Ada mak ayah yang tidak suka membelikan mainan buat anak-anak mereka. Alasannya kerana dianggap sebagai membazir dan menyemakkan rumah ketika anak-anak bermain. Mak ayah jangan sempitkan fikiran, anak sepahkan mainan sekejap sahaja, bila mereka besar dan pandai kemaskan sendiri, mereka boleh bermain dalam keadaan terkawal.
Satu hal yang mak ayah tidak pernah terfikir adalah mainan dapat membina perkembangan positif anak-anak dalam berkomunikasi dengan rakan mereka. Muhammad Hassan berkongsi kelebihan mainan ini buat anak-anak kecil kita. Selain membantu perkembangan motor dan sensori anak-anak, ada baiknya mainan-mainan ini.
Baguslah dik datang rumah pakcik tak mengadap HP atau mintak tengok TV.
Antara sebab kenapa rumah kita perlu ada permainan sebanyak ini. Supaya apabila datang sepupu atau anak anak jiran mereka tak tengok tv atau mengadap gadget.
Tapi jika anak jiran atau sepupunya minta mainan, kita ajar anak supaya hadiahkan kepada kawan kawan, jangan ada sedikit pun sifat kedekut dalam jiwa anak-anak kita.
Jika kawan kawan tak minta pun, ajar anak supaya hadiahkan sesuatu. Rupaya dengan didikan begini, kawan kawan yang dapat hadiah tu cukup sayang kepada anak kita. Subhanallah cukup kuat ukhwah mereka.
Dari kecil lagi sebenarnya kita perlu didik anak anak untuk memberi berbanding meminta minta. Ajar anak pergi rumah orang jangan main permainan orang lain sehinggalah tuan rumah pelawa dan ajar anak anak kita juga masuk rumah orang jangan meminta minta.
Dan paling penting bukan sahaja sepahkan mainan tu, ajak sekali mereka selepas main kena kemaskan balik, jika tidak kena denda tak boleh main dah lain kali.
Apa apa pun, jadikan rumah kita salah satu tempat untuk bahagiakan orang lain.