Bagus Anak Merangkak Lama. Tempoh Ni Input Otak Kanan & Kirinya Tengah Laju

Share

“Anak saya sekejap sahaja merangkak..Anak saya skip merangkak terus jalan..Anak saya laju merangkak”

Sedarkah ibu ayah merangkak ini antara fasa perkembangan anak yang paling sering dilupakan kepentingannya pada perkembangan otak. Harap ibu ayah rajinlah belek buku merah ke biru anak tu ya.

Menurut Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa, nak merangkak ok tak merangkak pun ok je. Tapi rugilah sensory input yang dapat dari proses merangkak itu. Ni saya nak kongsikan semoga lebih ramai ibu ayah sedia ambil tahu tentang perkembangan anak.

ENAM KEBAIKAN MERANGKAK

1) Latihan Koordinasi Mata dan Tangan

Anak perlu gerakkan mata dan tangan selari dengan pergerakan ke depan. Banyak merangkak banyaklah latihan koordinasi.

2) Integrasi Otak Kanan dan Kiri

Ada satu bahagian di otak dikenali sebagai Corpus Collosum yang hubungkan otak kanan dan kiri. Lagi banyak merangkak lagi laju informasi dipindahkan antara otak kiri dan kanan.

3) Beri Input Proprioseptif dan Vestibular

Pergerakan tangan, lutut yang perlu bergerak selari dengan pergerakan kepala akan beri input sensori kepada otak.

4) Lengthening dan Kuatkan Otot di Bahu, Tengkuk dan Tangan

Anak-anak yang tidak kuat otot sekitar bahu tengkuk ini fokusnya mudah lari. Sebab stamina otot tiada.

5) Stimulasi Refleks Symmetrical Tonic Neck Refleks dan Palmar Refleks

Pergerakan merangkak ini fasa penting untuk kematangan beberapa refleks. Antaranya STNR yang bantu anak hendak salin dari board ke kertas depan mata. Bila tangan perlu dibuka semasa merangkak ianya bagus untuk latih anak menulis.

6) Latih telinga dan mata bekerjasama untuk membaca

Untuk baca koordinasi telinga dan mata penting untuk diselarikan. Dengan merangkak banyak peluang anak akan dapat untuk latih. Ya tidak menjadi masalah jika anak tidak mahu merangkak.

Tapi jika kita mahu mengoptimumkan kegunaan OTAK dan lebih banyak neuron-neuron berhubung merangkak adalah cara santai.

Lagi seronok bila ibu ayah merangkak sekali dengan anak. Dan Ya merangkak bukan untuk anak-anak sahaja. Orang dewasa juga digalakkan lakukan pergerakan merangkak ini. Tidak rugi pun.

Dapat manfaat lagi..Please #Share agar lebih ramai faham proses merangkak ini penting.

Kredit: OT Nurul Sheriena

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy