Kehamilan datang dengan banyak perubahan, dan kadang-kadang badan pun mula rasa tak selesa dan asyik lenguh-lenguh badan. Sesekali bantu diri ibu hamil untuk lebih relaks dan legakan badan yang tak selesa. Salah satunya adalah urutan sendiri yang boleh dilakukan di rumah saja.
Teknik urutan self-care ringkas antara yang disyorkan untuk ibu hamil. Boleh buat sendiri di rumah untuk bantu kurangkan lenguh, tegang, dan stress.
Urutan ni bukan saja bantu redakan tekanan fizikal, tapi juga buatkan ibu rasa lebih relaks, bertenaga, dan terhubung dengan diri sendiri serta si kecil dalam kandungan.
Boleh juga minta bantuan suami atau ahli keluarga untuk lakukan langkah mudah ini. Jom cuba!
1. Urutan targeted massage upper back
Posisi mengiring, dengan sokongan penuh di belakang dan bawah perut. Urutan ini biasanya dilakukan secara khusus untuk melegakan ketegangan otot dan mengurangkan kesakitan dan tingkatkan aliran darah. Semuanya mengambil kira keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Fokus utamanya untuk melegakan ketegangan otot di bahagian belakang atas, terutamanya leher, bahu dan belikat (scapula) yang sering menegang akibat perubahan postur semasa hamil.
Ads
2. Trigger Point Release
Lakukan tekanan lembut di titik tegang (Trigger Point Release) secara perlahan-lahan.
3. Urusan Targeted Massage Bahu & Kepala
Lakukan urutan di bahagian belakang kepala dari atas kepala ke bawah dan pusarkan bulatan di bahagian leher.
Tekan pada bahagian atas kepala dengan perlahan-lahan bagi menghilangkan kesakitan pada bahagian kepala.
Ads
* Info Untuk Mama
Apa Itu Urutan Self-Care untuk Ibu Hamil?
Urutan self-care ini adalah teknik sentuhan lembut yang memberi tumpuan pada bahagian badan yang sering rasa tegang seperti:
* Bahu dan tengkuk
* Belakang badan
Ads
Melalui urutan ini, ibu hamil boleh melegakan tekanan fizikal serta membantu:
* Melancarkan peredaran darah
* Mengurangkan lenguh dan ketegangan otot
* Memberi ketenangan emosi
* Mewujudkan hubungan lebih mendalam antara ibu dan bayi dalam kandungan
Kenapa Penting Buat Urutan Sendiri?
Self-care bukan sahaja mengenai fizikal, tapi juga menyentuh aspek emosi dan spiritual. Apabila ibu mengambil masa untuk menjaga diri sendiri, ia membantu dalam:
* Meningkatkan mood
* Memberi rasa bertenaga
* Menyediakan tubuh untuk proses kelahiran
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Zizie Izette yang kini sedang hamil anak ketiga meminta para pengikut di Instagram mengenai petua lama untuk mengetahui jantina anak. Katanya, sains selalu ada jawapan, dan petua lama atau old wives tales selalu menyeronokkan.
Beliau telah berkahwin dengan Datuk Bung Mokhtar Radin pada Disember 2009 kini sedang hamil tiga bulan. Zizie memuat naik status ini di Instagramnya;
Dear experienced mommies, How to tell if u are having a boy or a girl? Science has answers, but old wives tales are still kind of fun. Do share with me ur experiences ladies. Thanks in advance!!
Para followernya telah memberikan pelbagai respons berkaitan dengan pengalaman kehamilan masing-masing. Zizie bertukar pendapat dengan para follower mengenai pengalaman hamil anak lelaki dan perempuan.
“Syukur rezeki Allah nak bagi..” Itu yang dikongsikan Datin Seri Shahida apabila diberikan rezeki 5 orang cahaya mata di usianya 23 tahun hinggalah sekarang dalam umur 34 tahun.
Berkongsi gambar kenangan sewaktu hamil anak pertama ketika tahun 2008 hinggalah sekarang anak kelima, ternyata tiada perbezaan ketara dan tetap cantik.
Bersalin sakit, bila tengok muka baby terus hilang sakitnya
Shahida juga akui walaupun semasa kehamilan ada ibu-ibu yang kuat alahan atau terpaksa jumpa doktor dengan kerap, namun bila sampai masanya melahirkan bayi dan tengok muka anak terus rasa hilang sakitnya.
Dari umur 23 tahun (2008) start hamil anak pertama sampai lah umur 34 tahun (2019).
“Kalau sakit bersalin tu memang sakit, tapi kan bila tengok je muka anak hilang terus kesakitan melahirkan….betul tak?
Hebatkan seorang wanita yang bergelar ibu. Nampak je kita ni lemah tapi bila proses mengandung dan melahirkan anak, automatiknya wanita boleh jadi kuat rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Kini usia kandungan Shahida dah masuk 7 bulan dan setakat ini belum lagi berkongsi jantina bayi dalam kandungannya.
Semoga urusan Shahida dipermudahkan sepanjang mengandung dan melahirkan bayinya nanti.
Sumber: ig Datin Seri Shahida
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ramai bakal ibu yang merungut tatkala doktor meminta mereka memberikan sampel air kencing semasa temu janji rutin. Mana tidaknya, ramai ibu mengandung yang lain beratur untuk memberikan sampel air kencing dan anda sangat yakin bahawa anda tidak ada masalah kencing kotor.
Perkataan “menyusahkan” sememangnya lazim digunakan bagi mendefinisikan keadaan tersebut. Namun, adakah ujian air kencing tersebut dianggap tidak perlu kepada ibu yang tidak mengalami sebarang simptom kencing kotor?
Kencing kotor lazim dialami wanita
Apabila kita berbicara tentang kencing kotor, pasti anda akan terbayangkan air kencing keruh umpama air teh dan berkeladak. Hakikatnya, bukan semua individu yang mengalami masalah kencing kotor dapat didiagnosis daripada rupa air kencing mereka.
Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI) merupakan masalah kesihatan yang lazim dialami oleh golongan wanita. Pada kebanyakan kes, jangkitan ini disebabkan oleh bakteria, namun ada juga yang disebabkan oleh kulat atau virus meskipun ia jarang berlaku.
Saluran kencing melibatkan organ buah pinggang, salur ureter (menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing), pundi kencing dan salur urethra (saluran yang membawa keluar air kencing).
Kebanyakan UTI yang berlaku hanya melibatkan salur urethra dan pundi kencing. Jika jangkitan tersebut berlaku pada organ buah pinggang atau salur ureter, kebiasaannya individu tersebut akan mengalami simptom yang lebih teruk.
Terdapat beberapa sebab mengapa kencing kotor lazim berlaku pada wanita berbanding dengan lelaki:
Salur urethra wanita lebih pendek berbanding dengan lelaki
Kedudukan salur urethra wanita yang berdekatan dengan vagina dan anu, memudahkan kuman merebak
Penggunaan pelbagai jenis produk kontraseptif seperti spermisida (pembunuh sperma) menyebabkan populasi bakteria baik pada faraj berubah
Wanita menopaus mengalami perubahan hormon
Kenapa wanita mengandung berisiko mendapat masalah kencing kotor?
Kencing kotor semasa mengandung memang boleh mendatangkan risiko bahaya kepada ibu dan janin di dalam kandungan. Namun, pernah tak anda terfikir, kenapa wanita hamil lebih berisiko?
Perubahan hormon yang berlaku ketika hamil bukan sahaja boleh memberikan kesan positif kepada janin untuk membesar, ia juga boleh menyebabkan kekuatan otot salur ureter dan pundi kencing bertambah renggang.
Perkara ini boleh menyebabkan aliran air kencing menjadi perlahan. Apabila rahim mula membesar, ia berupaya untuk menyekat lebih banyak air kencing. Ditambah pula dengan kelemahan otot pundi kencing untuk menolak air kencing keluar, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.
Faktor-faktor lain seperti peningkatan tahap keasidan air kencing dan gula yang terdapat di dalamnya berikutan perubahan hormon yang berlaku menjadikan wanita hamil mudah untuk didiagnosis dengan masalah kencing kotor.
Tanpa rawatan, jangkitan tersebut boleh menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan keradangan pada organ buah pinggang. Apabila sudah sampai ke tahap itu, kuman yang terdapat pada sistem salur kencing wanita hamil mudah untuk bergerak masuk ke dalam aliran darah.
Jika tidak dirawat dengan serta merta, ibu yang mengalami kencing kotor semasa mengandung boleh mati. Jadi, adakah anda enggan menjalani ujian air kencing seperti yang dipinta oleh doktor hanya kerana anda rasa prosedur tersebut menyusahkan?
Ketahuilah bahawa kencing kotor tidak selalunya didiagnosis pada mereka yang mempunyai air kencing yang keruh atau berkeladak. Mereka yang mempunyai masalah UTI kebiasaannya akan mengalami simptom seperti:
Rasa terbakar sewaktu kencing
Darah di dalam air kencing
Air kencing keruh
Kerap ke bilik air untuk kencing walaupun hanya sedikit urin yang keluar
Tidak dapat menahan kencing
Jika seseorang itu mengalami jangkitan pada buah pinggang, antara simptom yang akan dialami adalah:
Demam
Loya
Muntah
Sejuk menggigil
Sakit pada bahagian belakang badan, di bawah rusuk
Ambil langkah berjaga-jaga
Ujian saringan yang dilakukan oleh doktor merupakan satu keperluan bagi mengelakkan berlakunya komplikasi kencing kotor seperti jangkitan buah pinggang. Jika anda disahkan positif jangkitan, terapi antibiotik akan diberikan secara serta merta bagi merawat keadaan tersebut.
Doktor akan menentukan jenis antibiotik yang selamat dimakan oleh anda mengikut kepada keperluan semasa. Jika anda hamil, sudah semestinya antibiotik yang diberikan tidak akan menyebabkan komplikasi kepada anda mahupun anak di dalam kandungan.
Bagaimana pula dengan mereka yang tidak dijangkiti? Anda boleh mencuba tip berikut:
Minum air mengikut kadar saranan harian (6-8 gelas) atau seperti yang dipreskripsikan oleh doktor anda.
Jangan bertangguh untuk membuang air kecil. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan lebih banyak bakteria membiak di dalam pundi kencing.
Selepas membuang air kecil, pastikan anda mengelap kemaluan dari depan ke belakang. Tindakan ini boleh meminimumkan risiko bakteria untuk merebak dari kawasan punggung ke faraj.
Pakai pakaian dalam yang longgar dan diperbuat daripada kapas.
Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap.
Elakkan daripada mengambil minuman bergula atau berkafein.
Kencing kotor semasa mengandung lazim dialami oleh wanita hamil. Pemeriksaan awal oleh doktor penting bagi memastikan komplikasi kencing kotor dapat dielakkan.
Jika anda mengalami gejala seperti yang tersenarai di atas, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan daripada doktor.
Kredit: Hello Health
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sayu luahan hati isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, pemuda yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang di...