Tempoh cuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini biasanya rutin anak-anak pasti akan menonton televisyen setiap hari. Tapi adakah ibu bapa perlu membiarkan anak hanya dengan satu aktiviti itu saja.
Jika ya lepas ni kena tukarkan sikit aktiviti harian yang biasa anak lakukan itu dengan aktiviti tambahan lain. Bukan apa terlaly lama menonton televisyen atau bermain gajet pun tak elok untuk anak.
Perkongsian dari seorang ibu yang gemar berkongsi ilmu keibubapaan, Wawa Shauqi ini boleh dijadikan panduan bersama.
Bahaya rupanya biar anak tengok tv lama-lama ni. Risau bukan apa.
Bila banyak sangat mengadap skrin, fokus mereka akan merosot. Yang teruk terima kesannya nanti adalah cikgu-cikgu mereka di sekolah. Susah anak-anak ni nak tumpu apa yang cikgu ajar.
TV ada complete package yang menjahanamkan kemahiran fokus anak. Bunyian yang meriah, visual yang laju dan dan warna menyerlah. Itu dah cukup membuatkan 2 deria paling penting dalam proses fokus terganggu.
Otot mata pun keletihan. Terpaku kat skrin tv tu berjam-jam. Macam kitalah. Kesannya sama macam duduk satu posisi berlama-lama. Boleh kejung otot kaki. Siap semut-semut lagi.
Kanak-kanak ni, badan mereka menghasilkan tenaga yang banyak. Nak-nak pula yang banyak makan makanan manis. Berkumpul-kumpul tenaga. Bila tak guna, habis jadi lemak.
Ads
Bagi sesetengah kanak-kanak, tenaga yang tak dilepaskan tu akan buat mereka jadi resah.
Tak keruan. Bila tak tau nak ekspresikan rasa tak keruan tu, mulalah mengamuk tak tentu pasal. Kita juga yang pening nanti.
Baru beberapa hari anak asyik mengadap tv. Bila diuji buat aktiviti, memang nampak merosot.
Tak taulah apa jadi kalau 3 minggu PKP ni anak-anak masih lekat dengan tv.
Bukan tak boleh tengok tv. Boleh. Tapi hadkan. Luaran mungkin tak ada apa-apa. Tapi, kalau dapat diimbas otak anak-anak, kita jugak yang akan seram nanti.
Dr Rizal, pakar otak selalu menulis. Anak yang terlalu banyak tengok tv, kalau boleh diimbas otaknya, kita boleh nampak aktiviti otak mati. Tak berkembang langsung!
Ads
Berbeza dengan anak yang ada stimulasi dari pelbagai aktiviti. Aktiviti otak mereka sangat aktif. Otak berkembang sangat pesat!
Itu tv. Tangan dan kaki anak tidak ‘terikat’ sangat untuk bergerak.
Bayangkanlah kalau tab/ gajet. Allahu… Lagilah badan stiff. Mata pun terpaku pada jarak yang amat dekat. Kesan dia berganda bahaya.
Malah, kajian secara psikologi juga ada membuktikan, yang gajet yang terlampau banyak boleh buat kita mudah dapat penyakit mental. Seperti depresi dan anxiety. Sebab tak berlaku komunikasi dua hala dan kontak mata dengan manusia.
Saya bukan nak menakutkan semua. Tapi saya nak kita untuk tak terleka. Perlu jadi proaktif demi anak-anak kita. Sebenarnya tak susah pun nak cari aktiviti untuk anak ni.
Ads
Libatkan aje mereka dengan tugas-tugas di rumah. Yang ringan-ringan pun jadilah. – asingkan kain – carikkan sayur – mop lantai – lap perabut – basuh mainan
Anak-anak ni sebenarnya, happy kalau dapat membantu. Rasa diri hero sangat.
Tak apalah kerja kita akan tergendala sedikit bila anak join sekali. Sebenarnya kat situ je, kita dah jimat masa untuk beri anak stimulasi.
Lagi sepah rumah mereka buat, maknanya lagi hebat otak mereka berkembang. Tak payah pulun nak rumah kemas dari pagi. Nanti you all yang penat kemas berkali-kali. Nanti petang, baru ajak anak kemas sekali.
Forgive the mess children make while playing. They are building skills and making memories.
Kanak-kanak memang sukakan lagu. Sebab tu lah mereka boleh habiskan berjam-jam hanya untuk menonton video nyanyian di Youtube, tv dan lain2. Banyak perkara juga yang boleh dipelajari dengan lagu, seperti meniru aksi, meniru perkataan, mengikut rentak belajar bersosial jika lagu dinyanyikan beramai-ramai.
Sebenarnya, lagu juga boleh digunakan untuk mengajar bahasa & komunikasi 2 hala kepada kanak-kanak terutamanya bagi kanak-kanak lambat cakap dan mengalami masalah untuk berkomunikasi 2-hala. Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan semasa menyanyi bersama-sama anak anda:
Nyanyikan lagu yang menarik minat anak anda
Tak kisah sebenarnya lagu apa pun, tapi yang penting lagu tersebut menarik perhatian anak untuk turut serta menyanyi bersama anda. Anda boleh cipta sendiri lagu anda ataupun nyanyikan lagu yang sudah sedia ada di media.
Nyanyi secara bersemuka
Apabila bersemuka, anak akan lebih mudah untuk belajar daripada anda seperti ekspresi muka, aksi yang anda lakukan dan perkataan yang anda sebutkan. Anda pun lebih mudah untuk melihat apa yang anak anda lakukan dan beri respon padanya.
Berhenti & tunggu
Jika anda rasa anak anda boleh untuk turut serta menyanyi bersama, anda boleh bantu anak anda dengan berhenti seketika dan tunggu respon anak pada perkataan-perkataan kunci di dalam lagu. Tempat yang sesuai untuk anda berhenti biasanya di akhir perkataan . Contohnya seperti “twinkle twinkle little star, how i wonder what you ……’. Berhenti dan tunggu respon anak dengan penuh harapan (kekalkan eye contact dan condongkan badan ke depan sedikit). Anak mungkin akan cuba untuk menyebut ‘are’. Tetapi sekiranya anak tidak menyebutnya selepas anda menunggu beberapa ketika (+/- 10 saat), anda perlu memberikan jawapan. Mungkin kain kali anak akan menyebutnya.
Bantu anak untuk melakukan aksi
Sekiranya anak tidak dapat melakukan aksi dengan sendiri, bantulah anak anda untuk melakukannya. Pegangkan tangan anak dan lakukan aksi. Ini boleh mengajar mereka untuk meniru aksi dan kemudian meniru perkataan pula
Tukarkan perkataan
Bagi kanak-kanak yang sudah boleh menyanyi lagu dengan baik. Anda boleh cuba untuk menukar lirik lagu dengan perkataan lain untuk menarik perhatian anak. Sebagai contoh, ‘Pak Mamat ada zoo…” Jika anak anda memahami lagu dan teruskan menyanyai bersama anda, anda boleh membantu anak anda untuk berfikir mengenai haiwan-haiwan yang ada di zoo pula. Contoh “di zoonya ada gajah”.. dan seterusnya.
Ulang lagu
Jangan risau untuk mengulang lagu yang sama berulang-ulang kali sekiranya anak anda menyukai lagu tersebut. Pengulangan akan membolehkan mereka belajar dengan lebih baik.
Gunakan aksi, gambar dan ekspresi muka untuk anak mudah faham
Terdapat lagu-lagu yang mempunyai perkataan yang sukar difahami oleh kanak-kanak. Jadi anda boleh gunakan aksi atau gambar atau ekspresi muka untuk memudahkan anak untuk faham. Sebagai contoh lagu ‘labah-labah panjat perigi’. Mungkin anak tidak tahu perigi itu apa, jadi anda boleh gunakan gambar untuk menggambarkan perkataan tersebut. Atau anda boleh tukar perkataan perigi kepada perkataan lain yang lebih sesuai seperti dinding, pokok dan lain-lain.
Menyanyi lagu bukan sahaja perkara yang menyeronokkan, tetapi ianya boleh menjadi aktiviti untuk anak anda belajar bahasa dan komunikasi 2 hala dengan menyanyi bersama anda serta memberi respon pada apa yang anda lakukan.
Sumber: Aishah Kassim Academy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kasut ‘squeaky’ memang nampak comel bila anak pakai tapi ganggu proses belajar berjalan. Kasut ‘squeaky’ atau kasut berbunyi sering kali menjadi pilihan ibu bapa kerana bunyinya yang comel dan menghiburkan.
Kasut ‘Squeaky’ Memang Nampak Comel Bila Anak Pakai Tapi Ganggu Proses Belajar Berjalan
Setiap kali anak melangkah, kasut ini akan mengeluarkan bunyi yang menarik perhatian. Di sebalik kecomelannya, kasut ‘squeaky’ sebenarnya boleh memberikan kesan negatif terhadap proses pembelajaran berjalan semula jadi anak.
Menurut Public Health Malaysia kasut berbunyi ini boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak. Ini kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.
Mungkin anda rasa ia comel dan kanak kanak sukakannya, namun ia bukan pilihan yang terbaik untuk dipakai secara harian.
Kasut berbunyi boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.
Dari segi keselamatan, bunyi squeaky boleh mengganggu perhatian kanak-kanak, menyebabkan mereka kurang fokus terhadap persekitaran mereka.
Kasut ini juga menyebabkan anak-anak mengubah cara berjalan mereka untuk terus mendengar bunyi, yang boleh menjejaskan postur
Paling penting, kasut ini sebenarnya sangat menggangu ketenteraman orang lain terutama di tempat awam seperti hospital, klinik dan pejabat.
Dari segi kebaikan, kasut jenis ini memberi motivasi untuk kanak kanak belajar berjalan. Ia membantu ibu bapa untuk peka kepada pergerakan anak dan beri keseronokan pada anak.
Mungkin lebih baik, kasut ini hanya di pakai di persekitaran rumah dengan pengawasan ibu bapa, bukan untuk kegunaan harian dan di tempat awam.
Alternatif Kasut untuk Anak Kecil
Sebagai alternatif, ibu bapa boleh memilih kasut yang lembut, fleksibel, dan tanpa bunyi untuk anak kecil yang sedang belajar berjalan. Kasut yang sesuai untuk belajar berjalan sepatutnya memberi sokongan yang baik tanpa menghalang pergerakan semula jadi kaki.
Kasut dengan tapak yang nipis dan lembut juga membantu anak merasakan permukaan lantai dengan lebih baik, yang penting untuk keseimbangan dan koordinasi.
Kesimpulannya walaupun kasut ‘squeaky’ mungkin kelihatan comel dan menyeronokkan, ibu bapa perlu berhati-hati dengan kesan jangka panjang yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka.
Pembelajaran berjalan adalah proses penting dalam perkembangan motor kasar anak, dan adalah penting untuk memberikan mereka persekitaran dan alat yang terbaik untuk menyokong proses ini.
Memilih kasut yang sesuai tanpa gangguan bunyi adalah langkah yang bijak untuk memastikan anak-anak dapat belajar berjalan dengan betul dan semula jadi.
Jadi ibu ni memang tak dapat lari dari membanding di antara anak kan. Dah fitrah manusia akan suka menilai apa yang ada depan mata. Tapi kita kena sedar, sikap suka membanding tu akan menjejaskan emosi dan mental anak kita sendiri.
Perkongsian dari Puan Sakinah Hamid mungkin boleh menyedarkan ibu bapa supaya sentiasa terbuka dan perlu akui setiap anak mempunyai keistimewaan dan masing-masing.
Satu punca kenapa kita suka membanding adalah kerana kita bersifat rigid. Bila benda yang anak buat tu sesuai dengan citarasa kita, kita rasa anak tu bagus. Dan begitulah sebaliknya.
Walhal boleh jadi saja perkara tu tak bagus. Satu perbezaan ketara yang saya perhati pada anak saya ialah dari segi berdikari.
Abangnya semua benda nak rujuk kat kita. Nak buat apa, nak baca apa, nak makan apa kalau boleh semua nak repot. Nampak rapat, tapi kadang rimas jugak la. Nak be*** pun bagitau. Adoi!
Tapi abang memang mudah ikut apa yang kita atur untuk dia. Merasa jugak la ummi buat aktiviti homeschooling dengan agak terancang masa dengan abang.
Adiknya pulak terlebih berdikari. Sebelum 5 tahun lagi dia boleh pergi bilik air sendiri tengah malam. Tak bukak lampu. Kita pulak risau.
Kalau terfikir nak buat apa-apa, dia terus buat. Dek sebab tu ada la berkecah sana sini, barang rosak dan macam-macam lagi. Memang selalu buat tindakan di luar jangka. Kalau plan aktiviti untuk dia pun nanti dia akan buat ikut suka dia ja. Penyudahnya ummi tak plan apa-apa dah untuk dia. hihi.
Sekali tengok abang macam senang diuruskan. Namun hakikatnya kalau fikir jangka panjang, lebih tenang melepaskan adik kerana kita tahu dia cekap menguruskan diri sendiri. Setiap karakter tu ada kelebihan masing-masing.
Begitulah dalam kehidupan seharian kita bersama anak-anak. Kita tak boleh impikan anak akan ikut corak pemikiran kita sepenuhnya. Kerana anak itu adalah individu yang berbeza.
Tapi sebagai ibu kita perlu lebih flexible menghadapi sikap anak kita, dan lorongkan pada jalan kebaikan. Rugilah andai potensi semulajadi anak itu kita abaikan dan memaksa semuanya ikut acuan pemikiran kita yang belum tentu terbaik.