Kalau nak didik anak, dari kecillah sepatutnya kita mulakan. Ajarkan pada anak perkara-perkara penting supaya kelak pandai dia membawa diri. Salah satunya ajarkanlah cara untuk menjaga kehormatan diri.
Tak kiralah berapa pun umur anak dan sama ada dia lelaki atau perempuan, didiklah anak tentang soal kehidupan untuk masa hadapannya nanti.
Bercerita tentang menjaga kehormatan diri, Ardell Aryana yang merupakan pelakon dan aktivitis kemasyarakatan amat memandang berat tentang hal ini.
Melalui video yang dikongsikan di laman Instagram Ardell Aryana, dapat dilihat kemesraan dan jalinan kasih sayang antara seorang ibu dan anak.
Baca Juga:
Termenung Je! Comel Betul Gaya Alisa Bangun Sahur, Abang Yusuf Pun Ada Temankan Dia!
“Ya Tukar Nama Sebab..” Mawar Rashid Tukar Nama Anak. Kongsi Wajah Comel Anak Ketiga!
Mereka saling mencium antara satu sama lain tetapi yang bagusnya, langsung tidak menyentuh bibir. Bagusnya Ardell!
Tonton video ini;
Melalui ciuman dan pelukan dia tunjukkan kasih sayang terhadap anaknya Arwa Malaikha Urwa, tetapi paling penting tidak melakukannya pada bibir.
Antara komen warganet;
Seperti yang kita ketahui, ciuman pada bibir adalah tidak sesuai untuk kita lakukan pada anak. Mencium bibiranak adalah tidak baik dan sangat penting untuk kita ajarkan pada anak bahawa orang lain juga tak boleh melakukannya sesuka hati kepada mereka.
Urwa juga anak yang bijak, banyak mengikut rupa paras dan perangai ibunya. Dia juga petah berkata-kata dan suka mengusik ibu ayahnya. Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah yang membanggakan kedua orang tuanya.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!