Kenapa garam dan gula tidak baik untuk kesihatan bayi? Setiap hari, bayi hanya memerlukan garam kurang daripada 1g (0.4g natrium) kerana bayi sudah mendapat garam yang cukup daripada susu ibu atau susu formula.
Jika terlebih garam dalam badan bayi, ia boleh mengganggu sistem buah pinggang si kecil. Organ tersebut gagal berfungsi dengan baik. Hal ini kerana organnya belum matang untuk mampu menampung lebihan garam atau “kidney overload”. Apa lagi masalah kesihatan yang boleh terjadi kepada bayi? Ikuti perkongsian ini.
Jangan Tambah Kicap & Sos Dalam Makanan Anak
“Tambahkah garam sikit kat puree tu bagi ada rasa sedikit… kasihan tawar sangat”
Inilah kesilapan yang sering berlaku dalam pemakanan anak anak kita. Sebenarnya, pada usia 1 tahun kebawah, makanan yang diberi bukan untuk SEDAP, tetapi untuk,
✅ Memperkenalkan tekstur makanan
✅ Menambah zat makanan (selain susu ibu)
✅ Memperkenalkan makanan lain selain susu ibu
✅ Kenalpasti alahan.
Mengapa tidak perlu tambah kicap, sos, gula dan garam?
1. Buah pinggang masih baru
Ia masih dalam fasa perkembangan. Garam berlebihan menyebabkan buah pinggang perlu bekerja lebih!
2. Deria rasa bayi sensitif
Deria rasa bayi berganda lebih sensirif berbanding orang dewasa. Walaupun tambahan sedikit garam sebenarnya ia sangat masin untuk bayi. Selain itu ia menyebabkan masalah yang berikutnya..
3. Menjadi picky eater
Akibat sering sangat terdedah dengan makan masin/ manis mereka akan menolak makanan lain yang tawar. Pilihan mereka sudah tentu makanan segera, frozen food yang sangat banyak bahan perasa.
Selain itu, ia menyebabkan masalah lain seperti kerosakan gigi, sembelit dan masalah metabolik.
Informasi telah kami kongsikan, terpulang kepada anda untuk membuat pilihan 😘
*Garam dan gula semula jadi dalam buah buahan dan bahan organik lain TIDAK SAMA dengan garam, gula yang ditambah ya.
Kredit: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI