Sebut je duit, ramai yang mengeluh. Bukan apa dengan situasi hari ini ramai yang bergaji kecil menganggap mereka tak mampu nak menyimpan duit untuk dana kecemasan atau kegunaan lain.
Bagaimanapun, ini bukan alasan untuk kita berputus asa dan mengalah. Ada banyak cara dan strategi yang boleh kita gunakan untuk menyimpan duit, walaupun gaji bulanan kita tak besar.
Sebenarnya tak perlu pun nak simpan dalam jumlah yang besar setiap bulan. Cuma jika kita sanggup berdisiplin menyimpan, yang sikit-sikit itu akan jadi banyak.
Menyimpan ni tak perlu nak ‘bersaing’ berapa banyak kita boleh simpan. Ikut je kemampuan. Ada lebih kita simpan lebih. Seperti tip ini, anda bolehlah cuba buat untuk simpanan keluarga.
TIPS SIMPAN DUIT
Simpan duit ni mudah je. Nak nampak hasilnya sebaik-baiknya tahan diri untuk guna ya. Bagi yang belum mula, boleh lah mula. Ingat sikit tak apa, asalkan konsisten.
Ads
RM1 – Setiap hari masuk dalam tabung. Total setahun genapkan rm400.
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun rm500.
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan rm1000.
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan rm500.
RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Total setahun rm300.
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November). Total setahun rm600.
TOTAL keseluruhan setahun RM3,300. Banyak kan?
Bagi yang baru mula, memang rasa agak susah sikit tapi jika nak dan buat bersungguh-sungguh, usaha ini pasti buat kita senyum di penghujungnya.
Sumber: Viral Muafakat Johor via kate ginting
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menggoreng ikan nampak mudah, tapi kalau tak kena cara tak jadi juga. Apa yang terjadi adalah ketika menggoreng ikan melekat pada kuali, ikan menjadi keras apabila sejuk dan lain-lain.
Jika kita menggunakan teknik gorengan yang betul kita akan mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam).
Mari kita ikut penerangan ahli kimia Fatimah Salim ini. Menariknya ada sains yang perlu kita fahami di sebalik menggoreng ikan. Baru boleh dapat hasil gorengan ikan yang juicy.
SAINS DI SEBALIK IKAN GORENG
Semalam ramai yang ‘up’ lauk ikan goreng. Mesti ramai otai-otai memasak yang pakar dalam mengoreng ikan berkat pengalaman.
Semua di sini mesti tahu yang rasa ikan goreng dipengaruhi oleh jenis ikan, kesegarannya dan juga kawalan suhu memasak dan cara memasak.
Masalah yang sering timbul ialah untuk mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam). Mari kita selamai sains disebalik menggoreng ikan ini.
KENAPA IKAN MELEKAT PADA KUALI APABILA DIGORENG?
Ikan melekat pada kuali kerana permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan permukaan kuali. Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak. Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali akan menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat. Keadaan ini akan menyukarkan untuk menterbalikkan ikan dan sebahagian dari isinya akan melekat pada kuali.
BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN IKAN MELEKAT PADA KUALI?
Untuk mengelakkan perlekatan antara kuali dengan permukaan ikan, panaskan minyak secukupnya (agak-agak sehingga SEDIKIT berasap) kemudian masukkan ikan (perlanggaran antara molekul minyak yang tidak larut air akan menghasilkan bunyi gorengan yang kuat). Minyak yang cukup panas ini akan menyebabkan air pada permukaan ikan meruap dengan cepat dan menjadikannya kering dan rangup. Maka, permukaan ikan yang bersentuhan dengan kuali tidak akan melekat.
BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN ISI IKAN YANG JUICY?
Permukaan ikan yang rangup tadi akan menjadi selaput penghalang untuk air di dalam ikan daripada meruap seterusnya mengekalkan kelembapan (juiciness) dalam isi ikan.
Ikan haruslah dimasak SEKEJAP sahaja kerana struktur ikatan kimia protein isi ikan adalah longgar jika dibandingkan dengan daging ayam dan lembu. Maka ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.
Memasak ikan terlalu lama akan menyebabkan lembapan dalam isi ikan meruap, seterusnya menjadikan isinya keras.
Setiap kali menggoreng ikan, bila melekat pada kuali mulalah rasa ‘down’. Ikan jadi tidak cantik dan tercarik.
Nak goreng ikan jadi garing cantik dan paling penting tak melekat pun ada caranya. Paling mudah hanya gunakan asam keping sahaja seperti yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok @deebavoom.
Asam keping boleh ubah hidup anda. Jadi lagi tenang nak menggoreng. Sedar-sedar ikan dah garing.
Panaskan minyak masak dalam kuali.
Kemudian masukkan sekeping asam keping.
Bila minyak panas, masukkan ikan dan goreng macam biasa.
Confirm tak ada masalah nak mengalihkan ikan. Mudah!
Pergi umrah dengan bayi? Tak menyusahkan ke? Walaupun mencabar tapi tiada yang lebih manis melainkan kenangan mengerjakan umrah dengan membawa bayi bersama.
Cabaran memang ada bagi keluarga yang membawa anak kecil mengerjakan umrah namun keseronokan berada di Tanah Suci membuatkan sesiapa pun sabar menghadapi ujian tersebut.
Pengalaman manis yang dilalui oleh Nor Asmah ketika mengerjakan umrah bersama keluarga serta bayinya sangat-sangat manis untuk dikenang.
PENGALAMAN DAN TIP MENUNAIKAN IBADAH UMRAH BERSAMA ANAK KECIL
Alhamdullilah bulan Disember 2017 merupakan pengalaman yang paling indah dan manis dalam kehidupan kerana, Allah mengizinkan kami sekeluarga (suami,anak, adik beradik, makcik dan saudara-mara kami) telah pergi menunaikan ibadah umrah bersama-sama. Alhamdullillah perjalanan dengan lancar dan dipermudahkan.
Di KLIA menunggu masa penerbangan KL-MED
Pengalaman membawa bayi untuk mengerjakan ibadah umrah merupakan pengalaman yang sangat manis walaupun ia merupakan cabaran buat kami.
Syukur pada Rabb kerana kami diberi peluang untuk sama-sama mengerjakan umrah bersama anak kecil dengan mudah. Dengan doa dan, alhamdulillah, Aqill tak banyak ragam sepanjang penerbangan dalam pesawat.
Muhammad Aqill Rayyan adalah anak pertama kami. Saya berniat untuk membawa Aqill bersama kami menunaikan ibadah umrah sekiranya ada rezeki.
Alhamdulillah, dalam usia Aqill genap 1 tahun, Allah izinkan kami membawa Aqill bersama. Sebelum pergi, saya banyak membaca blog-blog berkaitan dengan bayi.
Banyak maklumat yang diperolehi. Dengan sedikit pengalaman, saya ingin share kepada semua, apa yang perlu kita sediakan sebelum berangkat menunaikan umrah bagi yang membawa bayi atau anak kecil.
Saya sediakan 1 bag bagasi khas untuk Aqill dan satu beg belakang khas untuk Aqill di bawa ke mana-mana seperti dalam pesawat, masjid, membeli-belah dan ketika ziarah.
Baby Casinet
Di antara perkara penting yang perlu dibuat ialah ketika mula mendaftar umrah. Kalau boleh kita terus booking sekali “baby basinet”.
Baby basinet ini adalah katil baby yang dipasang di dinding di hadapan tempat duduk kita. Kebiasaanya mesti seat kita di hadapan sekali. Ini penting apabila bayi mula tidur dan kita boleh letakkan ke dalam basinet ni. Sekurang-kurangnya kita boleh rehat.
Pakaian siang malam
Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah pakaian bayi. Saya pergi bulan 12 (musim sejuk) di Haramain. Cuaca di Madinah lebih sejuk berbanding di Mekah. Sediakan pakaian panjang, seluar panjang, baju sejuk baby, sarung tangan dan stoking untuk bayi.
Ubat-ubatan
Saya bawa segala ubat- ubatan. Alhamdullilah Aqill sihat semasa di Madinah dan Mekah. Sentiasa berdoa dan berikan serta minumkan air zam-zam pada anak kecil sepanjang di Madinah dan mekah. Air zam-zam adalah ubat paling mujarab.
Seronok berkawan Ketika di Masjid Nabawi
Mainan dan cerita kanak-kanak
Jangan lupa bawak mainan anak dan download cerita yang anak suka tengok, ni penting bila dalam flight (9 jam) supaya anak tak boring. Makanan anak seperti coklat atau biskut perlu sentiasa ada. Contoh bila dalam flight, kat masjid, dalam bas dan lain-lain.
Carrier dan Stroller
Carrier dan stroller dua-dua saya bawa. Tapi saya banyak guna carrier sebab Aqill tak nak duduk dalam stoller. Stroller tak boleh bawa masuk dalam Masjid Nabawi.
Sekiranya membawa stroller, hanya di luar masjid sahaja. Pengalaman saya, solat subuh di luar masjid kerana membawa Aqill dalam stroller yang sedang nyenyak tidur, suhu ketika itu teramat sejuk beserta dengan tiupan angin di Madinah, mujur saya persiapkan diri dengan lapisan baju tebal.
Tisu basah dan Tisu kering
Tisu basah amat penting untuk dibawa ke mana-mana dan sediakan di dalam beg baby bersama ketika kita berada di dalam masjid, bas dan dalam pesawat. Bawa ikut keperluan.
Pampers
Perlu membawa pampers yang mencukupi dan tahan dari kebocoran. Sediakan beberapa keping pampers di dalam bag baby untuk di bawa ke pesawat. Dan selebihnya saya letak di dalam bag bagasi khas untuk Aqill. Dinasihatkan ketika membuat tawaf dan saie serta sepanjang membuat umrah, hendaklah ditukar pampers bayi terlebih dahulu.
Susu
Aqill menyusu botol dengan susu formula. Saya bawa susu formula dengan secukupnya. Termos juga saya bawa untuk diletakkan di dalam beg kecil.
Orang Arab sangat memuliakan dan menghormati anak kecil dan orang tua
Cabaran
Membawa anak kecil, memang mencabar. Ketika di masjid, Aqill terlalu aktif dan berlari-lari ketika saya sedang solat dan pengalaman menjatuhkan kerusi jemaah ketika sedang solat.
Tetapi jangan sesekali kita merasakan susah dan marah anak, malah banyakkan berdoa supaya dipermudahkan segala urusan ketika melakukan ibadah.
Perbaiki niat dan sentiasa bersabar. Perbanyakkan doa agar kita dapat membuat Umrah dengan rahmat dari Allah. Alhamdulillah, Allah sentiasa permudahkan urusan umrah kami.
Allah izinkan Aqill untuk mengucup dan mencium kaabah (kiswah) dan tidak meragam ketika sedang membuat tawaf dan saie. Doakan kami sekeluarga sentiasa menjadi tetamu Mu ya Allah…
Sumber: Nor Asmah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.