberkas kunci yang digerakkan, kakak dan abangnya yang sedang bercakap atau permainan kerincing yang digerakkan di hadapannya, ini tentu menarik perhatiannya. Bayi suka memberikan reaksi dan respons.
Melihat objek yang bergerak juga berkesan kepada perkembangan otak bayi. Pemerhatian bagaimana objek bergerak ini yang menyebabkan bayi amat tertarik kepada orang sekeliling, binatang pelihataan, permainan yang bergerak dan sebagainya.
#2 Sesuatu yang baru
Kajian menunjukkan bayi yang berusia empat bulan ke atas akan tertarik melihat objek yang baru lebih lama berbanding yang telah lama atau biasa padanya. Ini sebabnya kenapa bayi akan memilih untuk melihat sesuatu yang di luar kebiasaannya seperti orang asing terutama sekali sekiranya ia mempunyai ciri yang tidak biasa dilihat bayi seperti misai, janggut, kaca mata, rambut perang dan sebagainya. Ini sebabnya kenapa bayi hilang minat kepada mainan kegemarannya selepas tempoh tertentu. Kadang-kadang ia juga sebab kenapa bayi lebih tertarik dan teruja kepada orang yang dia jarang jumpa seperti makciknya yang datang melawat atau pakcik kedai runcit yang menegurnya.
#3 Kontras
Kita selalu mendengar yang bayi sukakan objek hitam dan putih, tetapi sebenarnya mereka lebih sukakan warna yang kontras. Ini sebabynya kenapa bayi sukakan melihat ke dalam mata anda atau melihat bayang yang terbentuk pada dinding. Apatah lagi ia bergerak-gerak, bayi lagi seronok!
#4 Respons
Bayi suka sangat menerima feedback bila mereka buat sesuatu. Contohnya apabila digerakkan kerincing dan kerincing tersebut berbunyi atau mama papa buat bunyi-bunyian apabila mereka ketawa. Apa juga objek yang memberikan reaksi akan mendapat perhatian bayi. Bayi seawal usia 1 bulan sudah tahu mengenai hal ini, maka mama dan papa berilah perhatian kepada bayi dan cuba engage dengan bayi.
#5 Ritma dan muzik
Kebanyakan bayi sukakan irama dan muzik, sama ada ia nyanyian dodoi,bunyi mainan atau sekadar pintu yang berkeriuk apabila dibuka! Jadi mama dan papa jangan rasa bayi bosan bila anda dengarkan surah atau lagu-lagu kerana mereka sebenarnya sukakan irama dan bunyian. Ini kerana bayi sudah dirangsang dengan bunyi sejak dari dalam kandungan iaitu dengan bunyi degupan jantung ibunya, suara ibunya dan dari sekeliling.
#6 Meniru
Kalau anda buat sesuatu, bayi memang mudah untuk meniru. Perbuatan seperti menekan alat kawalan jauh TV, menyuapkan makanan dengan sudu, menekan butang, mengenakan mekap dan sebagainya cukup menarik kepada bayi. Tak lama lagi dia akan tiru dan cuba buat apa yang anda buat.
Bayi kecil 4 hingga 6 bulan misalnya suka buat mimik muka, kadang-kadang muka hodoh sebab dia pernah melihat anda melakukannya. Ini jugalah sebabnya bayi suka sangat kepada telefon pintar, kaca mata, suis lampu, kunci dan sebagainya. Ia kerana anda ‘suka bermain’ dengan barang-barang ini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Awas bila nak bawa bayi mandi di kolam awam pada musim raya ini. Tempat tertutup yang sibuk juga tingkatkan risiko jangkitan paru-pau bayi. Hati-hati mama papa!
Bayi mempunyai antibodi yang masih lemah. Mereka sangat mudah mendapat jangkitan. Jangkitan paru-paru selalunya terjadi melalui pemindahan cecair ataurembesan pernafasan daripada pesakit yang mengalami simptom seperti batuk, selesema dan demam.
Oleh itu, elakkan bayi daripada berada di dalam tempat yang tertutup dimana terdapat ramai orang yang mungkin tidak begitu sihat. Ini adalah antara faktor risiko yang kerap dikaitkan dengan jangkitan paru-paru.
HATI-HATI KE KOLAM RENANG AWAM
Walaupun jarang berlaku, terdapat juga sebahagian kuman yang boleh merebak melalui air sekiranya air tercemar oleh sisa kumuh manusia atau haiwan seperti tikus. Jangkitan boleh berlaku sekiranya bayi tertelan atau tersedut air ke dalam sistem pernafasan.
Oleh itu, langkah-langkah harus diambil untuk memastikan kebersihan air kolam terjamin dari pencemaran dan memantau bayi semasa aktiviti berenang agar tidak tertelan atau tersedut air kolam.
MANDI MALAM DAN ASMA
Penyebab jangkitan ialah kuman sama ada virus atau bakteria yang berjaya masuk ke dalam sistem pernafasan manusia dan menyebabkan radang pada paru-paru. Ramai yang mengatakan mandi malam bukanlah penyebab langsung penyakit asma dalam kanak-kanak.
‘Bronchial asthma’ atau asma merupakan penyakit yang boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor (multifactorial). Sebahagian faktor risiko asma termasuk faktor keturunan atau genetik, gaya hidup seperti aktiviti fizikal, tabiat pemakanan, tabiat merokok, faktor persekitaran seperti habuk atau debu, dan juga faktor alergi seperti alahan kepada makanan atau bahan tertentu. Sekiranya anak puan menghidap asma, suhu persekitaran yang sejuk atau penggunaan air sejuk mungkin boleh merangsang serangan asma. Jadi, anda bolehlah menggunakan air suam untuk mandi pada waktu malam.
Malahan semasa menghidap jangkitan sistem pernafasan seperti ‘rhinitis’ (jangkitan selsema) , ‘pharyngitis’ (jangkitan tekak), anak yang tiada penyakit asma juga boleh mengalami kesukaran pernafasan disebabkan hidung tersumbat dan kahak yang lebih banyak dan pekat sekiranya dalam kesejukan.
TERAPI NEBULIZER, FAHAMI FUNGSINYA
Terapi nebulizer (nebulized medication) merupakan salah satu rawatan yang diberikan untuk pelbagai jenis penyakit/jangkitan sistem pernafasan seperti bronchiolitis, bronchitis, pneumonia, asma dan lain-lain. Pelbagai jenis ubat-ubatan boleh digunakan menerusi terapi nebulizer mengikut preskripsi doktor bergantung kepada jenis penyakit yang dirawat.
Antara kesan yang paling ketara ialah ianya boleh membantu mengurangkan pengeluaran kahak, mencairkan kahak, dan juga membantu mengurangkan radang pada rongga pernafasan. Selain penyakit asma, kebanyakan masalah dan jangkitan paru-paru dikalangan kanak-kanak merupakan penyakit yang tidak kronik. Oleh itu penggunaan terapi nebulizer untuk penyakit-penyakit berkenaan tidak akan menyebabkan kebergantungan pesakit kepada nebulizer.
Walaubagaimanapun, sekiranya pesakit yang menghidap asma tidak menerima rawatan asma yang bersesuaian dan asma tidak dikawal dengan baik, pesakit tersebut boleh sering mendapat serangan asma yang teruk dan akhirnya kerap memerlukan terapi nebulizer.
Secara ringkasnya, penyakit asma yang tidak dikawal dengan baik lah yang menyebabkan pesakit terpaksa seringkali mendapatkan rawatan nebulizer.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!