Bagi Dulu Bubur Kosong, Biar Anak Rasa Tawar Dulu. Barulah Perkenalkan Puri

Share

Bayi dah 6 bulan? Nak bagi apa dulu? Mengikut Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, bayi disarankan untuk diperkenalkan dengan bubur nasi terlebih dahulu. Bubur nasi merupakan sumber karbohidrat yang boleh didapati dari setiap isi rumah dan murah.

Berdasarkan perkongsian Kaunselor Laktasi, Nad Masrom, bubur nasi yang berasa tawar boleh mengurangkan kebarangkalian anak menolak nasi jika diperkenalkan dahulu dengan puri buah yang lebih manis.

Makanan pelengkap yang baik kepada bayi mestilah terdiri dari semua kumpulan makanan berdasarkan piramid makanan Malaysia (Aras 1: sumber karbohidrat, bijiran / Aras 2 : sayur dan buah-buahan / Aras 3: Sumber protein seperti ikan, ayam, kekacang / aras 4: lemak, minyak, garam, gula).

Ini adalah penting untuk memastikan bayi mendapat semua sumber nutrisi dengan lengkap.

Antara cara penyediaan yang disyorkan KKM ialah bubur nasi ditambah minyak (boleh guna minyak zaitun atau unsalted butter), ditambah sayuran dan sumber protein seperti ayam dan dikisar. Boleh juga ditambah susu sedikit untuk mudahkan bayi menerimanya.

Dulu masa Kak Nad tak ada ilmu, Kak Nad tak ikut saranan KKM ni sebab tak faham dan hanya beri puri buah atau sayur sahaja. Bubur nasi lambat juga Kak Nad perkenalkan.

Sehinggalah Khadijah masuk hospital pada usia 8 bulan dan doktor pakar kanak-kanak maklumkan tubuh Khadijah kekurangan iron dalam darah dan kurang kalori walaupun menyusu susu ibu sepenuhnya.

Sumber: FEED by Ummi Najla

Published by
Wan Amy