“Badan Rasa Cepat Recover & Sihat” Selesa Mandi Herba & Berdiang, Uyaina Pilih Pantang Cara Tradisional!

Share

Berbanding cara moden, pengacara cantik manis, Uyaina Arshad yang baru sahaja melahirkan putera sulungnya pada 8 September lalu selesa berpantang cara tradisional.

Meninjau di Insta Storynya kebelakangan ini, Uyaina di lihat sering berkongsi rutin berpantangnya setiap hari malah turut mengamalkan amalan berpantang tradisional.

Tidak hanya mandi air rebusan kayu dan makan jamu herba, bahkan Uyaina juga turut berdiang cara tradisional untuk memulihkan semula tenaganya selepas bersalin.

Bahkan Uyaina sendiri turut mengamalkan beberapa resipi sihat dari ibunya yang diamalkan ketika berpantang.

“Resepi Ummi Yana. Dia kata sangat-sangat ​bagus untuk orang berpantang.

Bahan-bahan:
Halia
Bawang putih
Lada hitam
Garam Bukit sikit

“Pastu tumbuk sampai hancur. Then boleh makan dengan lauk lain. Bagus untuk tolak angin, bagi kita berpeluh, badan rasa panas. Pastu selalu sedawa & kentut & sedap,” kongsi Uyaina yang turut berkongsi resipi ibunya.

Tidak hanya disitu bahkan Uyaina juga turut mengamalkan air rendaman herba juga berdiang yang sememangnya baik untuk ibu berpantang.

“Lepas tu, one of the best things yang terpaling Yana suka time pantang jugak!

“Mandi air rebusan akar kayu!

“Lepas mandi air ni rasa macam ringan sangat-sangat badan. Rasa fresh. Badan rasa cepat je recover & rasa sihat especially after operation.

“Pastu bau dia terpaling best. Yana mandi air rebusan kayu ni 2 kali sehari. Awal pagi & petang,” katanya berkongsi.

Menerusi Instagramnya, Uyaina turut berkongsi proses berdiang yang dilakukannya pada minggu-minggu awal berpantang.

 

Terdahulu, Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran menyambut kelahiran anak sulung mereka, Raja Urhan pada 8 September lalu.

Menarik:Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!.

Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM