Rasa bahagianya hidup apabila anak yang dilahirkan mendengar kata, tidak membantah arahan dan sentiasa bersikap taat kepada arahan ibu bapa bukan? Namun adakah kita tahu cara kita mendidik anak supaya mendengar arahan kita itu adalah salah?
Selalu ibu ayah akan salahkan anak dahulu. Ada tu sampai melabelkan anak degil. Sebelum nak marah anak, cuba kita selidik dulu cara yang kita lakukan. Mungkin ada kelemahan dari kita sendiri yang dikongsikan oleh Puan Aminah Hussain
Pernah tak berlaku situasi begini:
Situasi 1: Dikedai makan
Mama : Rayyan, tak mahu panjat2 kerusi tu..
Rayyan terus juga panjat- panjat, tidak hiraukan arahan mama
Mama terus sembang-sembang dengan kawannya, mama fikir selagi tak panjat tinggi- tinggi, its ok!
Situasi 2: Di dapur
Mama : Rayyan, jangan main air dalam bilik air tu
Rayyan terus main air dalam bilik air
Mama terus sambung masak kat dapur, biarlah dia main air kejap, sekurang-kurangnya aku boleh memasak tanpa gangguan.
Situasi 3: Diruang tamu
Mama : Dah kemas mainan ni Ruqayya, dah malam ni
Ruqayya : Tak nak, Yaya nak main lg.
Mama terus membiarkan Ruqayya bermain lagi, sambil tu on fb, dapat gak tengok-tengok cerita kawan kat fb sekejap.
Ads
Ini kita panggil kaedah keibubapaan yang tidak konsisten. Tanpa disedari mama telah menghantar arahan ‘Kalau mama bagi arahan tidak perlu ikut pun, mama bukan serius pun’. Seterusnya, di lain hari anak-anak telah terbiasa untuk tidak mengikut arahan mama.
Yang seharusnya dilakukan ialah seperti berikut:
Situasi 1
Mama : Rayyan, jangan panjat- panjat kerusi tu
Rayyan tidak mengikut arahan
Mama kira dalam hati..1..2..3.. ulangi arahan kali kedua
Rayyan masih tidak mengikut arahan
Kira lagi dalam hati..1..2..3
Sekiranya Rayyan tidak lagi mengikut arahan, terus angkat/ tarik Rayyan daripada terus memanjat kerusi
Ads
***Dilarang membebel
Situasi 2
Mama : Rayyan, jangan main air dalam bilik air tu
Rayyan tidak mendengar arahan
Mama kira dalam hati 1..2..3..
Ulangi arahan
Mama kira dalam hati 1..2..3
Sekiranya Rayyan tidak lagi mendengar arahan terus matikan air dan bawa keluar Rayyan dari bilik air
Ads
***Dilarang membebel
Situasi 3
Dalam situasi memberi arahan untuk melakukan sesuatu, digalakkan memasukkan teknik foreshadowing. Situasi 1 dan 2 adalah melarang melakukan sesuatu. Situasi 3 ni lebih kepada nak memberi arahan.
Mama : Ruqayya, lagi 10 minit kemas mainan ye, dah malam ni, masa untuk tidur.
Masa ini tawar menawar masih boleh dilakukan (Jika Ruqayya meminta lebih masa sekitar 10 hingga 15 minit). Ingatkan Ruqayya sekali lagi.
Mama : Ok lagi 5 minit tau.
Selepas masa tamat..
Mama : Ok times up, jom kemas mainan.
***Dilarang tawar menawar/membebel.
Jika Ruqayya terus kemas baguslah, jika dia enggan mama terus kemas separuh dan ambil tangan Ruqayya untuk ambil mainan dan masukkan dalam bekas.
Dengan ini kita telah menghantar arahan kepada anak-anak ‘Jika mama memberi arahan, mama adalah serius, lain kali kalau mama beri arahan saya perlu ikut’.
Jelaskan kenapa biasanya anak-anak lebih mengikut arahan bapanya. Kerana arahan bapa lebih jelas tanpa sebarang bebelan berbanding seorang ibu. Tegas dan padat. Itu arahan yang sampai pada anak.
Semoga Allah mempermudah urusan kita mendidik anak-anak syurga kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu bapa yang bagi bayi mereka hisap puting kosong sebagai salah satu cara untuk memastikan si kecil kurang menangis dan meragam.
Betulkah ada orang cakap bayi yang kerap hisap puting akan mempunyai masalah gigi jongang? Jawapannya adalah ‘ya’ menurut Dr Ib Shah, seorang doktor gigi yang berkongsi info di twitter beliau.
Tabiat menghisap puting yang terlalu kerap menyebabkan gigi si kecil menjadi jongang kerana gusi mereka masih lembut dan membuatkan tulang dan gigi hadapan mereka terbentuk mengikut bentuk puting yang menyebabkan gigi depan terbuka.
Selain dari itu Dr Ib Shah turut memberitahu tabiat kanak-kanak yang suka menghisap jari juga boleh menyebabkan masalah jongang.
Begitu juga dengan tabiat sesetengah kanak-kanak yang suka letak lidah keluar kerana ia boleh mempengaruhi pertumbuhan gigi.
Punca Utamanya Adalah Tempoh Masa
Menurut Dr Ib Shah lagi lagi lama hisap puting atau jari, lagi tinggi kebarangkalian untuk gigi menjadi open bite
Beliau nasihatkan ibu bapa untuk kurangkan tabiat anak atau hentikan terus ia.
Tegasnya lagi walaupun bayi menghisap puting jenis ortodontik masalah jongang masih ada walaupun
peratusannya rendah lebih-lebih lagi jika ia terlalu kerap dihisap oleh si kecil.
Begitu juga dengan kes kanak-kanak menghisap jari. Risiko untuk jongang tetap ada tetapi agak berkurangan dan yang
penting cuba untuk hentikan tabiat tersebut kerana tulang masih lagi membesar.
Dalam kes ini, tindakan ibu bapa perlu tegas untuk menghentikan tabiat hisap puting dan jari di kalangan si kecil.
Bagaimanapun menurut Dr Ib Shah lagi, ketika anak masih bayi dan berusia bawah 2 tahun tabiat hisap puting boleh dipertimbangkan lagi.
Tetapi ia perlu dihentikan bila sudah berumur 2 tahun ke atas kerana gigi depan perlu bertemu satu sama lain.
Pernahkah anda terfikir mengapa seni dan kraf seperti mewarna dan melukis adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak? Malah menurut pakar, untuk kanak-kanak pada usia 3 hingga 8 tahun, aktiviti sebegini adalah penting dalam membantu aspek tumbesaran dan perkembangan mereka.
Anda mungkin sudah mengetahui dan menyedari bahawa seni adalah cara terbaik untuk mengendali dan menguruskan rasa kegelisahan dan tekanan pada kanak-kanak. Tetapi adakah anda tahu bahawa aktiviti sebegini yang melibatkan tugasan seperti mewarna dan melukis juga dapat memberikan kesan positif kepada pembangunan kognitif dan fizikal mereka? Ikuti artikel ini untuk penjelasan lebih lanjut.
Mengapa seni?
Menurut pengasas bersama dan Pengarah Eksekutif Church Street School for Music and Art, di New York City, Lisa Ecklund-Flores, meningkatkan kreativiti anak bukan sahaja akan dapat membantu meningkatkan peluang anak anda untuk menjadi seperti pelukis terkenal, Picasso, tetapi aktiviti yang melibatkan seni dan kreatif ini dapat membantu anak-anak anda untuk mengembangkan aspek mental, sosial dan emosi.
Mencipta seni dipercayai boleh meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah dalam pelbagai cara. Apabila kanak-kanak menguasai berus mewarna, ia akan dapat meningkatkan kemahiran motor mereka. Dengan mengira jenis dan warna, mereka secara tidak langsung mempelajari tentang asas-asas matematik. Apabila mereka diberikan peluang untuk bereksperimen dengan bahan-bahan, seperti penggunaan warna air atau mencampurkan pelbagai jenis warna, mereka sedang bereksperimen dengan sains dan penciptaan.
Ada kaedah mudah untuk mengajar anak melukis dengan cantik. Hanya menggunakan kaedah jari sahaja. Lakukan aktiviti ini bersama anak-anak untuk mengisi waktu cuti PKP ini. Selamat mencuba!
Bentuk Zirafah, hanya perlu tutup jari tengah
Bentuk Penguin, menggunakan kelima-lima jari
Kuda belang, menggunakan kelima-lima jari
Ayam, menggunakan kelima-lima jari
Gajah, gunakan kelima-lima jari
Dan pelbagai lagi bentuk yang menarik yang boleh dilukis menggunakan jari. Libatkan anak-anak untuk melukis sekurang-kurangnya satu bentuk sehari dan minta mereka warnakan lukisan tersebut. Jadikan musim PKP ini antara waktu yang paling bermakna untuk anda luangkan bersama anak-anak. Jadilah kreatif dan selamat mencuba!
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini
FREE je tau Webinar ni!!
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika anak lelaki kecil, ibu bapa menganggap mereka sama saja dengan anak perempuan. Cuma apabila mereka semakin membesar, secara semulajadinya mungkin anak perempuan nampak lebih manja dan suka dipeluk. Tapi sebenarnya, tidak kiralah anak itu perempuan atau lelaki, mereka tetap memerlukan perhatian dan pelukan daripada ibu bapa.
Bukan itu saja, terdapat beberapa pendapat dan kajian yang mendapati bahawa ada sebab mengapa anak lelaki perlu kerap dipeluk, sekalipun ada antara mereka dah mula ada perasaan malu apabila ibu bapa berbuat demikian.
Ketika anak lelaki masih bayi, kita selalu memeluk mereka.
Bayi lelaki atau bayi perempuan sama saja bagi kita.
Apabila anak lelaki membesar sebagai kanak-kanak, kita memeluk mereka apabila pulang dari kerja kerana masing-masing rindu lama tidak berjumpa. Kita peluk mereka apabila melayan kecomelan mereka. Kita peluk mereka apabila kita bergembira dan bermain bersama mereka. Kita peluk mereka jika menangis. Kita peluk mereka sebelum tidur kerana sayu hendak berpisah buat sementara.
Ayah dan ibu, teruskanlah memeluk anak lelaki apabila mereka meningkat remaja kerana kajian* mendapati anak lelaki perlu dipeluk dua hingga tiga kali lebih kerap berbanding anak perempuan untuk menghasilkan paras hormon oxytoxin yang sama. Hormon inilah yang akan mengeratkan lagi perhubungan antara ibubapa dan anak.
Jika mereka merasa segan untuk dipeluk di khalayak ramai, peluklah mereka sebelum meninggalkan rumah. Tetapi jika mereka biasa dengan pelukan yang tidak putus dari kecil, mereka tidak akan terkesan dengan senyuman sinis rakan.
“Boys need two things that we tend to forget about when we focus only on their physical abilities and their higher activity levels: They need more touch and more conversation.”
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.