Selebriti dan usahawan, Neelofa mengakui terkilan dengan tindakan netizen yang menyebarkan wajah anaknya, Muhammad Bilal menerusi platform TikTok.
Menerusi laporan Gempak, Neelofa menyatakan tindakan individu berkenaan seolah-olah tidak menghormati dirinya serta suami, Haris Ismail.
“Macam ni lah..sebagai seorang ibu, sudah tentulah perkara tersebut menyinggung perasaan saya. Kalau you nak buat next step, saya pun belum buat lagi? Bagilah saya sebagai ibu yang lahirkan buat benda tu,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa turut memohon agar dia diberikan sedikit ruang dan tidak lagi bertanyakan tentang anaknya.
Ads
“Saya rasa pasal Bilal ni banyak dah saya share. Rasanya cukuplah. Sampai masanya nanti kita akan kongsikan.
“Saya dan suami sudah pun rancang bila nak keluarkan wajah anak, cuma tak tahu kenapa perlu jadi yang pertama nak sebar?” ulas Neelofa.
‘Curi-curi’ ambil ketika di hospital
Hari ini, wajah Bilal mula tersebar di Tiktok gara-gara netizen curi-curi ambil di hospital. Usia Muhammad Bilal kini dah pun mencecah lapan bulan.
Ads
Meskipun sebelum ini, isu menutup wajah anaknya itu sangat menerima perhatian di media sosial dengan pandangan positif mahupun sebaliknya, kini Neelofa dilihat semakin terbuka berkongsikan foto Bilal kepada umum.
Malah di Instagram Neelofa juga, dia ada berkongsikan beberapa keping foto yang memaparkan gelagat Bilal. Walaupun wajah Bilal belum dikongsikan, kulit gebu dan tubuh badannya yang comel dan sado sudah cukup membuatkan ramai ‘geram’.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Bantal lama yang jarang dicuci boleh menyebabkan kulit bantal menggelupas atau mengelupas akibat habuk, kelembapan, dan kulat.
Keadaan ini bukan sahaja membuatkan bantal kelihatan lusuh, tetapi juga boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti alahan dan iritasi kulit.
Malah kulat pada kain bantal bukan sahaja menyebabkan bau yang kurang menyenangkan, tetapi juga boleh merosakkan fabrik jika tidak dibersihkan dengan betul. Jika anda mengalami masalah ini, jangan risau!
Dengan menggunakan bahan dapur yang mudah didapati, anda boleh menghilangkan kulat dengan cara yang selamat dan berkesan tanpa perlu menggunakan peluntur.
Bagi yang mempunyai banyak bantal lama yang mempunyai bau kurang menyenangkan, boleh cuba petua ini.
Jangan risau! Berikut adalah beberapa cara mudah untuk membersihkan bantal lama agar kembali bersih dan selesa digunakan.
Bahan yang diperlukan:
– Air panas 2 gayung
– Garam dapur satu genggam
– Cuka dapur 2 sudu besar
– Soda bikarbonat 2 sudu besar
– Sabun pencuci pinggan secukupnya
-Rendam bantal selama 1-2 jam untuk menghilangkan sel kulit mati dan kotoran.
Soda bikarbonat
Cara:
1. Tuangkan air panas ke dalam baldi, kemudian masukkan semua bahan.
2. Rendam bantal yang berkulat ke dalam campuran tersebut. Tekan-tekan supaya semua permukaan terendam air.
3. Biarkan selama 1 jam, kemudian angkat.
4. Periksa sama ada kulat masih ada. Jika kulat masih kelihatan, taburkan soda bikarbonat dan cuka, kemudian gosok hingga bersih.
Tips ini juga boleh digunakan untuk pakaian berwarna kerana bahan yang digunakan hanyalah bahan dapur dan bebas daripada peluntur..
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Resipi Kuih Lepat Liat, Ini Langkah Demi Langkah Cara Nak Buat
Kuih lepat liat antara kuih tradisional yang masih dicari hingga ke hari ini. Bukan sahaja orang-orang lama sahaja menyukai kuih ini tetapi juga generasi muda. Mama sudah boleh perkenalkan kuih ‘lejen’ ini kepada anak-anak agar kuih ini tidak diluput dek zaman.
Kuih lepat liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Makan pun puas sebab dapat banyak!
Sukatannya hanya menggunakan cawan. Sesuai sangat untuk mama-mama yang sibuk tapi dalam masa yang sama mahu juga memasak. Jom cuba. Pasti rasanya sedap dan disukai anak-anak.
Dalam memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa , keutamaan kita adalah untuk memastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak. Kita akan berusaha untuk menyediakan kemudahan yang memberi keselesaan kepada mereka. Selain makan, minum, pakaian serta tempat tinggal, salah satu perkara yang ibu bapa perlu titikberatkan adalah soal kesihatan anak. Kalau anak tak sihat, mulalah kita rasa risau kan?
Selain daripada demam, batuk dan selesema, terdapat pelbagai lagi penyakit berkaitan kanak-kanak yang merisaukan, termasuk risiko penyakit yang melibatkan jangkitan otak seperti Meningitis dan Ensefalitis. Walaupun kes ini jarang berlaku, ibu bapa perlu mengambil tahu tentang tanda dan gejala penyakit ini serta langkah pencegahannya.
Fahami Apa Itu Meningitis dan Ensefalitis
Penyakit merbahaya berkaitan dengan jangkitan kuman dalam otak, boleh membawa maut dan ia terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Meningitis dan Ensefalitis. Meningitis ialah keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang yang dikenali sebagai meninges. Manakala Ensefalitis pula melibatkan keradangan akut di bahagian tisu otak.
Kedua-dua penyakit ini boleh memberikan kesan serius pada kesihatan kanak-kanak. Selain berpotensi menyebabkan kelemahan secara am, ia juga boleh menyebabkan gangguan neurologi seperti kekejangan, masalah pembelajaran, serta komplikasi pendengaran atau penglihatan. Kesan dan tahap serius jangkitan kuman juga turut berbeza mengikut pesakit, kerana ia bergantung kepada sejauh mana sistem saraf pusat seseorang itu terjejas.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Selain itu, pesakit juga mungkin mempunyai risiko komplikasi jangka panjang atau kecacatan. Meskipun keadaan ini menakutkan, namun penyakit-penyakit ini dapat diuruskan dengan berkesan melalui kesedaran awal dan rawatan segera yang tepat.
Penyakit Tak Kenal Usia, Cegahlah Dari Awal
Penyakit berkaitan jangkitan otak ini sangat berbahaya kerana ia boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia dan mudah tersebar melalui titisan cecair saluran pernafasan. Sangat mudah kan untuk ia tersebar dan menjangkiti orang lain?
Untuk mengurangkan risiko dijangkiti, kesedaran yang tinggi tentang kepentingan amalan penjagaan kesihatan yang baik perlu ditekankan. Misalnya dengan mengelakkan kontak rapat atau menghindari aktiviti pertukaran air liur seperti berkongsi peralatan makan dan bercium.
Sensitif Terhadap Bunyi & Cahaya Antara Gejala Jangkitan Otak
Pengesanan awal gejala seperti demam, muntah, sakit kepala, kekakuan otot, sering mengantuk, lesu serta sensitiviti terhadap bunyi dan cahaya (fotofobia) yang dialami oleh anak anda adalah penting. Apabila gejala ini dapat dikenalpasti segera, ia boleh memberi kesan yang baik terhadap hasil rawatan yang akan dijalani.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Mengenal pasti punca jangkitan juga penting untuk menentukan rawatan yang berkesan dan sesuai. Antara punca jangkitan yang menyebabkan penyakit Meningitis dan Ensefalitis termasuklah penyebaran bakteria dan virus yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak, kulat, masalah autoimun dan dadah.
Langkah-Langkah Diagnostik dan Rawatan
Prosedur diagnostik seperti ujian darah, CT (Computed Tomography), atau MRI (Magnetic Resonance Imaging) adalah kritikal untuk menentukan langkah seterusnya dengan tepat. Penyakit ini mempunyai beberapa kaedah rawatan yang berbeza, termasuklah menggunakan antibiotik untuk jangkitan bakteria, antiviral untuk kes tertentu, dan ubat anti-kejang untuk individu yang mengalami keadaan kejang.
Lumbar Puncture atau Tebukan Spinal, juga merupakan salah satu kaedah diagnostik, yang melibatkan pengumpulan cecair serebrospinal (Cerebrospinal Fluid) untuk mendapatkan analisis. Walaupun pada umumnya selamat, kaedah ini mungkin memerlukan pembiusan bagi kanak-kanak dan ia merupakan prosedur yang dapat menyumbang dalam menentukan diagnosis yang tepat dan perancangan pengurusan yang berkesan.
Vaksinasi: Kunci Pencegahan
Vaksinasi adalah antara langkah pencegahan yang amat penting. Sebagai contoh, vaksin Meningokokus (Meningococcal vaccine) boleh membantu mencegah bakteria meningitis yang disebabkan oleh Neisseria meningitidis.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Tahukah ibu bapa, vaksin untuk demam campak, beguk, rubella (MMR), cacar air, dan ensefalitis Jepun (Japanese encephalitis) pula dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit otak ini yang bukan sahaja mampu melindungi individu malah pada masa yang sama, ia turut mengurangkan penularan jangkitan tersebut dalam kalangan masyarakat.
Dapatkan Nasihat & Bantuan Dari Pakar Terbaik Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita harus mempunyai kesedaran yang tinggi dan sentiasa mengambil langkah pencegahan untuk melindungi anak kita daripada terkena jangkitan otak. Di Damansara Specialist Hospital 2 (DSH2), mereka komited untuk melindungi anak-anak anda.
Di bawah pengawasan Dr. Shalini Shanmugam, perunding pediatrik berpengalaman, hospital ini menjanjikan konsultasi serta rawatan terbaik untuk pesakit kanak-kanak. Beliau bukan sahaja merupakan pakar dalam pengkhususan pediatrik am, malah turut cemerlang dalam pengurusan neonatal, pemakanan, dan pertumbuhan kanak-kanak. Kepakaran dan pengalaman beliau telah banyak menyumbang kepada penyediaan penjagaan kesihatan yang terbaik dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.
Dr. Shalini Shanmugam
Terletak di Bukit Lanjan, Kuala Lumpur, DSH2 merupakan sebahagian daripada rangkaian hospital pakar KPJ Healthcare Berhad yang menawarkan rawatan berteknologi tinggi dalam bidang-bidang klinikal utama. Dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia yang dipacu oleh Artificial Intelligence (AI) serta sistem digital berintegrasi, DSH2 menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang luar biasa untuk si kecil anda.