Bagaimana Nak Turunkan Berat Semasa Berpantang? Ini Nota Ringkas Untuk Ibu Berpantang

Share

Masa berpantang amat ditunggu-tunggu oleh ibu-ibu hamil. Ketika itulah masa yang sesuai untuk si ibu mengembalikan bentuk badan asal sebelum hamil. Namun tak ramai yang berjaya untuk kembali turunkan berat semasa berpantang kerana cara pemakanan dan emosi yang tidak dikawal dengan betul.

Dietitian, Lily Moha berkongsi nota ringkas buat ibu-ibu yang bakal berpantang atau yang sedang berpantang untuk turunkan berat badan secara betul dan sihat.

Bagaimana turun berat semasa berpantang? Nota ringkas;

1. Jangan stress unnecessarily. Stress nanti badan letih, susu pun kurang, lagi tambah stress, tidur pun tak cukup, tak dapat beauty sleep, berat susah turun, muka jadi mak lampir.

2. Jangan stress unnecessarily. Mengandung selama sembilan bulan dan kita benarkan kenaikkan berat semasa enam bulan terakhir. Enam bulan kasi naik, takkanlah 44 hari dapat licin semuanya. Nak pula kenaikkan melampau dari julat sepatutnya, lagilah.

Kenaikan normal bagi berat ideal adalah dalam lingkungan 10 – 15kg. Katalah naik sebanyak 10kg.

Anak 3kg. Segala uri semua lagi 2kg. Air terkumpul dalam badan lagi 2kg. Total sudah 7kg, baki 3kg memanglah senang nak turun.

Masalahnya naik 20kg, maka untuk turun akan ambil masa sikit. Pelan-pelan jalan.

Nikmati masa-masa berpantang, makan dengan betul akhirnya matlamat akan tercapai.

3. Jangan stress unnecessarily. Maka elakkan bandingkan diri kita dengan orang lain. Jadikan inspirasi untuk dapatkan semangat, buat dengan cara yang betul.

4. Makan makanan berkhasiat. Always nutrients over calories.

Takut makan nasi tapi ganti dengan biskut Hup Seng.

Keperluan badan individu katalah 1600kCal. Semasa menyusu kita boleh tambah sehingga 500kCal dari keperluan. Maka total 2100kCal.

Boleh bahagi kepada beberapa kali makan. Menyusu memang lapaq, berjaga malam lagi tambah lapaq. Cheq tau aih, cheq anak lima dah. Menyusu, exclusive pumping, mixed feeding semua ada. Pantang sendiri, mak jaga, duduk rumah mak, duduk rumah sendiri, duduk hospital pun ada.

Okay, berbalik kepada pembahagian kalori tadi.

BF – 400
S -150
S – 150
L – 400
S – 150
S-150
D – 400
S – 150
S – 150

Haaaaa.. ambik, nak makan sangat.

Jom bandingkan.

Nasi 1 cawan + ikan bakar 1 ketul tapak tangan + sup sayur 1 cawan + 1 buah – 310kCal.

Eh.. sikitnya. Tambah lagi.

Nasi 2 cawan + ikan bakar 1 ketul tapak tangan + sup sayur 1 cawan + 1 buah – 460kCal

Kalau kita makan accordingly seperti di atas, lapar tu dapat dikawal. Dalam kebanyakan masa, takut makan nasi dan makan pula tak ikut #sukusukuseparuhmaka kita makan snacking banyak. Snacking pula ambil yang kecil, manis dan susah nakkasi kenyang. Maka tersnacking lebih banyak sebab tak dapat kawal.

– Minuman malt coklat 2tbs + gula 1 tbs + biskut Hup Seng 10 keping – 405kCal.

– Cucoq 3 biji + kopi 3 dalam 1 – 300kCal.

Snacking pula sehari 8 kali Hehe. Memang tak dapatlah kan?

Makanya 3 hidangan utama ikut prinsip #sukusukuseparuh. Guna ukuran tangan untuk tentukan kuantiti. 1 penumbuk karbohidrat, 1 tapak tangan lauk, dan sekurang-kurangnya 1 penumbuk sayur/buah.

Makan snacking yang kenyang dan ambil masa mengunyah. Hadkan. Ambil dan masuk dalam pinggan ikut keperluan, bukan makan terus dari bekas besar.

Snacking –

3 tbs oats + 1/2 cawan susu + 1 biji kurma – 175kCal

2 tbs malt coklat + 1.5 tbs oats – 160kCal.

1 keping roti whole meal + 1 tsp peanut butter – 120kCal

1 biji buah + 1 keping roti – 135kCal.

2 tbs malt coklat + 3 keping biskut – 195kCal.

Begitu. Taip sambil-sambil sementara Hana tidur. Menu boleh tengok album Menu Berpantang Ummi, kot-kotlah boleh dapat idea.

Enjoy your confinement period.
Happy breastfeeding.

Sumber: Lily Moha
Dietition MoH

Published by
NuFa