Salah satu teknik bonding paling memberi kesan pada anak kecil kita adalah dengan membacakan anak buku cerita bersama-sama. Biar waktunya tidak lama tetapi dengan rutin harian ini buat anak cukup tertarik dan akan ingat sampai bila-bila. Momen yang berharga.
Nak lebih menarik perhatian anak-anak, jangan lupa tambahkan sedikit emosi untuk anak. Barulah anak makin teruja. Tip membaca yang dikongsikan oleh Azila Ghani ini mama boleh cuba. Baru anak makin teruja.
Membaca buku dengan anak-anak ni seronok kan?
5-15 minit “masa emas” dengan anak. Bonding time yang inshaa-Allah anak akan ingat sampai bila-bila. Saya nak share 5 TIPS yang boleh mommies buat semasa membaca buku dengan anak kesayangan.
1) PILIH SEBUAH BUKU YANG SESUAI
Buku yang nak dibaca bersama mestilah menarik minat ibu dan anak. Contoh anak suka cerita dinosaur. Pilih buku berkaitan dinosaur yang best-best dan sesuai dengan usia anak.
2) LETAK EMOSI DALAM SETIAP CERITA.
Baca dengan nada berirama. Intonasi ada naik dan turun. Bukan straight je.
Kita kan bercerita kepada anak. Reading to “child” not “chair”..okay?
3) LIBATKAN ANAK SEMASA SESI BERCERITA
Tanya anak apa yang berlaku. Ini apa? Objek ni warna apa? Bentuk apa? Untuk anak yang sudah pandai membaca, cuba mommies sebut perkataan tu dengan salah. Nanti tengok, happy betul diaorang betulkan kita. Then boleh inform anak its okay to make mistake, dear.
4) MASUKKAN BUNYI
Buat kesan bunyi yang mantap. Huarghh, kebaboom, splish-splash. Over pun tak apa, its okay! Ini cara untuk taknak bagi anak boring.
5) LAST BUT NOT LEAST, MESTI ENJOY!
Ini part last yang penting tau. Anak kadang tahu apa emosi kita. So jadikan masa membaca ni sebagai masa berkasih-sayang. ‘Bonding time’.
Jadi inshaa-Allah, bila anak bersama dengan buku, diaorang akan kaitkan dengan kasih-sayang.
Sekian.
Menarik: Cara Buat Ayam Goreng Berempah Sempoi, Cukup Semua Rasa, Padu Sungguh!
Nak belanja anak hujung minggu, jom dapatkan Coconut Shake 336.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)