Rasa bahagianya hidup apabila anak yang dilahirkan mendengar kata, tidak membantah arahan dan sentiasa bersikap taat kepada arahan ibu bapa bukan? Namun adakah kita tahu cara kita mendidik anak supaya mendengar arahan kita itu adalah salah?
Selalu ibu ayah akan salahkan anak dahulu. Ada tu sampai melabelkan anak degil. Sebelum nak marah anak, cuba kita selidik dulu cara yang kita lakukan. Mungkin ada kelemahan dari kita sendiri yang dikongsikan oleh Puan Aminah Hussain
Situasi 1: Dikedai makan
Mama : Rayyan, tak mahu panjat2 kerusi tu..
Rayyan terus juga panjat- panjat, tidak hiraukan arahan mama
Mama terus sembang-sembang dengan kawannya, mama fikir selagi tak panjat tinggi- tinggi, its ok!
Situasi 2: Di dapur
Mama : Rayyan, jangan main air dalam bilik air tu
Rayyan terus main air dalam bilik air
Mama terus sambung masak kat dapur, biarlah dia main air kejap, sekurang-kurangnya aku boleh memasak tanpa gangguan.
Situasi 3: Diruang tamu
Mama : Dah kemas mainan ni Ruqayya, dah malam ni
Ruqayya : Tak nak, Yaya nak main lg.
Mama terus membiarkan Ruqayya bermain lagi, sambil tu on fb, dapat gak tengok-tengok cerita kawan kat fb sekejap.
Ini kita panggil kaedah keibubapaan yang tidak konsisten. Tanpa disedari mama telah menghantar arahan ‘Kalau mama bagi arahan tidak perlu ikut pun, mama bukan serius pun’. Seterusnya, di lain hari anak-anak telah terbiasa untuk tidak mengikut arahan mama.
Yang seharusnya dilakukan ialah seperti berikut:
Situasi 1
Mama : Rayyan, jangan panjat- panjat kerusi tu
Rayyan tidak mengikut arahan
Mama kira dalam hati..1..2..3.. ulangi arahan kali kedua
Rayyan masih tidak mengikut arahan
Kira lagi dalam hati..1..2..3
Sekiranya Rayyan tidak lagi mengikut arahan, terus angkat/ tarik Rayyan daripada terus memanjat kerusi
***Dilarang membebel
Situasi 2
Mama : Rayyan, jangan main air dalam bilik air tu
Rayyan tidak mendengar arahan
Mama kira dalam hati 1..2..3..
Ulangi arahan
Mama kira dalam hati 1..2..3
Sekiranya Rayyan tidak lagi mendengar arahan terus matikan air dan bawa keluar Rayyan dari bilik air
***Dilarang membebel
Situasi 3
Dalam situasi memberi arahan untuk melakukan sesuatu, digalakkan memasukkan teknik foreshadowing. Situasi 1 dan 2 adalah melarang melakukan sesuatu. Situasi 3 ni lebih kepada nak memberi arahan.
Mama : Ruqayya, lagi 10 minit kemas mainan ye, dah malam ni, masa untuk tidur.
Masa ini tawar menawar masih boleh dilakukan (Jika Ruqayya meminta lebih masa sekitar 10 hingga 15 minit). Ingatkan Ruqayya sekali lagi.
Mama : Ok lagi 5 minit tau.
Selepas masa tamat..
Mama : Ok times up, jom kemas mainan.
***Dilarang tawar menawar/membebel.
Jika Ruqayya terus kemas baguslah, jika dia enggan mama terus kemas separuh dan ambil tangan Ruqayya untuk ambil mainan dan masukkan dalam bekas.
Dengan ini kita telah menghantar arahan kepada anak-anak ‘Jika mama memberi arahan, mama adalah serius, lain kali kalau mama beri arahan saya perlu ikut’.
Jelaskan kenapa biasanya anak-anak lebih mengikut arahan bapanya. Kerana arahan bapa lebih jelas tanpa sebarang bebelan berbanding seorang ibu. Tegas dan padat. Itu arahan yang sampai pada anak.
Semoga Allah mempermudah urusan kita mendidik anak-anak syurga kita.