Kehamilan

Bagaikan Mimpi! 11 Tahun Tunggu Anak, Suami Terus Sujud Syukur Depan Doktor

Share

Kehadiran anak dianggap penguat dalam hubungan rumah tangga. Namun bagi pasangan yang berkahwin rezeki memiliki anak bukan di tangan kita sendiri. Semua itu dah ditentukan oleh Allah.

Bagi yang mudah seawal beberapa bulan kahwin pun dah dapat keputusan mengembirakan tetapi bagi yang diuji dengan sedikit ujian, ada yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk memeluk seorang zuriat.

Percayalah setiap usaha yang dilakukan dengan niat dan bersungguh-sungguh pasti ada manisnya di hujung walaupun diawal terasa perit untuk melaluinya.

Seperti yang dikongsikan oleh Dr Thokha Muhammad mengenai pasangan ini berjaya hamil selepas melalui prosedur yang dilakukannya buatkan ramai yang sebak.

Pakar Perbidanan & Sakit Puan itu berkongsi sebuah rakaman video mengenai sepasang suami isteri yang akhirnya bakal menimang cahaya mata setelah hampir 11 tahun menanti zuriat.

“Is this real? Wow 11 years of waiting to see this double line for the first time. Unspeakable joy,” tulisnya.

Menerusi rakaman tersebut, pasangan ini seolah-olah macam tak percaya dengan berita yang dikongsikan oleh Dr Thokha sehinggalah si suami bangun dan terus memeluk isterinya dengan linangan air mata.

Sebagai tanda terima kasih si suami telah meluahkan rasa gembiranya dengan melakukan sujud syukur dalam bilik rawatan sejurus selepas keputusan ujian kehamilan disahkan oleh doktor.

 

Posting berkenaan mendapat komen netizen dan rata-rata turut meluahkan rasa gembira dan mendoakan yang terbaik buat pasangan terbabit.

Sebaknya 11 tahun tunggu Allah bagi hadiah paling mahal

Semoga dipermudahkan dan selamat bersalin

Alhamdulillah syukur Ya Allah! Tahniah buat pasangan suami isteri ni. Setelah lalui pelbagai dugaan akhirnya Alllah gantikan dengan berita gembira yang ditunggu selama ini. Semoga bayi dalam kandungan dan ibu selamat serta sihat.

Sumber: Dr. Thokha Muhammad

Published by
Wan Amy