Bagi Yang Ada Anak Lelaki, Ingat Pesan Ini. Supaya Kelak Dia Tak Jadi Boss Dalam Rumah

Share

Ajar Anak Lelaki Supaya Jangan Buat 5 Benda Ni Pada Orang Perempuan supaya anak lelaki tak jadi BOSS Rumahtangga suatu hari nanti. Kebanyakkan ibu bapa sekarang hanya ajar anak perempuan untuk protect diri mereka, buat kerja rumah dan sebagainya.

Tapi ibu bapa lupa tentang anak lelaki, mereka juga harus diberi tunjuk ajar tentang apa yang boleh dan apa yang dilarang, tanggungjawab dan banyak lagi. Sifat lelaki sepatutnya melindungi wanita, jadi anda perlu sentiasa menasihati anak supaya menghormati perempuan. Ikuti perkongsian Dr. Taufiq;

1 – Jangan sentuh sembarangan

Ajar anak lelaki kita jangan sentuh perempuan yang bukan mahramnya.

Selama ni kita asyik ajar anak perempuan je supaya jerit dan lari jauh jauh kalau ada orang lain nak sentuh bibir, dada, fajar, punggung dan dubur tapi pernah tak kita ajar anak lelaki supaya jangan sentuh 4 titik tubuh ni terutamanya tubuh kawan perempuan dan sepupu sepupunya?

2 – Jangan Tabur Janji Sembarangan

Ajar kita supaya jangan berbohong dan tabur janji manis pada orang lain terutamanya perempuan

Kelebihan anak lelaki ni mulutnya sangat manis dan dia pandai memanipulasi emosi perempuan dengan suaranya dan percakapannya

Tu la kenapa kalau hukum anak tu kena berpada pada. Berbohong adalah salah satu mekanisma pertahanan diri. Anak mesti akan berbohong kalau nak lepaskan diri daripada hukuman yang keterlaluan. Dari situlah banyak lahirnya sifat terbiasa berbohong pada diri anak kita

3 – Jangan Tengok Sembarangan

Anak lelaki ni tinggi hormon Testosterone-nya. Tu lah kenapa anak lelaki lebih cepat teransang kalau melihat benda-benda yang terbuka auratnya walau sekecil kecil benda

Ajar anak kita tunduk pandangan dan tutup mata kalau ada iklan tak senonoh muncul masa tengah main game atau masa tengah tengok TV

ANAK PEREMPUAN NI LEMAH TELINGANYA KALAU DIPUJUK RAYU DAN DIGODA TETAPI ANAK LELAKI NI KELEMAHAN TERBESAR MEREKA ADALAH PADA MATANYA!

4 – Jangan Berkasar Pada Perempuan

Fizikal anak lelaki memang dicipta lebih kuat dan lebih tangkas daripada anak perempuan

Anak lelaki mempunyai otot yang lebih padat disebabkan oleh ‘testosterone-induced muscular hypertrophy’. Tulang, tendon dan ligament anak lelaki pun lebih kuat.

Kita kena bagitahu anak lelaki yang mereka ni sebenarnya dilahirkan untuk melindungi, bukannya menindas adik beradik perempuannya

5 – Jangan bebankan kerja rumah pada adik beradik perempuan

Bab kerja rumah sama je lelaki ke perempuan. Tak ada istilah lelaki itu raja, perempuan itu hamba

Kita juga kena ajar lelaki untuk menjadi pemimpin rumahtangga dan sama-sama membantu orang di bawah jagaannya

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memahami dan empati dengan keperitan pasangan

Kita taknak anak kita jadi BOS RUMAHTANGGA, kita nak anak kita jadi PEMIMPIN YANG DICINTAI SELURUH AHLI KELUARGANYA

Benda ni sangat penting tapi saya rasa masih ramai mak ayah di luar sana yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye.

Sumber: Facebook Dr.Taufiq Razif

Published by
Nik Nurul Fatin Nik Mahmud