Bagi Buku Atau Kertas, Dinding Yang Diconteng. Tandanya Anak Sedang Berimaginasi Dan Kreatif!

Share

Kalau masuk satu rumah yang dindingnya berconteng, orang dah tau ; mesti ada budak kecil. Soalnya kenapa anak kecil suka conteng dinding, sedangkan dah disediakan buku dan kertas untuk dia menconteng.

Ini adalah beberapa sebab kenapa anak kecil suka conteng dinding

1) Kedudukan pada paras mata

Keadaan menulis pada paras mata menjadikan anak dapat menulis dengan lebih selesa. Dan bagi anak kecil, berdiri adalah posisi yang selesa untuk dia bereksplorasi. Itulah kenapa kebanyakan kanak-kanak tidak suka duduk menulis di kertas

2) Ruang menulis tanpa batasan

Dunia imaginasi anak kecil sangat luas, sedangkan saiz kertas adalah terhad untuk meluahkan imaginasinya. Semasa melukis di dinding, tangan mereka bebas ke kanan, ke kiri, ke atas dan bawah.  Ia memberikan pengalaman berimaginasi tanpa batasan.

3) Anak boleh ‘masuk’ ke dunia lukisan

Ibubapa harus sedar, 2/3 waktu anak-anak dalam sehari adalah untuk BERIMAGINASI. Jadi apa juga yang mereka lakukan, mereka selalu menjadi sebahagian dari aktiviti tersebut. Dan lukisan di dinding yang bersaiz besar menjadikan imaginasi mereka lebih ‘hidup’.

Bila dilihat kepada sebab kenapa anak kecil suka conteng dinding, maka wajarlah ibubapa cuba mengendali isu ini secara kreatif. Sebenarnya tempoh anak suka menconteng di dinding tak lama pun, biasanya sekitar usia 2-3 tahun.

Jadi antara inisiatif yang boleh diambil oleh ibu bapa ialah

1) Gunakan cat yang boleh dicuci semula kesan contengan pensil

2) Melekat kertas putih di kawasan yang anak suka conteng

3) Menyediakan whiteboard/blackboard yang membolehkan anak menulis pada paras mata

4) Dan untuk lebih tahan lama, boleh lekat whiteboard / whiteboard sticker untuk menggalakkan anak berkreativiti.

Sumber: sakinahamid.com

Published by
Wan Amy