Kalau bercerita bab menghias rumah, isterilah orang yang paling gembira. Namun soal kos dan masa yang diperuntukkan membuatkan impian akhirnya terpadam atau terpaksa mengambil tempoh yang terlalu lama.
Namun bagi Mohamad Sufian Abdullah, hajatnya untuk membuat kejutan dan menggembirakan hati isteri dengan menyiapkan feature wall viral yang disukai isterinya akhirnya tercapai. Isteri tak perlukan intan berlian pun, buatkan dinding cantik macam ini pun sudah buat hati isteri berbunga-bunga.
Niat suprisekan isteri
Boleh ke nak share sikit kebahagian buat isteri. Rumah baru kami dapat kunci bulan 12 tahun lepas. Dek PKP punya penangan contruction tergendala. Dapur pun takde lagi, tak duduk pon lagi. Jarak dengan rumah sewa ke sini ada la dalam 3km. Seminggu ulang alik buat senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri.
Kenapa sampai seminggu? Saya slipped disc. Maklum la nak panjat-panjat tu. Alhamdulilah siap jugak akhirnya. Punya bahagia dapat tengok isteri happy allah je yang tahu.
Kos saya habis RM300 ke RM350. Sebab cat makan kos sikit. Saya ambil masa 6 hari untuk siapkan ni. Sebab nak cat dan gam tu betul-betul kering.
Tip DIY
Sedikit perkongsian tips & bahan-bahan yang digunakan
-Tali nylon untuk lakaran corak yang korang na, boleh je lukis pakai pensil.
– Masking tape 1 ½ letak gam pada kayu lekatkan masking tape dekat kayu dan lekat ke dinding. Biar semalaman.
– Wood putty untuk plaster sambungan kayu.
– Kertas pasir untuk trim kayu yang kasar & trim kat plaster bekas sambungan kayu.
– Gam xbond contruction untuk gam kayu. Tak payah letak banyak-banyak makan masa nak bersihkan.
– Kayu saya pakai size 1½ x 8 kaki. Pilih kayu tegak je. Kayu meleding susah nak lekat kat permukaan dinding.
– Roller cat 7 inci.
– Cat jotun majestic easy clean.
– Berus cat ½ inci.
– Berus water colour untuk cat bahagian sudut-sudut tersorok.
– Gergaji kayu (saya pakai grinder) hati-hati pakai bilah pemotong camni. Make sure pakai cover untuk bilah pemotong.
p/s : Nak kemas buatlah frame dulu. Saya tak buat. Jimat 10 batang kayu.
Tips:
Tips ermm kayu kena pilih yang tegak. Kalau tak nanti akan ada gap antara dinding dan kayu.
Gosok pakai kertas pasir biar permukaan kayu bila cat jadi licin dan halus.
Coating dulu kayu pakai cat putih sebab kayu menyerap cat. Takut jadi warna berbeza antara bahagian dinding simen dengan kayu.
Rasa bahagia tengok isteri
Saya plan beli rumah. Sejak tu dia cakap. Tak mintak. Tapi berulang kali cakap “cantiknya..cantiknya”. Jadi sebagai suami faham la. Isteri saya jenis pulak susah nak mintak-mintak. Tp bila dia cakap macam tu saya faham lah.
Saya suprisekan dalam 11 haribulan. 2 minggu selepas birthday dia. Dia tak tau nak cakap macam mana. Speechless.. yang pasti dia happy sangat time tu. Senyum sampai telinga. Syukur dapat buat isteri happy.
Kadang isteri ni tak pandai nak minta-minta. Kadang sebab dia tahu kita penat kerja. Hari cuti nak berehat. Tapi tak salah sekali sekala curi semula hati isteri buat apa yang dia suka. Tunaikan kemahuan dia. Bahagia isteri masa tengok dia senyum tu takde jual kat mana-mana.