Setiap kali ada perkembangan kesihatan terbaru mengenai Ainul Mardhiah pastinya ia menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia. Cinta hati kesayangan rakyat ini semakin hari semakin menunjukkan perubahan positif dan nampaknya telah berjaya melalui fasa sukar secara berperingkat.
Kisah bayi istimewa ini yang mula dihebahkan beberapa bulan lalu selepas mengalami masalah ketumbuhan di mulut membuatkan ramai orang berasa simpati dan satu demi satu pertolongan dihulur sehingga pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya berjaya.
Ainul mula nak belajar makan
Telah pun menginjak umur setahun pada bulan Ogos lalu, nampaknya mama Ainul sudah mula untuk memperkenalkan makanan awal untuk Ainul. Mungkin bayi lain ketika menginjak 6 bulan dah belajar makan tetapi kerana sedikit kekangan sebelum ini ia terpaksa dilewatkan sedikit.
Menerusi Instagram Nurul Erwani, dia telah bertanyakan makanan yang sesuai untuk bayi yang menggunakan tiub perubatan untuk makan kepada pengikutnya sebagai persediaan untuk diberi pada Ainul.
Nak tanya pada sesiapa yang berpengalaman atau ada anak yang pakai gastrostomy/button feeding, selalu bagi blended food apa ya? Boleh share pada mama Ainul.
Suka bermain sekarang
Erwani juga turut berkongsi perkembangan terbaru Ainul yang suka kepada satu permainannya (plastik bungkusan tubing suction) sehingga sewaktu tidur pun masih memegangnya.
Ainul setia bersama mainan paling disukainya. Waktu tengah tidur pun gengaman masih kuat pada mainan kesukaannya. Cuba lah sesiapa tarik atau ambil dari tangan Ainul, mesti Ainul akan tarik balik tak bagi ambil.❤️
Ramai kongsi pengalaman
Berikutan perkongsian mama Ainul, ramai yang berkongsi pengalaman dan memberi cadangan berkaitan soalan yang ditanya.
Permulaan yang baik, dapat nasihat dietitian
Ramai juga yang mendoakan agar Ainul Mardhiah terus sihat dan kuat agar kembali sihat sepenuhnya dan turut memuji badan Ainul dah makin bersemangat sejak akhir-akhir ini.
Sumber: IG Nurul Erwani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI