Ibu bapa mana yang tak risau bila anak demam dan tiba-tiba dalam keadaan sawan. Panik usah di cakap la. Kadang tu bila berlaku dalam keadaan kita tak bersedia.
Jika diikutkan demam sawan ini berlaku bila suhu anak terlampau tinggi. Masa ni sangat penting untuk memantau suhu anak dan sebolehnya biarlah bergilir jaga waktu anak tak sihat.
Pengalaman dari Puan Hartieka Sahar bila anaknya pertama kali kena demam tarik boleh dijadikan panduan bagi ibu bapa yang ada anak kecil. Tak salah beringat daripada kita menyesal kemudian hari.
Ini pengalaman pertama bila anak “DEMAM TARIK” @ “Demam Sawan” waktu Raisha kena tarik.. Rasa apa lah dah jadi ni. Kami suami isteri kelam kabut tak tentu arah bila melihat Raisha jadi macam tu. Apa perkara yang perlu buat pun tidak tahu dan benda terlintas dalam fikiran bawa ke hospital je lah.
Mak ayah mana yang tak risau kalau melihat situasi anak masa tu terjadi seperti mata tengok atas (belalak) kaki tangan kejang mengigil lepas tu kacip gigi. Kita panggil anak dia tak respon apa pun. Memang merisaukan sangat masa itu. Waktu terjadi tarik @ sawan kat Raisha pukul 1.50 am masa tu suami baru lepas bagi Raisha minum bila dia berdiri tiba-tiba tarik @ sawan tu terjadi. Ini memang pengalaman pertama. Kami tak fikir apa-apa dah terus bergegas bawa ke hospital. Sampai je hospital keadaan Raisha dah makin beransur reda. Doktor memberi suntikan antibiotik dan check darah Raisha. Sementara menunggu result darah Raisha.
Doktor memberi penerangan tentang situasi yang berlaku pada Raisha. Suhu yang terlampau panas boleh menyebabkam demam tarik@demam sawan. Ini ada sedikit penerangan tentang demam tersebut.
DEMAM SAWAN
Selalunya orang akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan. Seorang bayi yang sawan tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah -olah mengigil. Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai tarik. Ramai di antara ibu bapa yang telah melihat bayi mereka mengalami tarik menyatakan yang mereka fikir bayi mereka hampir putus nyawanya.
Punca sawan di kalangan kanak-kanak yang kerap sekali terdapat ialah demam panas. Adalah dianggarkan yang sekurang-kurangnya satu peratus dari kanak-kanak mengalami demam sawan. Demam sawan juga merupakan satu sebab utama bagi ramai kanak-kanak masuk wad.
Sawan biasanya berlaku pada peringkat umur tiga bulan hingga tujuh tahun. Walaupun demam sawan boleh juga berlaku dikalangan mereka itu. Sawan yang berlaku dikalangan bayi-bayi yang berusia kurang dari tiga bulan lebih besar kemungkinannya disebabkan oleh punca-punca lain yang lebih serius seperti penyakit meningitis.
Demam sawan biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan tingginya . Sawan dikalangan bayi yang tidak ada kena mengena dengan demam merupakan sawan yang mungkin disebabkan oleh kerosakan otak dan punca-punca metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium.
Biasanya bayi – bayi yang mendapat demam sawan hanya mengalami sekali sahaja dalam seumur hidupnya. Tetapi ada juga bayi-bayi yang masih terus mendapat demam sawan berkali – kali sehingga usianya tujuh tahun terutamanya jika dia tidak diberi ubat – ubat yang boleh mencegah sawan.
Sumber: Hartieka Sahar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI