“Bagus Cara Harris Bimbing Intan.” Cantik Berseri Mommy Evie Khadeeja Bertudung

Share

Sejak berumah tangga dan menjadi seorang ibu, pelakon Intan Ladyana agak jarang muncul di kaca televisyen. Kini fokusnya lebih kepada keluarga dan anak sulung, Evie Khadeeja yang kini nak masuk usia 9 bulan.

Bagaimanapun isteri kepada Harris Alif ini tetap aktif di media sosial dan berkongsi aktiviti mereka sekeluarga untuk tatapan peminat.

Terbaru di instagram Harris, dia telah memuat naik gambar percutian mereka bersama anak tersayang. Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan Intan yang manis berhijab bersama suami dan anak di atas kapal persiaran.

Cantiknya Intan bertudung

Perkongsian yang dibuat oleh Harris telah mendapat perhatian ramai dan semuanya tumpang gembira melihat penampilan terbaru Intan.

Mereka juga mendoakan agar intan terus mengenakan hijab dan berharap agar dia istiqamah dengan penampilan tersebut.

Nampak Intan makin muda dan berseri 

Walau bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan lagi daripada pelakon sitkom Puteri itu tentang penampilan terbarunya. Apa-apapun semoga Intan dan keluarga terus bahagia bersama hingga ke akhir hayat.

Selain Intan Evie Khadeeja juga turut mendapat perhatian peminat mommy dan daddynya. Keletah comel Evie yang suka tersenyum boleh buat sesiapa saja cair dan geram dengannya.

Malah di instagram stories Harris juga turut menyatakan Evie dah makin aktif.

“Anak daddy dah tak mahu duduk diam,” tulisnya.

Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan dikurniakan anak perempuan pada 31 Januari lalu.

Sumber: Instagram Harris Alif

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

IKLAN