Bagusnya Kalau Boleh Amal Tip Dikongsi Oleh Ayah Ini. Barulah Anak Mudah Bangun Awal Pagi!

Share

Macam mana nak bagi anak mudah bangun awal pagi tanpa sebarang masalah? Ramai ibu ayah mengakui si kecil susah dikejut awal pagi untuk ke sekolah. Bila hari sekolah bertambah liat nak kejut. Lebih mengharukan siap ada drama air mata di pagi hari lagi.

Hanya sabar sahaja yang menjadi perisai ibu ayah setiap pagi untuk mengelakkan daripadarasa marah dengan sikap anak yang susah bangun pagi. Selain tindakan mengejutkan anak, ibu ayah mungkin boleh cuba amalkan tips yang dikongsi oleh seorang ayah ini, iaitu Encik Muhammad Ahmad.

Semoga ibu ayah dapat mengamalkan tip bermanfaat ini secara konsisten. InsyaAllah nanti mudahlah anak kita nak bangun pagi tanpa sebarang masalah.

Kenapa anak kita susah untuk bangun pagi.

Zaman bujang dulu lebih 5 tahun saya tinggal di pusat tahfiz. Ada pelajar anak yatim umur 7-10 tahun pukul 4 pagi dah pandai bangun sendiri atau di kejutkan oleh abang-abang yang lain dengan mudah untuk hafal Al-Quran.

Rupanya mereka ini umur 3 tahun dah dilatih bangun awal pagi. Mak ayah dah perdengarkan bacaan Al-Quran sebelum dan selepas subuh. Paling lewat bangun jam 8@9am.

Antara tips ibu bapa mereka buat:

▪️alihkan anak dari tempat tidur.

▪️Letak anak disebelah ketika solat dan baca Al-Quran walaupun anak tidur balik.

▪️Baca doa bangun tidur depan anak

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ.

alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur

▪️Pupuk anak dari kecil untuk bangun solat suboh.

Akhirnya umur 4 tahun dah boleh ikut abi solat suboh berjemaah di masjid.

Rupanya ini antara tips untuk elak anak-anak tidak menangis atau liat untuk bangun awal pagi pergi sekolah. Dari kecil kita asuh mereka bangun awal pagi untuk solat subuh(walaupun mereka tidur balik) dan ajar anak-anak baca doa bangun tidur…

Tanyalah diri kita. Berapa kali dalam seminggu atau sebulan latih anak-anak yang belum baligh bangun untuk solat suboh. Mungkin persoalan ini akan terjawab kenapa anak sukar bangun untuk ke sekolah walaupun darjah 4.

-EncikMatt-

Sumber: Muhammad Ahmad

Published by
Hasnita Sawal