Bayangkan, bukan hanya seorang tapi 11 bayi yang cuba meminta perhatian dari anda dalam satu masa! Begitulah kehidupan wanita bernama Christina Ozturk yang baru berusia 23 tahun.
Dan sebenarnya, dia sangat sukakan kanak-kanak dan bercadang untuk memiliki keluarga besar.
Menurut perkongsian daripada Bright Side, ketika Christina berusia 17 tahun dia melahirkan anak sulungnya, Victoria. Pada waktu itu, dia merupakan ibu tunggal dan kehidupanya berubah selepas bertemu suaminya. Menurut perkongsianya, suami jatuh cinta pandang pertama dan terus memperisterikanya.
Kebanyakkan dari anak Christina lahir pada waktu yang sama dan umur mereka sebaya! Nampak macam mustahilkan untuk ada anak yang ramai dalam satu masa? Dia dan suami mengambil ibu tumpang untuk mempercepatkan proses menambah ahli keluarga.
Walaupun dia tidak melahirkan kesemua anak ini, tapi dia masih lagi ibu kandung kepada anak-anaknya kerana proses ini dilakukan dengan memindahkan benih wanita (ovum) yang telah disenyawakan dengan benih lelaki (sperma) suami isteri dan seterusnya janin tersebut dikandungkan oleh ibu tumpang itu sehingga dilahirkan dan akan menyerahkan bayi itu kepada Christina sebagai ibu hakiki.
Pasangan ini memasang impian untuk mempunyai lebih ramai anak tapi mereka belum menetapkan lagi berapa jumlahnya.
Menurutnya lagi, dia dan suami sudah membuat pembahagian tugas dan tanggungjawab antara mereka. Suami akan bekerja dan dia akan menjaga anak-anak. Mereka akan keluar berjalan, bermain bersama, menonton movie dengan anak-anak setiap hari. Hari minggu turut diguna sepenuhnya untuk bersama-sama keluarga dan mereka akan pastikan setiap kali makan mereka akan makan bersama-sama.
Kredit: Bright Side
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI