Kini ramai ibu-ibu menyediakan chicken bone broth dan memasukkannya ke dalam makanan bayi. Bahagian kaki ayam direnih lama dengan beberapa bahan seperti sayur-sayuran, lemon dan minyak zaitun, ditapis dan disimpan dalam bentuk kiub beku. Ia kemudiannya dimasukkan ke dalam makanan bayi ketika proses memasaknya.
Apakah chicken bone broth ini sebenarnya bagus? Kebanyakan ibu mengatakan ia boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh dan mengelakkan anak jatuh sakit. Sejauh manakah keberkesanannya.
Menurut Pegawai Dietetik, KPJ Kajang, NurBaidurah Bazid, setakat ini tiada kajian sains yang menunjukkan rebusan kaki ayam boleh meningkatkan sistem imun badan.
Bahkan daripada sudut sains pemakanan sendiri, kaki ayam tidak mempunyai khasiat yang menyumbang kepada kebaikan imun badan.
Ads
Namun minyak zaitun dan lemon, benar, kedua-dua ini mempunyai khasiat yang meningkatkan sistem imun badan. Tetapi, penggunaan minyak zaitun tidak seharusnya digunakan untuk masakan yang tempohnya lama contohnya reneh, rebus atau menumis kerana ia akan menjadikan ikatan lemak dalam minyak zaitun itu lemak berbahaya, iaitu lemak trans.
Minyak zaitun seharusnya digunakan untuk masakan yang menggunakan api kecil dan tempoh masakan yang sekejap. Jadi saranan saya, untuk rebusan kaki ayam atau rebusan lainnya, jika ingin mencampurkan minyak zaitun ini, campuran dibuat semasa hidangan (tidak melibatkan api yang besar atau tempoh masakan yang lama) bukan semasa memasak.
Ads
Chicken bone broth mungkin memberi rasa sedap kepada makanan si kecil, namun tiada khasiat spesifik daripadanya. Yang saya bimbangkan, lemak daripada rebusan kaki ayam itu sendiri adalah lemak yang tidak sihat, iaitu lemak tepu.
Tip Buat Chicken Bone Broth Yang Sihat
Saranan saya, selepas merebus, tapis keluar minyak yang keluar semasa rebusan. Selain kaki ayam, rebusan isi ayam lebih saya galakkan kerana kandungan lemak yang lebih rendah.
Ads
Gantikan Dengan Yogurt
Antara makanan yang boleh meningkatkan sistem imun adalah minuman atau makanan berkultur (yang mengandungi bakteria baik) seperti yogurt. Bakteria baik ini menyihatkan usus, iaitu sistem penghadaman seterusnya meningkatkan daya imun, ini kerana 80 peratus sistem imun kita terletak di usus kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Otak adalah organ utama tubuh yang menyerap nutrisi dari makanan yang dimakan. Disebabkan itu, apa yang dimakan boleh mempengaruhi diri kita. Bukan itu saja, jika sejak dari kecil anak-anak dibiasakan pemakanan sihat, pasti akan membesar dengan baik dan daya fikiran juga bagus.
Menurut Perunding Kanan Malaysia Brain Academy, Dr Rizal Abu Bakar, beliau memberitahu banyak pemakanan yang diambil selama ini mempengaruhi otak setiap individu tanpa sedar.
Berikut antara perkongsian beliau:
MAKANAN YANG BAHAYAKAN OTAK
Tahukah kita ada banyak ‘makanan’ merosakkan otak? Lebih menakutkan adalah makanan ini adalah makanan biasa kita.
Dikongsikan 3 jenis makanan yang biasa dimakan oleh rakyat Malaysia. Pastinya ia adalah hasil dari kajian.
Contoh makanan ialah:
1. Tauhu – ada phytoestrogen. Beri kesan buruk pada memory. Turunkan prestasi otak. Berlaku apabila dimakan lebih dari sembilan kali dalam seminggu.
Semak jurnal Dementia and Geriatric Cognitive Disorders untuk detail maklumat.
2. Garam – kajian dapati apabila kita ambil antara 10-15g garam sehari selama seminggu, ia dedahkan kita pada nyanyuk (baca alzhemer).
Untuk bacaan lanjut semak jurnal Neurobiology of Aging
3. Makanan deep fried. Banyak sangat kajian berkenaan hal ini. Banyak makan makanan deep fried tingkatkan tahap kebodohan. 25-35% itu biasa.
Elakkan beri anak makanan seperti ini. Kita pun perlu jauhi benda puaka ini.
Otak kita tanggungjawab kita. Hentikan dari terus menjadi peracun otak sendiri dan keluarga.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemakanan yang seimbang sangat penting bagi memastikan berat badan atau BMI dalam keadaan normal dan sihat.
Selain mengamalkan sayur-sayuran dan buah-buahan, anda serta ahli keluarga juga boleh mengamalkan makan kekacang kerana kekacang antara snek yang sihat dan boleh membantu mengurangkan berat badan.
Bayangan segenggam kacang kuda ada:
1. Folate – 12% dari keperluan harian
2. Fiber – 2g
3. Protein – 3g
4. Zat besi -4% dari keperluan harian
5. Fosforus – 5% dari keperluan harian
6. Copper – 5 % dari keperluan harian
7. Manganese – 14% dari keperluan harian
Kalau nak turunkan berat badan boleh cuba kacang kuda ni. Kacang kuda bagi rasa kenyang. Bagi hormon kenyang leptin keluar. Dia benamkan hormon lapar.
Kajian dari George Mason University dapati kesan yang hebat kalau ambil kacang kuda ni. Dalam kajian peserta;
1. tidak berisiko untuk obes
2. BMI turun dan
3. ukur lilit pinggang juga jadi kecil.
Untuk yang ada diabetes, chickpeas ni stabilkan gula dalam darah. Ada kajian menarik di American Journal of Clinical Nutrition pasal diabetes ni.
Kajian ini dapati mereka yang ambil 200g chickpeas turun gula dalam darah sebanyak 21%. Banyak tu.
Paling win sekali ialah makan chickpeas bantu keluarkan butyrate dan saponins. Butyrate turunkan inflamasi pada sel colon. Rendahkan risiko dari terkena colon cancer.
Saponins pula hebat dalam halang pertumbuhan tumor. Hebatkan.
Bolehlah cuba! Kalau susah nak panggang ayam beli saja ayam panggang. Untuk chickpeas rebus pakai pressure cooker kalau nak cepat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal.
Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.
Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami kekurangan berat badan?
Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.
Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?
Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.
Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk:
Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.
Penyakit seperti jangkitan cacing.
Tekanan.
Senaman yang berlebihan
Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.
Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan? Jika doktor menyarankan pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:
Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada
Panduan Piramid Makanan Malaysia.
Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.
Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.
Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.
Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.
Apakah yang patut anak saya makan?
Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin.
Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa dia makan.
Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari.
Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti kismis), lobak merah dan kacang.
Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakkan walaupun terdapat sedikit perubahan. Anda perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan bersabar.
Bagaimana saya boleh bantu anak saya rasa positif tentang imej dirinya?
Perlu diingat bahawa setiap anak adalah unik dan begitu juga bentuk badannya. Kanak-kanak berbeza dari segi saiz, bentuk dan ketinggian. Mereka juga membesar pada kadar berbeza. Walau bagaimanapun, yang penting, anak anda sihat.
Jangan timbang anak anda terlalu kerap. Rumah sepatutnya tempat yang selesa dan tidak rasa terasing oleh kanak-kanak. Doktor mungkin mengesyorkan lawatan ke klinik yang kerap untuk memantau perkembangan anak anda. Gunakan kesempatan ini untuk memperoleh maklumat mengenai berat badan anak anda. Selain itu, tumpukan perbincangan mengenai berat badan.
Berat badan sihat adalah berat yang boleh dikekalkan secara sihat dengan memastikan kanak-kanak cukup zat, aktif dan mempunyai perasaan yang positif terhadap tubuh badan dan saiz mereka.
Di dalam periuk nasi elektrik, tanak beras bersama puri tomato, ¼ jus tomato dan air. Tambah 1 sudu makan marjerin.
Sementara itu, tumis bawang putih, halia dan bawang besar dalam kuali berasingan. Masukkan tomato yang dipotong dadu serta baki jus tomato. Tambah hirisan daging dan masak hingga empuk. Tambah lebih air, jika perlu. (Untuk kanak-kanak kecil, gunakan daging cincang atau ayam)
Tutup api dan letakkan berasingan.
Sendukkan nasi ke dalam acuan jeli berbentuk bulat. Buat satu lekuk di tengah-tengah nasi dan letakkan daging yang telah ditumis ke dalam lekuk tersebut.
Telungkupkan nasi tomato berserta daging ke atas pinggan dan hidangkan.
Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) : 173.0
Protein (g) : 10.0
Zat Besi (mg) : 3.5
Lemak (g) : 2.0
Kalsium (mg) : 25.01 – 3 Tahun
Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 1 – 3 Tahun
Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
1 keping roti bakar
2 sudu kecil marjerin
Minum Pagi
½ potong betik
2 keping biskut
1 gelas minuman bersusu
Makan Tengah hari
1 cawan nasi (tambah 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
1 ekor ikan kembung
1 cawan sayur bayam
1 gelas air kosong
1 biji pisang
Makan Malam
1 cawan mi goreng (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
½ cawan sayur
1 gelas air kosong
½ potong betik
Makan Lewat Malam
1 gelas susu (penuh krim)
Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 4 – 6 Tahun
Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
½ cawan nasi goreng (tambahkan
1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
½ cawan sayur 1 telur goreng
Makan Malam
1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
1 cawan sayur
1 gelas air kosong
1 biji epal
Kredit: MyHealth Portal
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.