Telatah anak kedua sememangnya menghiburkan dan bermacam ragam. Gelagat anak kedua pelakon, Datin Lisa Surihani dan Datuk Yusri Abd Halim mengundang perhatian ramai.

Mana tidaknya, menerusi video yang dikongsikan Lisa di Instagram, anak kecil itu, Yusof Leonne yang mesra dengan nama Yeop oleh ibu dan ayahnya memperdengarkan bacaan surah Al-Fatihah ketika menerima rawatan telinga di sebuah klinik bagi mengurangkan ketakutan dalam diri.

Tambah Lisa lagi, Yusri menyarankan bacaan Al-Fatihah itu jika terlalu takut dan gementar.

“Bagusnya Dia” Baca Al-Fatihah Sepanjang Masa, Gelagat Anak Lisa Surihani Dipuji Ramai!

“SubhanAllah, bagus jugak idea Daddy Yeop ni. Kalau tak, he was too nervous.

“Sebelum tu, Yeop cuak dok tanya Dr nak buat apa kat dia. Rasa tak selesa dengar bunyi mesin tu lagi.

“Daddy advise lagi kat Yeop, “if you feel anything, just recite louder” tu yang dengan mimik-mimik dia tu,” katanya berkongsi.

Ads

Tidak hanya gelagat Yeop yang dipuji ramai malah didikan kedua ibu dan bapanya, Lisa dan Yusri turut dipuji wargamaya. Hebat!

“Bagusnya Dia” Baca Al-Fatihah Sepanjang Masa, Gelagat Anak Lisa Surihani Dipuji Ramai!

“But at least it helped that he focused more on Al-Fatihah in which our Prophet SAW told us in a hadith that it is a syifa’.

“Alhamdulillah follow up day turned out okay. May Allah swt grant my son recovery and syifa,” tulisnya lagi.

Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya memuji idea hebat Yusri dan Lisa malah memuji cara didikan sempurna dari keduanya.

Ads

Terdahulu, Yusri dan Lisa Surihani dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, dan Yusof Leonne dan Yunos Laith.

 

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

Ads

“Bagusnya Dia” Baca Al-Fatihah Sepanjang Masa, Gelagat Anak Lisa Surihani Dipuji Ramai!

Untuk mama papa yang ada baby masih merangkak, jom sertai Pa&Ma x Meracle Baby Merangkak Race dan berpeluang menang wang tunai.

Daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/baby-merangkak-race/)

“Bagusnya Dia” Baca Al-Fatihah Sepanjang Masa, Gelagat Anak Lisa Surihani Dipuji Ramai!Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI