Bahagia Suami Isteri, Ada Hari Tak Bercakap, Merajuk Biasa. Itulah ‘Manisnya’ Rumah Tangga

Share

Dalam bahagia kita suami isteri, ada hari tak bercakap jugak. Ada hari tak bertegur sapa, ada hari masam muka, ada hari tengok muka pun meluat tak kira masa. Tapi tetap bahagia sebab bahagia tu bukan hari-hari gembira, hari-hari ketawa, hari-hari riang ria.

Ada hari yang kita tak berlaga angin, orang utara kata. Ada hari yang ada konflik, ada hari yang tak sama pandangan, ada hari yang berbeza pendapat. Ada perkara yang buat kita suami isteri jadi macam tu.

Pastu bila dah baik balik, bercakap pun macam biasa dah. Tak ada masam muka, mulut muncung, dah bertegur sapa macam tak ada apa-apa. Suami masuk tandas pun dah rindu bila masa tengah baik ni.

Lumrahnya kehidupan suami isteri ni begitulah. Itu bagi kita dan kita still tafsirkan situasi dan keadaan tu sebagai BAHAGIA.

Jangan limitkan atau kecilkan skop bahagia tu mestilah tak boleh bergaduh langsung, tak boleh merajuk, kena bercakap, kena senyum, kena gembira sentiasa. Hidup ni bukannya drama yang skripnya dah ada. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku esok dan hari seterusnya. Perangai dan mood pasangan juga kita tak boleh nak jangka.

Ada org kata dia tak bahagia, tapi dia sendiri tak tahu apa yang dia perlu buat untuk bahagia. Bahagia perlu dimulai dengan syukur, kemudian redha. Mungkin apa yang kita lalui dan hadapi tu perlu disyukuri terlebih dahulu dan perlu redha untuk kita rasa bahagia yang sebenar. Orang lain mugkin melalui hari yang lebih teruk daripada hari kita.

Kredit: Firdaus Shakirin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy