Awas ya ibu kalau bagi anak makan ubat dah lama simpan dalam peti ais sebab ia boleh menyebabkan alergi.

Kesan alergi bagaimanapun berbeza pada setiap orang tapi kesimpulannya tolong jangan bagi anak minum ubat demam yang sudah dibuka penutupnya sebelum ini.

Pengalaman yang dilalui sendiri oleh Puan Nurasyikin Ali membuatkan dia rasa pentingnya berkongsi ilmu yang baharu diketahui ini dengan ibu bapa lain agar tiada yang melalui kesan seperti dialami oleh anaknya.

BAHAYA SIMPAN UBAT DEMAM

Ada sekali waktu tengah malam, anak sulung kak ekin tetiba demam panas sampai 40’c. Apalagi cecepat keluarkan botol paracetemol dan suap pada anak.

Suhu turun sikit tapi badan masih panas. Kak ekin pun lap-lap badan anak bantu turunkan suhu. Alhamdulillah, demam makin kebah.

Tapi pagi esoknya kak ekin perasan, badan anak depan belakang penuh dengan tompok ruam. Kulit kering bersisik. Anak mula nampak menggaru tak senang dan demam balik.

IKLAN

Kak ekin sangka anak kena campak keladi. Tak fikir panjang terus bawa ke doktor takut sakit makin melarat.

Sampai sana doktor bagitahu, simptom ni biasa kena kalau termakan ubat demam yang dah lama.

Baru kak ekin tahu, rupanya tak boleh kita simpan semula ubat demam yang dibuka. Kena habiskan dalam masa sebulan.

Badan Anak Naik Ruam, Kulit Kering Bersisik Lepas Makan Ubat Demam Dah Lama Dalam Peti Ais!
Macam ruam ekzema pun ada. Penuh berbiji kat badan sampai kaki. Kulit jadi kering bersisik.

Apalagi, balik rumah terus buang semua ubat-ubat yang ada dalam peti ais. Nasib baik lah anak cuma naik alergi. Tak ada apa yang mudarat.

Dalam seminggu jugak lah ruam alergi tu nak hilang. Itu pun sebab dah sapu dengan minyak terapi. Anak takde nak bergaru sangat bila pakaikan minyak tu. Tidur pun lena.

IKLAN
Badan Anak Naik Ruam, Kulit Kering Bersisik Lepas Makan Ubat Demam Dah Lama Dalam Peti Ais!
Belakang pun sama. Amik gamba pakai tepon cap ayam tak nampak teruk sangat. Hakikat dia teruk gila.

Jadi ibu ayah yang suka simpan ubat demam dalam peti ais, tolong buang sekarang kalau tak nak mengundang penyakit.

Melainkan penutup ubat tu belum pernah dibuka. SEBABBBBB…

Bila penutup dah dibuka tu, udara luar yang mengandungi bakteria, wap air dan fungi akan masuk ke dalam botol. Dan menyebabkan bakteria merebak dan merosakkan bahan aktif di dalam ubat.

Lagi bagus simpan ubat yang belum dibuka ditempat yang kering dan jauhkan dari sinaran matahari. Supaya kandungan ubat tak terjejas.

IKLAN
Badan Anak Naik Ruam, Kulit Kering Bersisik Lepas Makan Ubat Demam Dah Lama Dalam Peti Ais!
Salah satu contoh paracetemol yang biasa dapat dari klinik. Jadi, jangan simpan ubat demam yang dah buka lebih dari sebulan atau yang tarikh luput.

Jadi ibu ayah semua beringat lah.
Elak sebelum kena.

Mak dah Insaf!

#Share supaya ibu dan ayah yang lain pun beringat.

Update :
Tarikh luput bergantung pada cara penyimpanan. Ada pharmacist bagitahu 2 bulan. Ada yang 3 bulan. Ada juga doktor yang suruh buang terus lepas demam baik.

Macam anak kak ekin suka buka peti ais tak tutup balik. So lagi la selalu botol tu berwap sebab simpan bahagian pintu peti ais. Jadi kak ekin nak selamat, buang lepas 1 bulan tempoh buka.

Apa pun, better ibu ayah rujuk pada doktor untuk dapatkan kepastian. Kadang simptom lebih kurang tapi sakitnya tak sama. Kak ekin cuma sampaikan apa yang doktor terangkan pada kak ekin ikut keadaan anak masa tu.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI