
Soal jodoh, rezeki anak semuanya ketentuan Allah. Hanya dia yang tahu bila masanya yang sesuai untuk seseorang itu hidup berpasangan dan mempunyai anak. Tugas kita sebagai hamba-Nya adalah teruskan memohon doa.
Percayalah selaian berdoa kita juga digalakkan untuk berikhtiar sebelum berserah sepenuhnya kepada Allah.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Ustazah Noor Lalila Aniza Zakaria, beliau ada memberikan dua tip doa yang boleh diamalkan dalam hidup kita. Moga-moga ia semuanya dipermudahkan.
Baca Al Anbiyak ayat 89
Untuk sahabat, adik beradik atau sesiapa sahaja yang belum bertemu jodoh ATAU untuk yang sangat berhajat diberikan zuriat yang soleh solehah penawar hati bolehlah amalkan doa ini. Sungguh-sungguh, setiap hari dan yakin.
ARTIKEL MENARIK [Isteri Ibarat Penarik Rezeki Suami. Terlukanya Hati Isteri Akan Terputuslah Rezeki Suami]
Pengalaman saya sendiri, saya amalkan tiap kali tawaf waktu mengerjakan umrah tahun 2010 padahal ketika itu saya belum pernah kenal suami lagi. Tahun 2011 saya kahwin dan hujung tahun saya bersalin anak pertama.
Tidaklah segala sesuatu itu berlaku tanpa izin Allah. Ada doa yang serasi dengan kita. Ada doa yang tidak sesuai untuk kita. Usahalah dan terus membacanya seperti zikir harian di mana sahaja berada.
Doa ini 2 dalam 1. Untuk dipermudahkan mendapat jodoh dan zuriat.
Bagi yang kehilangan orang tersayang, bacalah doa musibah ini. Doa ini doa yang Nabi ajar khusus. Jadikan sebagai zikir harian. Sungguh takkan rugi orang yang membacanya.
Sumber: Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria
Bagi pengikut setia Pa&Ma, jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://cdn.majalahpama.my/2020/07/whatsapp-video-2020-07-27-at-7.47.45-pm-28_21_853573.mp4Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Tak Habis Minum Susu? Jangan Simpan! Ini Info Penting Mama Papa Kena Tahu

Tengah bancuh susu untuk baby ke? Hmmm…pernah tak tertanya, susu formula tahan berapa lama ya setelah dibancuh?
Sebagai ibu bapa, kita pasti tahu tanggungjawab ini bukanlah mudah. Rasa letih itu adalah perkara biasa, khususnya buat mereka yang pertama kali bergelar parents.
Bahkan, sudah tentu anda pernah mengalami situasi di mana bayi baru lahir tertidur semasa menyusu. Selepas mengalihkan botol susunya dan disebabkan kepenatan, anda terlelap seketika – rasanya hanya untuk tempoh 5 minit.
Apabila bayi terjaga dalam keadaan lapar dan ingin menyusu kembali. Anda terfikir untuk memberikan kembali botol susu yang sama.
Tetapi apabila melihatnya rupanya anda sudah tertidur hampir 65 minit, dan bukannya 5 minit. Jadi bolehkah botol dengan baki susu formula yang separuh itu diberikan kepada si kecil?
Itu antara contoh senario yang berbangkit berkaitan susu formula boleh tahan berapa lama setelah dibancuh.
Susu formula tahan berapa lama setelah dibancuh pada suhu bilik?
Sebaik sahaja campuran susu tepung dan air berlaku, kiraan jam akan bermula. Sebagai peraturan umum, susu botol yang telah dibancuh dapat bertahan selama 2 jam pada suhu bilik, tanpa disentuh dan tidak dipanaskan.
Tetapi untuk lebih kepastian, sebaiknya anda menyemak arahan pada label. Ini kerana terdapat sesetengah jenama, arahan pengeluarnya mengatakan susu dianggap selamat untuk diminum dalam tempoh 1 jam pada suhu bilik setelah dibancuh.
Susu formula tahan berapa lama ya jika disimpan dalam peti sejuk?
Jika disimpan di dalam peti sejuk, tempoh ketahanannya adalah lebih lama selagi bayi tidak meminumnya terus daripada botol.
Sebotol susu rumusan yang sudah dibancuh tetapi tidak digunakan boleh bertahan sehingga 24 jam di dalam peti sejuk.
Ada sesetengah ibu bapa yang gemar membuat susu botol segar sebelum setiap sesi penyusuan.
Tetapi ada juga ibu bapa yang memilih untuk membancuh susu dalam jumlah yang banyak mengikut keperluan si kecil setiap pagi dan menyimpannya di dalam peti sejuk. Ia sama ada dibahagikan terus ke dalam botol susu atau hanya dituangkan apabila diperlukan nanti.
Sebagai contoh, jika si kecil anda biasanya akan menyusu botol antara 3-4 jam sekali, anda boleh membuat antara 6 hingga 8 botol susu yang akan bertahan sepanjang hari.
Pastinya cara sebegitu lebih mudah dan boleh mengelakkan bayi daripada menangis kelaparan sementara menunggu susu botol siap dibancuh.
Pun begitu, harus diingatkan suhu peti sejuk hendaklah pada 4.4°C atau lebih rendah.
Peti sejuk beku
Kini anda sudah tahu susu formula tahan berapa lama setelah dibancuh dan disimpan di dalam peti sejuk.
Adakah penyimpanan di dalam peti sejuk beku akan memanjangkan tempoh ketahanannya?
Malangnya, kaedah membekukan susu rumusan yang sudah dibancuh adalah tidak disyorkan. Ini kerana ia boleh mengubah tekstur dan tidak memanjangkan tempoh masa ketahanan susu.
Baki susu formula boleh tahan berapa lama setelah diminum & disimpan di dalam peti sejuk?
Mesti ada ibu bapa yang terfikir untuk menyimpan baki susu botol yang tidak habis, betul tak? Rasa sayang dan membazir, apatah lagi jika si kecil hanya minum suku atau setengah.
Namun sebenarnya susu itu harus dibuang dalam tempoh masa 1 jam. Ia juga tidak disarankan untuk disimpan di dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian nanti. Kenapa ya?
Ini kerana produk berasaskan susu terkenal dengan pembiakan bakteria. Maka sebaik sahaja bayi telah minum daripada botol susu tersebut, bakteria telah muncul dan susu tersebut tidak boleh disimpan.
Susu yang dipanaskan
Apa lagi ya persoalan berkaitan susu formula tahan berapa lama yang mungkin bermain di fikiran anda?
Haaa..bagaimana susu yang telah dipanaskan, bolehkah ia disimpan semula dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian nanti?
Untuk soalan ini, jawapannya juga adalah tidak boleh. Sekali lagi ia berkaitan dengan isu bakteria dan ia akan membiak lebih baik dalam persekitaran suam.
Seperkara perlu anda ketahui, serbuk susu siap dibancuh dan disimpan di dalam peti sejuk, sebaik sahaja dipanaskan, garis panduan 2 jam yang dijelaskan pada awal tadi untuk susu bancuhan belum disentuh, tidak terpakai.
Sebaliknya susu botol yang dipanaskan harus digunakan dalam jangka masa 1 jam dan apa sahaja baki susu hendaklah terus dibuang selepas itu.
Tempoh ketahanan susu rumusan
Selain isu baki susu formula tahan berapa lama setelah dibancuh, pastinya ada ibu bapa yang ingin mengetahui berkaitan tempoh ketahanan susu tepung formula yang telah dibuka.
Secara amnya, sebaik sahaja bekas serbuk formula dibuka, ia harus digunakan dalam tempoh 1 bulan dan disimpan di tempat kering yang sejuk, bukan di dalam peti sejuk.
Manakala susu formula boleh tahan berapa lama sekiranya belum dibuka langsung? Untuk jawapan ini, anda hanya perlu menyemak tarik luput pada bekasnya.
Segala persoalan berkaitan susu formula tahan berapa lama sudah dijawab dalam perkongsian artikel ini. Semoga ia bermanfaat buat anda.
Kredit: Hello Doktor
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kasut Sekolah Putih Jadi Cantik Tak Bertompok Lepas Basuh, Ini Caranya, Mudah!

Anak-anak kita diberi kebebasan untuk memakai kasut putih atau hitam ke sekolah namun memilih kasut putih tetap dianggap legend ke sekolah kerana itulah tradisi sejak dulu.
Pun begitu membersihkan kasut putih perlu dilakukan lebih teliti kerana lebih mudah nampak kotor berbanding kasut hitam.
Macam mana cara mudah nak bersihkan kasut putih? Lebih-lebih lagi yang meninggalkan kesan tompok selepas kering. Rupanya dengan hanya menggunakan kertas tisu lembut, masalah tompok pada kasut terus hilang.
Jom cuba perkongsian tip yang dikongsikan oleh Yazeed Hair Johari.
Lepas ni tak takut dah nak beli kasut warna putih. Thanks yang kongsikan tips cara keringkan kasut putih. Aku pun baru tau.
Menarik: Lepas Raya Batuk Tak Berhenti, Kukus Singo Pear Dengan Bahan Ni, Batuk Reda!
Buka Akaun Tabung Haji Online Simpan Duit Raya Anak, Mudahnya Ikut Langkah Ibu Ni Kongsi!
Anak Batuk 2 Minggu Tak Baik-Baik, Bawa Anak Main Pantai, Nampak Bezanya!
Hari tu aku ada post tanya netizen macam mana nak keringkan kasut putih ni supaya tak bertompok.
So ramai yang komen tips guna tissue, Walaupun ada yang suruh guna clorox. Tapi kita cuba hat yang mudah dulu. Mudah jer rupanya.
Lepas basuh, tepek dengan tissue keliling kasut. Lepas tu jemur sekali dengan tisu-tisu tu. Jadi tisu ni berfungsi menyerap air-air yang lambat kering.
Hasilnya memang terbaik. Kenapa lah dah tua bangka baru tau.
P/S. Dulu masa sekolah jarang basuh kasut. Selalu balas dengan kapur, sampai keras kasut tu.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setiap Anak Tu Berbeza, Tiada SOP Tepat Untuk Semua Anak” Nasihat Bapa Ini Ada Betulnya

Bergelar ibu bapa memang memerlukan kita mencari ilmu keibubapaan. Namun ia bukan bermakna setiap apa yang kita pelajari itu mesti di guna pakai dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.
Ini kerana setiap anak itu berbeza dan memerlukan pelbagai kaedah pendekatan yang berlainan.
Menurut perkongsian Muhammad Noor Zakaria atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Bakar Baharom di facebook beliau, tiada SOP (Standard Operating Procedure) atau dengan kata lain petunjuk langkah demi langkah yang tepat dan sesuai untuk semua anak.
Walaupun sudah ada 10 orang anak tetapi percayalah perangai dan karektor mereka berbeza-beza.
Jadi, ibu ayah jangan terlalu stres dalam membesarkan anak-anak. Perlu juga fikirkan kesihatan mental sendiri kerana ibu bapa yang bahagia pasti akan melahirkan anak-anak yang bahagia juga.
Kesihatan Mental Ibu Bapa Penting!
Ini yang mdno pelajari selama 6 tahun ni( dan masih belajar )
1. True love memang wujud. Cinta kita kat anak-anak kita. anak anak pun sayang kita tapi bukan true love. Depa sayang kita sebab kita bela depa dari lahir. Kalau depa dibela oleh jiran dari lahir. Tentu-tentu depa sayang jiran tu. Tapi kita tak. Dari moment urine pregnancy test positive kita dah sayang dah depa tanpa tengok pun muka depa lagi. Yes, our love. Is true love .
2. Monkey see monkey do. Mmg betul yang ni. Jadi parents memang kena sejuta kali hati-hati.
Anak-anak dok perati & absorb. Anak tu reflection kita.
Ilham once said
“Eii daddy ni, melampauu.!”
3.Tidor waktu baby tido adalah advice yng salah. Sebenarnya waktu baby tido, kau buatlah apa yng menggembirakan hati kau. Jangan ikut advice tu. Nanti kau stress sebab kau sebenarnye perlukan aiskrim & air gas pepsi 1 tin.
4. Dengar, baca boleh, percaya dan praktiskan jangan, tapis dolu. ( termasuk lah posting aku ni )
Sebagai parents, tentu-tentu kita akan dihujani pelbagai advice dari parenting gurus. Dengar dan hargai..nak percaya dan praktis.? you do you okay.?
5. Every child is different. So tak ada SOP yang tepat dan fit untuk semua anak. 10 anak 10 la jugak perangai dan peel kan.
6. Your mental health is important. Jangan acah perfect parent sampai merosak diri sebab percayalah, anak-anak bahagia bila parent dia waras. Agak-agak nak sewel dah. Stop. pegi enjoy me time 15 minute ,do whatever makes you happy. Then come back dengan performance yang lebih mantap. Ingat, happy daddy, happy kids. Gitu equation dia. Kalau tak..masuk front page harian metro la korang..
7. Kau Struggle? Tapi jiran-jiran, kawan-kawan tenang dalam parenting? Anak-anak orang lain dengar cakap sedangkan urat leher kau tegang-tegang nak suruh anak mandi?
Percayalah dorang pun sebenarnye stress dan dorang rasa kau pulak yang best.
Semua kita struggle tapi kita semua propa depan orang. So chill. Kita semua senasib okey.
8. Above all, yang paling mustahak adalah kita sayang diri sendiri dan kita tau kita sayang anak-anak kita. Anak-anak kita sayang kita. Sihat tubuh badan. Yang lain-lain tu nanti-nanti kita fikir.
Okay tak parenting tips ni?
Sumber: Pak Cik Bakar Baharom
Pak Cik Bakar Baharom salah seorang speaker dalam webinar penyusuan nanti. Kalau nak dengar celoteh beliau tentang geng-geng papa sokong penyusuan, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI