Badan Banyak Angin, Perut Sebu, Cuba Petua Ni. Lepas Minum Tubuh Rasa Ringan

Share

Banyak petua buang angin yang selalu dikongsikan oleh orang-orang lama. Ini semua bertujuan untuk memastikan badan rasa segar dan ringan. Tambah lagi dengan faktor pemakanan yang kurang dititikberatkan, menyebabkan ramai yang rasa tak selesa.

Bukan itu saja, semakin meningkat usia, badan akan cepat rasa lemau dan tak bertenaga. Tambah lagi ibu-ibu yang kurang dapat rehat kerana perlu uruskan anak dan buat kerja rumah. Bagi ibu berkerjaya, rutinnya lagi padat.

BACA [Cukup 2 Tahun Nak Cerai Susu, Jangan Mengejut. Biar Jadi Momen Indah Antara Ibu & Anak]

Bagi yang ingin mencuba petua buang angin, perkongsian Umie Marissa ini mungkin salah satu alternatif buat anda.

Hanya menggunakan tiga bahan utama sebelum direbus dan amalkan selawat sebelum minum, ia memudahkan angin keluar dan perut juga tidak kembung. Masalah sebu juga akan berkurangan.

Petua untuk buang angin

– 7 helai daun serai
– 7 biji lada hitam
– Bawang putih 1 ulas tapi potong 7
– Air panas yang baru masak 1 cawan, rendam sampai suam, masa nak rendam tu, daun serai tu renyuk-renyukkan, lada hitam ketuk, nak minum selawat 7 kali, insha allah angin yang ada ‘melepak’ dalam perut akan keluar dengan lawas.

Petua ni Kak Umie dapat masa nak pergi mengurut adik dalam pantang minggu lepas.  adik ni mak ayah dia orang Kemboja, mak anak 13 orang, tapi alhamdulillah sihat, muda, kuat lagi buat kerja rumah.

Kak Umie kongsikan ilmu ini untuk sama-sama dapat manfaat. Apa yang bagus kita sama-sama ikhtiar.

Sumber : Umie Marissa

ARTIKEL MENARIK [Bersalin Dah Lebih 2 Tahun, Ibu Ini Kongsi Tiba-Tiba Keluar Air Bisa & Nanah Di Tempat Czer]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Anak Dah Tak Sekolah, Isteri Jadi Guru & Pengetua. Dato’ Fazley Pilih Belajar Di Rumah]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy