Sebagai seorang ibu, sudah pastinya badan selalu letih dan sakit-sakit. Tuntutan bekerja dan kemudian menguruskan hal rumah tangga, sememangnya memenatkan. Sebab itulah, para ibu perlu ada suplemen yang dapat membantu mengekalkan kecergasan anda.
Jika tidak berani untuk ambil suplemen yang dijual di pasaran, buatlah sendiri. Lebih banyak khasiatnya dan diyakini selamat kerana dihasilkan dari ramuan semula jadi.
Artikel Menarik: [Ibu Penat! Walaupun Tiada Niat, 5 Sebab Ini Kenapa Tak Boleh Mengeluh Depan Anak]
Perkongsian resipi dari pengguna akaun Facebook, Suhanna Zakaria ini memang menarik. Dengan hanya menggunakan bahan asas yang boleh didapati dalam dapur, boleh menghasilkan jamu yang membantu para ibu menjaga kesihatan diri.
Bukan itu saja, jamu ini turut memberi kebaikan untuk membuang angin dalam badan, melawaskan perut, mengatasi keputihan, mengecutkan peranakan serta menaikkan seri wajah awet muda. Menarik kan?
Dah pepetang ni baru ada free sikit nak share something yang Kak Ana Gojes rasa korang patut buat sendiri je kat rumah.
Asek masak makanan pun boring juga kann. So lets masak jamu untuk diri sendiri pulak. Moga moga lepas amal jamu ni, tetap jadi kekasih awal dan akhir untuk hubby korang.
Sebenarnya jamu ni memang Kak Ana Gojes sendiri amalkan. Save banyak taw duit bila buat sendiri.
Badan pun lain macam bila kita jadikan amalan. Cargass walaupun dah umur macam sekarang ni. Korang yang muda muda tu elok amalkan segera. Untuk awet muda pun ya.
Sebelum ni Kak Ana Gojes beli yang ready made je, ada la dalam seratus ringgit sebulan. Better korang buat sendiri je. Duit seratus tu boleh juga simpan time emergency.
Kita guna barang barang kat dapur je. Cara masak pun senang yakmat. Korang minum ni tetiap hari. Sekali sehari pun dah okey.
Make sure air puteh kena minum banyak ya. Biar segala toksin dalam badan tu keluar semua. Bagus taw jamu ni untuk buang angin, senggugut dan kecutkan peranakan.
Selamat mencuba ya.
Artikel Menarik: [Ibu Terlebih Penat Buat Kerja Rumah Dan Stres Boleh Ikut Pesanan Dr. Hamid Arshat Ini]
“Bila dah mendidih gini. Kecik kan api. Sambung masak kat rice cooker untuk renehkan dia.”
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 ini kunyit hidup } hiris nipis
1 inci halia } hiris nipis
1 inci gula Melaka atau gula merah
1 sudu besar pes asam jawa
1/4 sudu teh serbuk manjakani (optional)
1 liter air
CARA MEMBUAT:
1. Didihkan air, kemudian masukkan semua bahan ke dalamnya. Reneh sehingga air tadi tinggal separuh (nak lebih mudah, gunakan rice cooker)
2. Apabila sudah siap, tapis dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol. Simpan dalam peti ais, biasanya kuantiti sebanyak ini bertahan untuk seminggu.
KHASIAT:
1. Buang angin, lawas perut, kurangkan masalah keputihan, kecutkan peranakan dan menaikkan seri wajah.
2. Boleh jadi agen perapat.
3. Boleh diminum ketika datang haid untuk melawaskan darah haid.
“Minum sikit sahaja, dalam enam sudu besar. Selepas minum jamu, ambil segelas air suam.”
Sumber: Suhanna Zakaria