Bayi dah 6 bulan? Nak bagi apa dulu? Mengikut Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, bayi disarankan untuk diperkenalkan dengan bubur nasi terlebih dahulu. Bubur nasi merupakan sumber karbohidrat yang boleh didapati dari setiap isi rumah dan murah.
Berdasarkan perkongsian Kaunselor Laktasi, Nad Masrom, bubur nasi yang berasa tawar boleh mengurangkan kebarangkalian anak menolak nasi jika diperkenalkan dahulu dengan puri buah yang lebih manis.
Makanan pelengkap yang baik kepada bayi mestilah terdiri dari semua kumpulan makanan berdasarkan piramid makanan Malaysia (Aras 1: sumber karbohidrat, bijiran / Aras 2 : sayur dan buah-buahan / Aras 3: Sumber protein seperti ikan, ayam, kekacang / aras 4: lemak, minyak, garam, gula).
Ini adalah penting untuk memastikan bayi mendapat semua sumber nutrisi dengan lengkap.
Ads
Antara cara penyediaan yang disyorkan KKM ialah bubur nasi ditambah minyak (boleh guna minyak zaitun atau unsalted butter), ditambah sayuran dan sumber protein seperti ayam dan dikisar. Boleh juga ditambah susu sedikit untuk mudahkan bayi menerimanya.
Ads
Dulu masa Kak Nad tak ada ilmu, Kak Nad tak ikut saranan KKM ni sebab tak faham dan hanya beri puri buah atau sayur sahaja. Bubur nasi lambat juga Kak Nad perkenalkan.
Ads
Sehinggalah Khadijah masuk hospital pada usia 8 bulan dan doktor pakar kanak-kanak maklumkan tubuh Khadijah kekurangan iron dalam darah dan kurang kalori walaupun menyusu susu ibu sepenuhnya.
Nak mudah, nak senang, anak mengamuk terus disua air kotak dan air tin pada anak-anak sampai kita terlupa kandungan gula dalam air kotak tersebut perangkap kepada punca masalah kesihatan anak-anak?
Kenapa air dalam kotak atau tin jadi perangkap kencing manis? Ikuti perkongsian daripada DrRizal Abu Bakar.
Pagi pagi ni nak pesan. Elak dari perangkap racun manis ni. Ada kajian dari UCLA pasal bahaya gula putih, high fructose corn syrup yang ada dalam minuman tin, kotak, botol dan makanan.
Kita tak perasan. Biasanya bila makan atau rasa sedap kita jadi lupa pasal bahaya ni. Dah sedapkan. Cap cap mulut.
Kita jadi tak perasan sebab kesan bahaya dia tak nampak dengan mata kasar. Bukan immediately. Kesan bahaya dia perlahan-lahan.
Yang rasa ialah organ dalaman. Yang kena penangan bahaya ialah organ dalaman. Yang menangis sakan ialah organ dalaman.
Contoh mudahnya ialah otak. Dalam kajian UCLA ni pengkaji dapati gula sebegini tukar fungsi 900 genes di dalam otak. Bayangkan berapa banyak fenes yang terganggu.
Bahagian yang terlibat ialah hippocampus pusat memori dan hypothalamus – pusat yang uruskan metabolisme tubuh.
Lebih dahsyat lagi mereka dapati gula tingkatkan risiko penyakit mental seperti bipolar disorder dan penyakit alzheimer.
Tambah menakutkan lagi gula putih dan high fructose corn syrup ini ganggu komunikasi antara sel otak, tingkatkan toxin dan turunkan prestasi berfikir manusia.
Poinnya mudah. Jauhi minuman dan makanan yang diletakkan gula putih dan high fructose corn syrup. Sebelum beli, semak senarai ingredients dahulu.
Boleh boleh?
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bolehkah bayi minum air putih? Sudah tentu boleh, namun ibu harus menunggu si manja mencapai usia yang disarankan atau terdapat risiko yang boleh dialami mereka.
Bolehkah bayi minum air putih?
Sehingga si manja mencapai usia 6 bulan, minuman terbaik untuk diberikan adalah susu ibu atau susu formula – kedua-duanya mempunyai penghidratan dan nutrien yang diperlukan dalam tempoh awal kehidupan.
Walaupun selepas memperkenalkan makanan pejal apabila bayi mencecah usia 6 hingga 12 bulan, susu ibu dan susu formula masih menjadi keutamaan berbanding air putih.
Namun pada tempoh ini, anda boleh mula memperkenalkannya kerana ia dapat membantu mencegah sembelit.
Jumlah air yang boleh diberikan adalah sekitar 4-8 auns sehari. Jika berlebihan ia boleh menyebabkan mabuk air (water intoxication).
Di samping itu, terlalu banyak air putih boleh menggantikan nutrisi berharga daripada susu ibu atau formula dan menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit bayi.
Fahami risiko terlebih air
Bayi yang minum air dengan berlebihan adalah sangat berbahaya. Air boleh menyebabkan ketidakseimbangan paras natrium yang mengakibatkan:
Water intoxication membawa kepada perubahan tingkah laku seperti:
Penting untuk ibu ayah memerhatikan tanda-tanda jika bayi mengalami mabuk air dan melakukan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya mempunyai sebarang kebimbangan.
Cara memperkenalkan air kepada si manja
Kaedah terbaik untuk mengajar bayi minum air adalah melalui cawan atau menggunakan penyedut minuman (straw) – dapat membantu mengembangkan kemahiran minum si manja.
Percaya atau tidak, air sebenarnya merupakan antara cecair yang paling sukar untuk dipelajari teknik meminumnya.
Ini kerana air boleh mengalir dengan cepat, sekali gus memerlukan lidah dan otot menelan untuk bekerja dengan sangat cepat. Usah risau sekiranya si manja batuk-batuk kecil apabila baru belajar untuk minum air putih.
Amnya, kemahiran motor lisan yang diperlukan untuk minum air daripada cawan atau penyedut minuman adalah berbeza daripada pergerakan penyusuan susu ibu atau botol.
Jadi ia adalah normal apabila bayi mengalami batuk atau memuntahkan kembali air putih yang diminum. Keadaan ini akan berkurangan apabila kemahiran bayi minum air bertambah baik.
Namun, sekiranya batuk berterusan ketika bayi minum air putih walaupun selepas beberapa bulan masa latihan, berundinglah dengan pakar pediatrik.
Elakkan daripada menawarkan air putih di dalam botol. Ia boleh mengakibatkan pengambilan air terlalu banyak dan tidak memberikan manfaat kepada perkembangan kemahiran motor oral bayi.
Tanda bayi minum air secukupnya
Pertama sekali, anda harus ingat bahawa hampir 90% daripada susu ibu dan formula bayi (campuran standard) adalah air!
Anak berusia kurang daripada 12 bulan jarang memerlukan air tambahan.
Tetapi mengamal dan mengajar bayi minum air putih menggunakan cawan pada usia ini memberikan manfaat kepada perkembangan dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan rasa cecair selain susu ibu atau formula.
Untuk mengetahui sama ada si manja mendapat air yang secukupnya adalah apabila mereka mempunyai antara 4-6 lampin basah dalam tempoh 24 jam.
Tanda bayi tidak cukup air atau dehidrasi pula termasuklah:
Sekiranya anda bimbang bayi mengalami dehidrasi atau tampak terlalu dahaga, ia mungkin petanda wujud masalah kesihatan. Jadi lakukan pemeriksaan doktor segera!
Cara menggalakkan anak minum
Tip terbaik untuk menggalakkan bayi minum air adalah dengan menunjukkan kepada mereka cara melakukannya.
Jika bayi tidak berminat untuk belajar minum melalui cawan:
Lebih banyak anda memberikan kebebasan dan kawalan kepada anak, lebih cepat mereka akan meneroka, menyentuh dan berkemungkinan besar, minum air putih.
Anda juga boleh menambah potongan buah di dalam air atau daun pudina sebagai menambah rasa dan menjadikan ia lebih menarik untuk diminum.
Cara terakhir yang boleh anda cuba adalah dengan menawarkan air minuman anda. Ini kerana anak-anak biasanya akan lebih mudah tertarik untuk mencuba dan meminum air kepunyaan ibu dan ayah.
Anda boleh menawarkan antara 1-2 auns air di dalam cawan kecil untuk menggalakkan bayi minum air dengan sendiri. Bawa cawan tersebut hampir dengan si manja dan biarkan mereka mencapainya sendiri.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dengan penularan pelbagai jenis penyakit yang melanda negara dan juga seluruh dunia baru-baru ini pastinya merisaukan ibu ayah terutamanya yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.
selain mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan untuk mengelakkan penularan penyakit, ibu bapa juga perlu mengambil kira pemakanan yang sihat untuk diberikan kepada anak-anak agar dapat membantu sistem pertahanan badan mereka sekaligus dapat mengurangkan risiko dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan juga yang tidak berjangkit.
seperti yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, beliau mencadangkan beberapa jenis sayuran yang boleh diberikan kepada anak-anak untuk meningkatkan daya tahan si kecil.
.Ramai orang yang berusaha mencari pelbagai suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh. Pengamalan suplemen yang banyak dijual di pasaran tidak akan bermakna jika anak-anak kita masih lagi tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Oleh itu kita akan melihat ada anak-anak yang sihat dan ada anak-anak yang mudah sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama.
Saya mencadangkan beberapa jenis sayur-sayuran yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan anak-anak kita.
1. BROKOLI
Ia mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu juga ia mengandungi vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian di stim bersama nasi dalam periuk yang sama.
2. BAYAM
Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.
3. BAWANG PUTIH
Ia mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi ia bagus dicampurkan sedikit pada makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.
4. KUNYIT
Ia mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.
5. BETIK
Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain, yang berfungsi sebagai antikeradangan. Ia juga mengandung vitamin B, potassium, dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji buah betik sangat tinggi.
Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bermanfaat. Latih anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam makanan.