
Tiga minggu lalu, tular kisah Adik Ahmad Danial penghidap kanser otak Diffuse Instrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat apabila impian untuk menjadi anggota bomba tercapai. Hari ini satu perkhabaran duka menyatakan dia kini sudah kembali ke pangkuan Sang Pencipta. Sungguh indah pengakhirannya, dijemput pada pagi Jumaat yang mulia.
Baca: {Simpan Hasrat Nak Jadi Anggota Bomba, Impian Anak Penghidap Kanser Otak Tahap 4 Kini Tercapai}
Berita tersebut dimaklumkan oleh pengerusi Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (Pesona) menerusi laman Facebook sebentar tadi.
Dalam satu perkongsian lain di Facebook milik Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Irsyad, turut berkongsi berita tentang kematian Ahmad Danial.
Perkongsian-perkongsian tersebut, rata-ratanya mendapat ucapan takziah dan berharap semoga rohnya dicucuri rahmat.


sumber: Oh My Media, Pesona & SRA Islam Al-Isrsyad Balok
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Boleh Ke Polis Periksa Telefon Kita? Ini Penjelasan Ketua Polis Negara

Boleh ke polis periksa telefon kita? Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menjelaskan bahawa polis berhak memeriksa telefon bimbit orang awam sekiranya ada maklumat yang menunjukkan seseorang disyaki terlibat dengan kesalahan jenayah.
Ini selaras dengan Seksyen 23(1) Kanun Prosedur Jenayah, khusus untuk mengelakkan penyebaran mesej berunsur lucah, ugutan, atau ancaman yang boleh membahayakan orang lain.
Jadi, jangan terkejut kalau telefon anda diperiksa pihak berkuasa. Tujuannya jelas demi keselamatan dan keharmonian masyarakat!
Memetik laporan Sinar Harian, beliau menjelaskan bahawa perkara tersebut dibenarkan berdasarkan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Polis ada hak periksa telefon orang awan
“Dalam akta ini, Seksyen 249 AKM memberi kuasa untuk mendapatkan akses kepada data berkomputer termasuklah telefon bimbit dan Seksyen 116B Kanun Prosedur Jenayah pula memberi kuasa untuk mengakses telefon bimbit yang ditakrifkan juga sebagai data berkomputer ketika membuat pemeriksaan terhadap seseorang yang disyaki melakukan apa jua kesalahan jenayah.”

Bagaimanapun, Razarudin berkata, kuasa memeriksa tersebut diberikan kepada pegawai polis sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor.
Beliau berkata demikian mengulas video tular mengenai individu mempertikai tindakan polis menahan seseorang dan memeriksa telefon bimbit.
Menurut Razarudin, dalam undang-undang lain, Seksyen 20(g) Akta Polis telah memberi kuasa pegawai polis untuk seseorang mempamerkan maklumat apabila diminta oleh pegawai berkenaan.
“Justeru tiada pihak boleh mempertikaikan kuasa memeriksa telefon bimbit ketika sekatan jalan raya, namun ia mesti dibuat dengan berhemah dan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan bukan sesuka hati tanpa sebab yang munasabah,” katanya.
“Selain itu, Seksyen 292 Kanun keseksaan boleh digunakan ketika memeriksa telefon bimbit sekiranya ketika pemeriksaan menjumpai bahan-bahan lucah dan ia merupakan suatu kesalahan boleh tangkap tanpa waran,” katanya.
Razarudin berkata, situasi sama apabila terdapat aplikasi judi dalam talian di dalam telefon bimbit seseorang dan ia juga merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh ditangkap tanpa waran mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Beliau berkata, pemeriksaan tanpa waran boleh dilakukan sekiranya pegawai itu mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa kelewatan dalam memperoleh waran geledah akan menjejaskan penyiasatan seperti bukti dirosakkan atau dimusnahkan pemiliknya.

“Dalam kes sedemikian, pihak polis boleh mengambil telefon terbabit terlebih dahulu untuk diperiksa kemudian dan keengganan memberi kerjasama boleh menyebabkan seseorang itu ditahan kerana menghalang tugas polis.
“Telefon bimbit diambil daripada orang awam harus bertujuan siasatan yang relevan sesuatu kes disiasat atau mensyaki sesuatu kesalahan telah dilakukan oleh seseorang,” katanya.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi menegeaskan polis berhak untuk memeriksa telefon bimbit seseorang jika ada laporan polis dibuat terhadapnya atau jika ada siasatan dijalankan terhadapnya atau jika polis mengesyaki orang itu terbabit dalam perlakuan jenayah selari.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Sulung Ummi Nazeera Selamat Menjalani Pembedahan

Malang tak berbau- Anak kepada pelakon Ummi Nazeera mengalami kecederaan pada bahagian siku dan telah selamat menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Sunway.
Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagi Ummi Nazeera meluahkan rasa syukur apabila anak perempuan sulungnya itu semakin pulih.
Pelakon Sekali Aku Bahagia itu telah memuatnaik video di Instagram yang memaparkan Ayra ditolak selepas pembedahan.
“Alhamdulillah. @ayra.aneesah operation went well. I dont know what i would do without you. @izzar Thank you for being so calm. That makes me calm.”
“Semoga Izzar dan semua ayah di luar sana terus menjadi ayah yg baik dan hadir dalam hidup anak anak kita. Kita doakan ya.”
Ibu kepada kedua cahaya mata perempuan ini menyatakan terima kasih kepada suami tercinta iaitu Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang sentiasa berada di sisi secara tidak langsung membuatkan dia rasa tenang dan sedikit sebanyak memberikan kekuatan.
Ibu mana yang tidak sedih dan risaukan keselamatan anak apatah lagi melihat anak dalam kesakitan.
“Bila anak sakit, sangat penting ada suami atau ayahnya di sisi. Kadang-kadang ibu emosi, sedih tengok anak sakit” Kongsinya.
“To those asking, Ayra is feeling better but she has to be careful for the next 4-6 weeks to ensure her elbow is fully healed. No school.”
Ramai yang meinggalkan komen doa, ucapan dan juga tip pemulihan.
– “Even in POP (plaster of paris) kena banyakkan do exercise to regain hand mobility. Sis boleh cuba exercise such as putty exercise, finger tenndon glide, wrist flexion and extension exercise. All this exercise can do manually or boleh je beli alatan hand exercise di pharmacy or medical equipment store. Hope it helps!”
– “Poor Ayra. I hope she recovers well”
–”Aiyo poor Baby, heal well soon take your time ❤️ hugs @umminazeera Semoga cepat sembuh dan kembali ceria Ayra Aneesah!”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuti Penggal 1 Sesi 2025/2026 Bertembung Dengan Aidiladha

Cuti penggal 1 sesi 2025/2026 bertembung dengan Aidiladha. Selepas menempuh jadual pembelajaran yang padat dan aktiviti sekolah yang tidak putus-putus, guru dan pelajar akhirnya boleh menarik nafas lega.
Cuti Penggal 1 Sesi 2025/2026 Bertembung Dengan Aidiladha
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan tarikh Cuti Penggal 1 bagi sesi akademik 2025/2026, memberikan ruang istirahat yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh warga sekolah.
Rehat 12 Hari Bermula 29 Mei 2025
Berdasarkan Kalendar Akademik rasmi KPM, Cuti Penggal 1 akan bermula pada 29 Mei (Khamis) dan berakhir pada 9 Jun 2025 (Isnin), menjadikan jumlah hari rehat selama 12 hari. Tempoh ini dilihat sebagai waktu yang ideal untuk pelajar dan guru menyegarkan kembali fizikal dan mental selepas beberapa bulan bersekolah.

Bertembung Dengan Aidiladha – Bonus Berganda
Apa yang lebih menggembirakan, tempoh cuti ini turut bertepatan dengan sambutan Hari Raya Aidiladha yang dijangka jatuh pada 7 Jun 2025 (Sabtu). Ini sekali gus memberikan peluang kepada keluarga untuk merancang sambutan dan aktiviti bersama dengan lebih tenang, tanpa gangguan sesi persekolahan.
Kumpulan A dan B – Siapa Cuti Bila?
Sebagaimana kelaziman, KPM turut membahagikan kalendar cuti kepada dua kumpulan negeri.
Kumpulan A: Melibatkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Kumpulan B: Merangkumi negeri dan wilayah lain seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta tiga Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Kombinasi cuti pertengahan penggal dan sambutan Aidiladha ini pastinya memberikan kelegaan buat ramai. Ia bukan sahaja membuka ruang untuk berehat, malah membolehkan warga sekolah merancang masa berkualiti bersama keluarga.
Semoga rehat yang diberikan dimanfaatkan sepenuhnya sebelum kembali meneruskan perjuangan dalam dunia pendidikan.
Sumber: Sinar Harian/Sinar Bestari
Baca artikel lain juga: Anak Cuti Sekolah Jangan Biar Asyik Dalam Rumah, Hargai Masa Bersama!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


