Ramai ibu bapa merungut, anak susah nak makan atau memilih makanan tertentu. Jika masak bukan lauk kegemaran, puas pujuk baru makan. Itu pun belum tentu habis. Hingga ibu dah tak ada idea nak buat apa lagi.

Tengok anak orang lain makan berselera, seronok je. Namun bila anak sendiri susah makan memang susah hati. Apa kata ibu-ibu cuba amalkan doa yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal untuk anak-anak. Moga dipermudahkan urusan semua. Amin!

Bacalah Zikir Ya Rahim, Ya Latif Waktu Masak. Anak Jadi Suka Makanan Sihat

DOA UNTUK ANAK-ANAK SUKAKAN MAKANAN SIHAT.
Saya nak kongsikan antara doa dan zikir yang saya selalu baca sejak saya mula amalkan pemakanan sihat dan tukar diet anak bermula usianya 3 tahun hingga sekarang, sudah 11 tahun.

Semua atas izinNya, tugas kita hanya berdoa, usaha dan terus berdoa. Kebergantungan hanya padaNya sahaja.

Zikir Ya Rahim (penyayang, supaya sayang semua makanan ciptaan Allah yang Toyyib.)
Zikir Ya Latif (lembut, supaya lembut hati dan mudah menerima usaha kita bantu mereka makan yang sihat dan Toyyib.)

Al Fatihah – baca dan sedekahkan bacaan ini untuk roh anak. Niatkan rohnya seorang yang kuat semangat dan sukakan perkara baik.

Baca kedua-kedua zikir ini berkali-kali setiap hari, hembuskan. Pada makanan setiap kali memasak. Pada anak ketika anak tidur.

Ads

Niatkan dilembutkan hati dan diberi rasa sayang kepada makanan sihat. Dilindungi daripada yang sebaliknya.

PALING PENTING, JAGA KATA-KATA KITA SEBAGAI IBU BAPA.
“kenapala kakak ni suka sangat jajan?”
“haih abang ni kenapa tak suka dengar cakap mama, makanlah yang sihat ni.”
“anak saya tak suka masakan saya lah Kak Nini. Frust betul.”
“korang memang susah nak dengar cakap Mama! Degilnya.”

Ibu ayah..Kata-kata adalah doa, dan doa ibu bapa ni sangat makbul terutamanya IBU.
Kita tak mahu hasil kata-kata kita tu menjadi doa yang makbul, kan? Biarpun benar anak begitu, jangan sebut. Kita usaha doakan. Jom.

Tukarkan kepada yang lebih baik.

“Tak apa, sekarang abang BELUM suka, nanti mesti akan suka, mama suap sikit nanti bagi abang rasa betapa sedapnya sayur ni.” – lepas tu sesuaikanlah cara masakan kita, pelbagaikan, kreatif.

Ads

“MasyaAllah, kakak! Mama gembira dan bangga sangat kakak dah tak makan jajan kat sekolah.” – peluk anak. Bagi mereka rasai kasih sayang kita.

Bacalah Zikir Ya Rahim, Ya Latif Waktu Masak. Anak Jadi Suka Makanan Sihat“Allahu, Allah. Mesti Allah sayang sangat kat Amir ni sebab Allah bantu Amir makan sayur ni. Sikit tak apa, yang penting Amir usaha makan. Meh abah peluk.”

“Allah. Mungkin Mama belum cukup doa ni. Boleh tak kakak, abang, adik, doa sama sama dengan Mama dan Abah. Biar kita sekeluarga suka makanan sihat, jom. ”

Mengapa perlu hargai anak? KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN.
INGIN DIBERI SOKONGAN, UNTUK USAHA MEREKA YANG INGIN DICAPAI DAN BELUM TERCAPAI.

Ads

Mereka perlukan sokongan tidak berbelah bagi daripada kita, kan? Kitalah dunia mereka.

Kredit: Puan Ainini Zainal

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Bacalah Zikir Ya Rahim, Ya Latif Waktu Masak. Anak Jadi Suka Makanan Sihat

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI