Badan Macam Melecur, Mata Masih Rabun, Bibir Luka. Akibat Antibiotik Kanak-Kanak Ini Menderita

Share

Alahan ubat-ubatan tak boleh dibuat main-main. Reaksi pada alahan adalah berbeza bergantung kepada seseorang individu. Contohnya alahan minor adalah seperti ruam gatal dan alahan major boleh membawa kematian.

Alahan yang biasa dilaporkan adalah alahan dari ubat antibiotik. Perkongsian dari seorang ibu, Nur Fazella mengenai anaknya yang alahan kepada antibiotik sehingga menyebabkan mata anaknya rabun, badan penuh bintik merah dan sekeliling bibir luka dan melepuh.

Macam mana boleh jadi?

Pada mulanya Khairi demam dan batuk-batuk. Dr bagi antibiotik, ubat batuk dan pcm. Selepas makan satu biji antibiotik keluar bintik-bintik merah di mulut dan tapak tangan.

Dalam fikiranku ingatkan Khairi kena jangkitan HFMD. Jadi tetap bagi Khairi makan antibiotik tersebut. Selepas makan pil ketiga dia mengadu sesak nafas dan kami bawa ke unit kecemasan Hospital Likas. Pada mulanya di sangka campak.

Antibiotik yang dimakan Khairi

Doktor pakar buat pemeriksaan menyeluruh dan mendapati Khairi mengalami STEVEN JOHNSON.. Ni la nama penyakit pertama kali aku dengar.

Peringatan Buat Ibu Bapa

Buat ibu bapa kena sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku pada anak atau diri sendiri. Jika selepas makan ubat ada tanda-tanda merah di badan cepat rujuk doktor. Jangan dibiarkan.

Walaupun keadaan Khairi belum pulih sepenuhnya, Fazella terharu dengan doa yang diberikan oleh semua rakan dan ahli keluarga dan turut berterima kasih kepada doktor dan jururawat Hospital Likas yang memberikan rawatan terbaik sepanjang anaknya menerima rawatan.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya dan mudah-mudahan kalian sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Sumber: Nur Fazella

 

 

Published by
Wan Amy