Kemahiran makan dan minum anak usia 12-18 bulan penting. Ini juga anak perkara utama terapis kanak-kanak biasa tengok terlebih dahulu seiring dengan perkembangan usianya.
Menurut Terapis Cara Kerja Siti ‘Aisyah Rozalli, perkembangan ini penting untuk melihat sejauh mana anak kita mencapai tahap yang sepatutnya kanak-kanak normal membesar.
Tahukah anda ada banyak kemahiran-kemahiran penting yang kanak-kanak akan dan perlu kuasai apabila mereka capai satu-satu milestone kemahiran makan dan minum?
Saya kongsikan infografik berkaitan kemahiran makan & minum yang biasa untuk anak usia 12-18 bulan.
Anda boleh perhatikan nanti, adakah anak kecil anda sudah menguasai kemahiran tersebut ataupun belum.
P/S:
Dalam gambar adalah anak saya.
Aufa Hani berusia 15 bulan.
Kemahiran minumnya sudah menghampiri usia 24 bulan.
Manakala penggunaan utensil semasa makan sudah menghampiri usia 18 bulan. Dia pun sudah pandai minta makanan sendiri seperti “mam mam” (nak makan), “num num” (nak minum).
Ada anak yang akan capai milestone dengan lebih laju, bergantung pada kekerapan pendedahan yang ibu bapa berikan dan tahap minat anak kepada satu-satu aktiviti.
Tapi, jangan risau kalau anak anda belum boleh.
Yang penting, anak capai milestone usianya. Terlebih laju adalah ‘advantage’. Terkurang capai milestone, perlu lebih latihan. Tak capai juga milestone walaupun sudah dilatih berkali-kali, perlu dapatkan konsultansi dari terapis.
Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli