Boleh dikatakan kebanyakan anak memang suka makan telur. Mana taknya, telur ni buatlah macam mana pun tetap sedap! Walaupun simple, tapi versatil. Kita boleh gunakan telur untuk pelbagai jenis masakan.
Untuk mama yang kejar masa pun sesuai sangat kalau sediakan telur untuk anak-anak. Tak ambil masa yang lama untuk disediakan, tapi tetap boleh buat anak kenyang. Mudah kan?
Tapi jangan sesekali abaikan beberapa perkara ini ketika nak masak telur. Selain kebersihan telur, kena pastikan juga yang ia tak expired lagi waktu nak dimasak. Kalau dah rosak, boleh menyebabkan KERACUNAN.
Bahaya juga kalau kita ambil mudah soal tarikh luput telur ni, kesannya besar. Kalau sampai anak muntah dan cirit-birit, tak sampai hati nak tengok dia ‘melepek’. Tak aktif dan lembik saja. Jadi sebelum masak telur untuk anak, pastikan mama dah periksa tarikh luputnya.
Boleh juga ikut panduan yang dikongsikan Dr Redza untuk pastikan sama ada telur itu masih elok atau tidak. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
Jika sebelum ini kita tak pernah nampak cara isteri bekerja, kesempatan melihat isteri bekerja tanpa henti ketika WFH ini pastinya membuka mata suami.
Kerja isteri makin bertambah bila mana terpaksa menguruskan hal rumah tangga, kelas PdPR anak juga turun memasak di dapur. Tak berhenti!
Tapi jangankan hanya kasihan tapi tidak membantu. Suami berilah isteri masa untuk berehat dan beri dia waktu me time, untuk dirinya sendiri. Tak perlu masak dan uruskan anak. Biar dia berehat! Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim.
Yang kasihannya, anak anak la. Diorang selalu jadi mangsa keadaan. Bila badan dah penat, ibu yang penyayang pun boleh jadi perengus.
Bila badan dah lesu, ibu yang lemah lembut pun boleh jadi keras dan kasar. Kualiti emosi isteri kita, sangat bergantung pada kualiti rehat dia.
Sebagai soulmate, kita memang kena bantu isteri kita buat self-care setiap hari. Paling penting tidur & me-time!
Tidur paling kurang 6-7 jam sehari, tidur kena cukup dan berkualiti. Baru tubuh tak lesu.
Me-time pula penting, buat untuk dia resfresh balik emosi dan jiwanya. Tak ada la rasa tertekan.
Serius, kita kena jaga self-care isteri sebab apa? Sebab kualiti hidup kita ni sangat bergantung pada kualiti emosi dan jiwa isteri kita. Isteri ni kan “kunci kebahagiaan” rumah kita.
Bila isteri kita lesu dan murung, automatik dia akan jadi moody semoody moodynya. Kunci kebahagiaan rumahtangga adalah jangan bagi isteri moody!
Kalau isteri kita moody, dengan kita kita pun jadi moody. Serba tak kena jadinya. Satu rumah jadi bergelora. Allahu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak pernah menyangka anugerah terindah dari Allah yang awalnya sihat tanpa sebarang masalah akhirnya diberitahu sebenarnya menghidap kanser buah pinggang tahap 3 seawal umur 7 bulan. Dugaan yang terpaksa Puan Norli sekeluarga lalui amat berat namun beliau reda dan berusaha menyembuhkan penyakit anaknya itu.
Anak ini sempurna. Anugerah terindah dari Allah s. W. T. Dilahirkan sihat, sehingga 7 bulan pertama yang benar-benar menguji keikhlasan abi dan ibu. Betapa Allah sangat menyayangi kami, diberi kemudian diuji.
KANSER BUAH PINGGANG TAHAP 3
Sakitnya rasa jiwa meronta-ronta saat dikhabarkan. Tak mengharap lebih, hanya mampu redha dan meneruskan rawatan. Ibarat berjuang tanpa noktah. Kerana ia bukan demam biasa yang bisa menelan ubat, lalu kebah.
Kadang hati tak berhenti bertanya, kenapa aku tapi sampai satu masa aku kira, tidak adil untukku mengeluh saat Allah memberiku sesuatu tatkala terlupa sesungguhnya Allah S.W.T mahu aku bersujud lebih lama, meminta lebih dari biasanya aku lakukan.
Ya, aku memang manusia pelupa yang alpa dengan dunia. Saat sujud menyembah, ku doa semoga anak ini bisa menjalani kehidupan mendatang dengan lebih indah, seperti kanak-kanak biasa. Sahabat-sahabat di muka buku, aku kira tidak mengenal aku siapa tapi doa mereka masih ada untuk si kecilku. Sentiasa, aku tahu itu.
Alhamdulillah, dia membesar dengan bahagia. Ibu-ibu, berdoalah tanpa henti. Moga sinarnya ada, tanpa berlalu begitu saja. Kanser itu datangnya tanpa amaran, hilangnya tidak tahu ke mana. Cuma bisa dikecutkan dengan rawatan kimoterapi dgn bantuan Allah S.W.T
Carilah rawatan yang bertauliah. Ya, kimo bukan rawatan terhebat, menyedihkan kesannya tapi mungkin akan merubah hidup mereka. Aku sakit melihat anakku saban hari dan masa, dicucuk dgn ubat kimo. Namun untuk menyerah kalah, itu bukan aku, bukan juga suamiku.
Kami harus tetap kuat. Demi anakku yang memang dari lahirnya anak yang jiwanya kental walaupun diasak bertalu-talu dengan rawatan yang menyakitkan.
Dari Aku, seorang ibu kepada pejuang kanser yang hebat.
Gula Melaka selain sedap digunakan untuk masakan, dikatakan boleh untuk rawat batuk dan selesema. Tak salah cuba rawatan alternatif bila anak batuk dan selesema asalkan ia tak memudaratkan kanak-kanak yang menghidapnya.
Beberapa makanan semula jadi yang ada di sekitar kita memang diketahui bagus sebagai sumber makanan bagus untuk meningkatkan sistem antibodi badan. Lebih elok kalau kita amalkan ia setiap hari. Kalau si kecil anda (setahun ke atas) sedang batuk dan selesema, cubalah bagi mereka salah satu alternatif semula jadi tersebut.
Bila anak mengalami masalah hidung tersumbat dan batuk berkahak, ia memang satu simptom biasa kanak-kanak yang sedang membesar. Walaupun ia normal tetapi ibu bapa perlu ambil serius hal ini sebelum ia berlarutan lebih melarat atau menjangkiti kanak-kanak lain jika si kecil sudah ke tadika atau tinggal di taska dan jagaan pengasuh.
Ada beberapa petua lama yang boleh anda cuba untuk menyembuhkan batuk dan selesema anak kecil sebagai alternatif kepada ubat doktor.
1. Madu
Ambil satu sudu kecil sebagai penawar batuk anak kecil tadi. Campurkan pada air suam jika madu tadi didapati pekat untuk mereka telan.
2. Kunyit hidup atau bawang putih
Gosokkkan kunyit hidup atau bawang di permukaan kasar atau sagat, bagi mendapatkan serbuk halus. Campurkan dengan minyak masak dan sapukan perlahan-lahan di dada anak.
3. Daun Kaduk
Ramas daun kaduk dengan kapur sirih, sapukan pada dada dan perut bayi. Ini baik untuk bayi yang batuk berkahak. Kahak akan keluar bersama najis bayi.
4. Kismis
Untuk anak yang sudah boleh mengunyah, amalkan 21 biji kismis sehari, bagi meredakan batuk yang ada.
5. Daun bunga tahi ayam
Daun tahi ayam ini diramas dengan kapur sirih untuk disapu pada dada dan tengkuk bayi.
6. Gula melaka
Pecahkan gula melaka kepada bentuk yang lebih kecil, beri pada anak sebagai ganti kepada gula-gula biasa. Amalkan dan batuk itu akan hilang dengan sendiri.
7. Pucuk ubi
Bersihkan pucuk ubi ini dah ramas bersama kapur sirih. Dapatkan air yang keluar dari ramasan tadi, sapu pada dada dan leher anak tadi.
Antara yang saya amalkan sendiri untuk memastikan anak bebas batuk selesema ialah pengambilan air yang secukupnya. Rajin-rajin beri anak makanan hijau ketika mereka batuk dan selesema. Sayur-sayuran seperti brokoli, boleh dikisar bagi dijadikan bubur, jika anak anda dikatogerikan anak yang pandai memilih makanan mereka. Jauhi makanan bergoreng. Bersihkan persekitaran rumah anda, lap habuk pada perabot dan kipas, jika ada.
Jauhkan mereka dari asap rokok atau kenderaan, kerana ini akan menyukarkan pernafasan dan membuat sakit itu bertambah teruk. Berikan ruang untuk mereka rehat dengan tenang, secukupnya.
Walau bagaimanapun, penyakit batuk dan selesema perlu dianggap serius dan dibawa ke klinik atau hospital berhampiran apabila tanda-tanda seperti berikut berlaku kepada anak anda :
1. Batuk dan selesema yang tidak sembuh dalam 5 hari.
2. Batuk dan selesema yang menyebabkan anak tidak aktif dan sukar bernafas.
3. Batuk dan selesema diiringi dengan kahak berwarna hijau atau kuning.
4. Batuk dan selesema yang diiringi demam yang melebihi 38 darjah celcius.