“Bahagialah Dengan Abang Luth Di Sana”. Ibu Reda Allah Kurniakan 2 Anak Syurga

Share

Rindu pada yang tiada adalah rindu paling sakit dan sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Mungkin luaran orang nampak kuat tetapi dalam hati tiada siapa yang tahu. Walaupun hati boleh reda namun ada ketikanya kenangan itu pasti akan datang bila-bila masa.

Seperti kisah ibu ini, Puan Nadzirah Razali, diuji dengan pemergian dua orang anak syurga adalah ujian yang sangat perit untuk dilalui namun siapa kita untuk menolak ketentuan ilahi.

(Gambar ni 2 jam diambil sebelum Musa pergi tinggalkan ibu dan ayah)

Walaupun diberi peluang untuk merasai pengalaman mengandung, hasrat untuk mendidik dan membesarkan anak seperti orang lain tak kesampaian kerana Allah dah pilih dua anak untuk menjadi penghuni syurga.

Terbaru dalam perkongsian Puan Nadzirah di facebooknya, dia berkongsi kisah pemergian anak syurganya, Muhammad Musa Amzar bin Muhammad Khairi Azri Samsuddin yang dijemput ilahi pada 6 Mac lalu.

Selama 3 hari bertahan untuk ibu

Al- Fatihah untuk Muhammad Musa Amzar bin Muhammad Khairi Azri Samsuddin 03.03.2021 – 06.03.2021

Sebenarnya dalam kandungan lagi ibu dah tahu Musa ada masalah jantung. Sebaik diberitahu oleh doktor ketika melakukan pemeriksaan mengandung, ibu tak putus berdoa  agar ada keajaiban untuk Musa.

Sebaik lahir, doktor beritahu tak akan buat apa-apa

Waktu itu ibu berserah pada Alllah dan tetap berharap Allah lebih sayangkan Musa. Sebaik dilahirkan, doktor dah buat keputusan untuk tidak melakukan apa-apa rawatan atau pembedahan kerana jika buat pembedahan sekalipun tidak akan beri apa-apa kebaikan untuk Musa.

Malah doktor cakap akan lebih menyakitkannya dan menyeksakan lagi. Jadi ibu reda sayang. Ibu terima takdir ini walaupun perit untuk melaluinya.

Pergilah adik berjumpa dengan abang Luth. Bahagialah dengan abang Luth di sana. Allahuakbar. Moga kita bertemu di syurga nanti.

ARTIKEL MENARIK [Ibu Sepatutnya Bangga! Saat Bertarung Nyawa, Alat Inilah ‘Berjasa’ Dalam Labour Room]

Al-Fatihah juga untuk anak ibu sorang lagi, Muhammad Luth Akbar bin Muhammad Khairi Azri

Kredit: Puan Nadzirah Razali

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy