Bagi Yang Masih Menanti & ‘Plan’ Tambah Anak, Dr Hamid Kongsi Cara Mudah Hamil

Share

Bila sebut soal anak, suami isteri dah ada perancangannya. Cuma selepas setahun berkahwin belum ada tanda-tanda hamil, jangan berlengah. Mungkin ada masalah tertentu dan memerlukan penyelesaian pakar.

Begitu juga buat pasangan yang dah ada anak pertama tetapi nak dapatkan anak kedua susah lekat, jangan tunggu. Berikut antara tip yang dikongsikan oleh Pakar Sakit Puan & Perbidanan, Dr Hamid Arshat.

11 Cara Mudah Hamil Untuk Wanita & Pasangan Berkahwin

1. ELAK MENANGGUH KEHAMILAN TERLALU LEWAT

Tahukah anda, wanita sebenarnya paling subur sebelum umur 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakan.

Dengan keadaan ekonomi tidak menentu kini, kita faham ramai yang perlu merancang kehamilan dengan teliti.

Namun sebaiknya disarankan jika ada jodoh jangan tangguh terlalu lewat walau pun masih mengejar pendidikan tinggi dan

2. JUMPA DOKTOR CEPAT JIKA ADA GANGGUAN HAID
Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid janganlah menganggap ia sebagai perkara biasa. Pastikan anda jumpa doktor untuk periksa peranakan dan ujian kesuburan.

3. PASTIKAN TAHAP KESIHATAN SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN TERBAIK
Tentukan status kesihatan suami isteri dalam keadaan yang terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.

 

4. PASTIKAN PASANGAN TIDAK MEMPUNYAI MASALAH SEKSUAL
Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan, tidak kiralah bagi pihak isteri ataupun suami.

Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri kerana mengalami masalah kesihatan seksual tanpa disedari. Berbincanglah dengan pakar untuk mendapatkan kepastian tentang hal ini.

5. GUNAKAN WAKTU SUBUR ISTERI SEBAIK MUNGKIN
Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isteri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke 16 jika pusingan 30 hari. Waktu subur boleh dikesan oleh catitan suhu BBT dan ovulation test kit BBT.

6. HUBUNGAN SEKSUAL JUGA PERLU ADA STRATEGI
Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke 20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.

Baca fatihah, ayat Qursi dan tiga Qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.

Panduan doa ketika mendatangi isteri :
بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Maksudnya: Ya Allah, Ya Tuhanku, hindarilah daripada syaitan dan singkirkanlah syaitan itu dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak). Sesungguhnya jika ditakdirkan (Allah) buat kamu berdua anak pada waktu itu, maka anak tersebut tidak akan dimudharatkan oleh syaitan selamanya.” [Riwayat al-Bukhari (6388)]

Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah punggung selama 2-4 jam atau terus tidur.
Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

7. TENANGKAN JIWA DAN FIKIRAN
Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat untuk menjayakan kehamilan.

Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah. Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT. Baca quran 2-3 muka setiap hari. Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. KAWAL BERAT BADAN
Salah satu perkara yang sering diingatkan ialah kawal berat badan. Kegemukan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telur/ovulation.

9. MAKAN MAKANAN BERKHASIAT
Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaiknya 70% makanan dari bahan-bahan segar mentah – buah dan sayuran. Minum jus segar dari buah-buahan dan sayur-syauran.

Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan Piramid Makanan Malaysia 2020 yang terkini oleh KKM.

10. MAKAN MAKANAN TAMBAHAN, SUPPLEMEN DAN VITAMIN
Makan supplemen multivitamin seperti vitamin E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.

11. LAKUKAN UJIAN MEMBANTU KEHAMILAN JIKA PERLU
Terdapat beberapa prosedur-prosedur ujian menghasilkan kehamilan:
• Xray HSG untuk buka saluran falopian menghasilkan kehamilan dalam 30% dalam tempoh 3-6 bulan.
• Begitu juga prosedur D&C hydrotubation.
• Rawatan suntik benih suami IUI juga menghasilkan 10 – 30 % kehamilan.
• Ubat subur clomid dan ubat subur suntikan gonadotropin juga sama hasilnya.
• IVF ICSI begitu juga hasilnya 30 % kehamilan dengan kos tinggi RM15 – 20K.
• Pembedahan laparoscopy / minilaparotomy untuk mengatasi pelbagai penyakit – cyst, fibroids, endometriosis , tubes blocked dan lain2 menghasilkan 50 – 60% kehamilan dalam jangka panjang.

Semoga bermanfaat untuk semua wanita dan pasangan yang mengimpikan zuriat. Insha Allah.

Kredit: Dr Hamid Arshat

** Nak shopping barangan bayi pada harga yang berbaloi, klik di sini 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy