Apabila bayi cirit birit, ia keadaan yang membimbangkan kerana boleh menyebabkan si manja dehidrasi. Jom ketahui petua hilangkan cirit-birit bayi melalui penyusuan dan pemakanan.
Cirit-birit adalah apabila keluar najis cair atau berair. Bagi sesetengah anak, ia adalah masalah ringan dan akan hilang dalam masa beberapa hari. Namun ada juga yang berlanjutan.
Jika itu situasinya ia akan menyebabkan si kecil kehilangan terlalu banyak cecair atau mengalami dehidrasi dan berasa lemah.
Dehidrasi kesan bayi cirit birit
Dehidrasi bermakna tubuh kehilangan terlalu banyak cecair – boleh terjadi kerana cirit-birit. Biasanya akan turut menyebabkan kehilangan 3% berat badan. Ia merupakan komplikasi cirit-birit yang tidak boleh dipandang ringan.
Berikut antara tanda dehidrasi disebabkan bayi cirit birit:
Air kencing berkurangan – tidak kencing lebih daripada 8 jam – berlaku pada awal dehidrasi. Warna air kencing gelap juga petanda anak dehidrasi
Lidah dan bahagian dalam mulut kering. Bibir yang kering bukan petanda khusus
Mata kering dan air mata berkurangan atau tiada
Bahagian ubun-ubun bayi tenggelam
Ujian isi semula darah perlahan – lebih daripada 2 minit. Mula -mula tekan ibu jari dan biarkan ia pucat, kemudian lepaskan. Kira tempoh masa yang diperlukan untuk kuku menjadi merah jambu semula
Si kecil lebih meragam dan kelihatan sakit
Petua hilangkan cirit-birit bayi & anak kecil
Matlamat utama merawat bayi cirit birit adalah untuk mengelakkan dehidrasi kesan daripada kehilangan terlalu banyak air dan mineral daripada tubuh.
Apabila keadaan itu berlaku, cecair tubuh mesti diganti. Ia boleh dilakukan dengan kerap memberikan anak cecair.
Ads
Anda juga boleh memberikan anak larutan rehidrasi oral (ORS) – campuran air bersih, garam dan gula. Tetapi pastikan anda bertanya kepada doktor terlebih dahulu.
Jika masalah cirit-birit yang dialami anak adalah jenis ringan, mereka boleh makan seperti biasa.
Jika menyusu badan:
Teruskan proses penyusuan susu badan, lakukan dengan lebih kerap
Jika cirit-birit teruk, berikan ORS antara sesi penyusuan
Apabila cirit-birit berkurangan, hentikan pemberian ORS dan teruskan penyusuan seperti biasa
Petua hilangkan cirit-birit bayi & anak kecil minum susu formula
Berikan jumlah cecair yang sedikit tetapi kerap, antara 30-60 mL setiap 30 minit dapat memperbaiki gejala. Mulakan dengan 1 sudu teh (5 mL) setiap 5 minit dan ditingkatkan jumlahnya secara beransur-ansur selagi boleh diterima anak
Terus memberikan susu formula seperti biasa. Jika cirit-birit teruk, berikan ORS antara sesi penyusuan
Jika selepas susu diberikan dan cirit-birit tidak sembuh, hentikan. Dalam sesetengah kes, susu boleh memburukkan lagi simptom. Cuba susu berasaskan soya
Jangan memberikan anak jus epal, soda atau minuman manis lain kerana ia hanya akan memburukkan cirit-birit
Jika bayi sihat selepas 24 jam, teruskan jadual penyusuan seperti biasa
Sekiranya keadaan bayi menjadi lebih teruk, berikan cecair jernih sahaja
Tip atasi bayi cirit birit bagi yang telah mengambil makanan pejal
Perlu diingatkan bahawa cecair adalah lebih penting daripada makanan pejal ketika ini, maka tidak perlu tergesa-gesa untuk memberikan anak makan
Jangan paksa anak makan sekiranya mereka mengalami sakit perut atau kekejangan
bayi cirit birit
Ads
Jangan memberikan anak makan dalam jumlah yang banyak walaupun mereka lapar, kerana ia akan memburukkan keadaan. Tingkatkan jumlah makanan secara perlahan-lahan mengikut kesesuaian
Jika susu yang diberikan menyebabkan cirit-birit tidak hilang, hentikan susu. Cuba untuk berikan anak ORS
Untuk masalah cirit-birit teruk, berikan ORS antara sesi penyusuan
Sekiranya si kecil sihat selepas 24 jam, cuba berikan anak makanan pejal seperti bijirin, buah atau sayuran seperti pisang, lobak merah atau kentang dilenyekkan, roti bakar kering, sup dengan mi beras
Jangan berikan anak cirit-birit makanan tinggi lemak
Elakkan beri anak makanan tinggi gula seperti jus buah dan soda
Ads
Untuk bayi 4 bulan ke atas yang keadaannya lebih baik, anda boleh berikan mereka bijirin, kentang, pisang atau lobak merah dilenyekkan. Bayi setahun ke atas boleh diberikan kraker, roti putih, nasi atau makanan berkanji lain
Anda boleh teruskan diet normal anak dari masa ke masa jika keadaannya lebih baik
Jika keadaan anak semakin teruk selepas makan, kembali berikan cecair jernih
Elakkan daripada memberikan bayi atau si kecil minum minuman sukan atau tenaga.
Ini kerana ia mengandungi terlalu banyak gula dan tidak cukup elektrolit untuk memulihkan masalah dehidrasi yang dialami si kecil. Bahkan ia tidak sama dengan ORS.
Kesimpulannya
Masalah bayi cirit birit adalah perkara biasa untuk terjadi. Dalam kebanyakan kes ia akan hilang dengan sendiri serta tidak memerlukan rawatan
Anda boleh memastikan bayi selesa dan kekal terhidrat di rumah sehingga serangan cirit-birit hilang. Dalam kes yang jarang berlaku, cirit-birit mungkin akan berlanjutan lebih lama daripada biasa.
Sekiranya cirit-birit tidak hilang mahupun semakin teruk selepas tempoh 24 jam atau selepas mencuba petua hilangkan cirit-birit bayi, bawa anak untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanda bahaya selepas bersalin yang mungkin terkena pada ibu berpantang boleh mengancam kesihatan dan nyawa. Jadi, ibu selepas bersalin kena tahu apa antara masalah bahaya tersebut supaya dapat mengawasi diri sendiri.
Selain gembira menyambut kelahiran anak, ibu juga perlu memahami perubahan diri sendiri dan menyesuaikan situasi baru sebaik bergelar ibu. Kesihatan diri jangan sesekali diabaikan biarpun ada pelbagai kemungkinan perkara boleh berlaku.
Cuba semak apakah antara perkara yang patut diberi perhatian oleh ibu selepas melahirkan anak.
Tanda bahaya selepas bersalin yang ibu kena tahu
Sekiranya ibu lepas bersalin ada mengalami beberapa tanda bahaya berikut seperti dikongsi dalam Hello Doktor
Faraj bengkak/nanah
Keadaan ini boleh berlaku ke atas wanita yang bersalin secara normal. Biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman pada jahitan selepas beranak. Elakkan memicit bisul pada faraj kerana ia akan memburukkan lagi jangkitan pada faraj. Selain itu, kurangkan bergerak dan pakai seluar yang longgar supaya keadaan supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk.
2. Jangkitan luka pembedahan
Sekiranya bersalin secara pembedahan, anda perlu berwaspada tentang parut perut.
Sekiranya mengalami gejala berikut, segera rujuk kepada doktor kerana ia boleh menyebabkan petanda keradangan pada luka pembedahan.
Kesakitan yang teruk pada luka pembedahan
Parut pembedahan berdarah, bengkak atau keluar cecair
Perut kembung dan rasa kenyang
Demam
3. Keluar nanah dari faraj
Satu lagi tanda bahaya perlu anda perhatikan ialah nanah keluar dari faraj. Keadaan ini mungkin menunjukkan jangkitan pada perut atau peritonitis.
Jangkitan ini boleh berlaku sama ada selepas bersalin normal atau pembedahan cesarean.
Peritonitis adalah keadaan yang sangat berbahaya. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, jangkitan boleh merebak ke buah pinggang, usus dan hati.
4. Pendarahan berlebihan
Dalam tempoh nifas atau pendarahan lochia, ibu akan mengeluarkan sejumlah darah seperti haid yang berlangsung sehingga 6 minggu atau 42 hari.
Namun, jika darah yang keluar terlalu banyak maka anda harus sedar tentang keadaan bahaya ini.
Segera dapatkan nasihat doktor jika pendarahan berlebihan disertai dengan gejala seperti:
Menggigil
Kulit pucat
Pening dan sakit kepala
Jantung berdebar
Sakit teruk bahagian bawah abdomen
Bau busuk pada faraj
Keadaan ini boleh jadi petanda rahim membengkak atau terdapat sisa-sisa plasenta yang tertinggal di dalamnya.
5. Kerap berasa dahaga tetapi kurang kencing
Anda juga perlu berhati-hati jika sering berasa dahaga tetapi kurang membuang air kecil. Lebih-lebih lagi jika anda mengalami kesakitan dan kesukaran buang air kecil.
6. Loya, muntah dan hilang selera makan
Simptom ini juga boleh menunjukkan masalah selepas bersalin seperti jangkitan pada rahim.
7. Sakit kepala atau migrain teruk
Anda berisiko mengalami sakit kepala pada minggu pertama selepas bersalin. Ini biasanya berlaku disebabkan oleh perubahan hormon, tekanan dan keletihan.
Walau bagaimanapun, berhati-hati jika anda mengalami sakit kepala atau migrain teruk kerana ia boleh menjadi tanda preeklampsia.
Segera dapatkan nasihat doktor jika sakit kepala disertai dengan gejala seperti:
Penglihatan kabur
Tekanan darah tinggi
Bengkak muka, tangan dan kaki
Peluh berlebihan
Pening dan muntah
8. Sesak nafas
Keadaan ini boleh berlaku jika terdapat penyumbatan pada saluran darah di paru-paru (embolisme pulmonari).
Ini disebabkan oleh air ketuban yang masuk dalam saluran darah, dibawa ke paru-paru dan menyebabkan penyumbatan.
Keadaan biasanya berlaku sejurus selepas bersalin dan boleh berisiko untuk kematian.
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Sebenarnya perlindungan paling baik yang kita boleh berikan pada anak adalah memastikan mereka mendapat semua imunisasi yang lengkap. Bagi ibu bapa berkemampuan ada yang mengambil vaksin tambahan untuk perlindungan anak.
Berikut senarai vaksin tambahan untuk bayi. Yang mana bayi anda dah ambil?
Pneumococcal – ada beberapa jenis iaitu Prevenar dan Synflorix. Boleh di ambil seawal 2 bulan. Untuk mengelakkan jangkitan paru-paru akibat kuman Pneumocuccus. Selain itu juga mampu mengelakkan jangkitan telinga, jangkitan selaput otak dan jangkitan dalam darah akibat kuman Pneumococcus.
Influenza – Influenza bukan batuk/selsema yang biasa. Ia adalah lebih teruk dan antara penyebab utama kemasukan baby ke hospital. Ia akan menyebabkan demam panas, sakit badan, hilang selera makan, batuk dan selsema teruk. Selain itu, baby juga mungkin dehydrated kerana tidak cukup minum.
Rotavirus – Rotavirus vaksin (Rotarix) boleh diambil sejak umur 2 bulan, dan mesti complete 2 dos pada 8 bulan. Vaksin ini unik sebab diambil secara oral. Kena minum, buka cucuk. Rotavirus sangat mudah berjangkit dan antara penyebab utama masalah cirit-birit dan muntah di kalangan kanak-kanak kecil yang dimasukkan ke wad.
Chicken Pox – Chicken pox dan campak adalah 2 penyakit sangat jauh berbeza. Chicken pox (jangkitan virus varicella zoster) manakala campak adalah measles. Measles diberi vaksin pada umur 9 bulan dan 12 bulan dalam jadual vaksin wajib. Kalau tak nak bayi kena chicken pox, naik ruam, sampai jadi parut, boleh la ambil vaksin chicken pox ni.
Meningococcal – Kuman meningococcal ni akan menyebabkan jangkitan yang teruk pada selaput otak, yang dipanggil meningitis. Jangkitan kebiasaannya sukar dikesan dan kadar kematian akibatnya adalah sangat tinggi jika lambat dirawat. Inilah kes yang mana air tulang belakang perlu diambil untuk memastikan jangkitan meningitis.
Anak adalah rezeki yang dianugerahkan oleh Allah SWT sebagai satu amanah yang penuh tanggungjawab buat setiap ibu ayah. Kebahagiaan bertambah indah dengan hadirnya cahaya mata.
Tidak semestinya hanya untuk anak sulung tetapi setiap kelahiran itu diraikan dengan penuh kesyukuran.
Pelakon cantik yang juga merupakan kakak kepada Aprena Manrose iaitu Oktovia Manrose telah selamat melahirkan bayi perempuannya pada 6 Disember yang lepas.
“Alhamdulillah saya selamat melahirkan permaisuri hati saya pada 6 Dec 22 jam 20.40 malam. Rahsia Allah dan perancangannya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya. Alhamdulillah kami dah ada sepasang.”
Terdahulu, Oktovia telahpun mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 tahun menerusi perkahwinan pertamanya. Bayi perempuan ini pula merupakan anak kedua Oktovia bersama suaminya sekarang iaitu Mohamad Khairul Efsan Mdisa.
Kelahiran bayi perempuan ini menjadi kurniaan terindah buat pasangan ini dan melengkapkan sepasang cahaya mata Oktovia.
Pelakon ini juga melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suaminya sepanjang perkahwinan mereka selama setahun.
“Untuk kesayanganku, terima kasih kerana menjadi pasangan dan ayah kepada anak perempuanku. Kamu istimewa buatku setiap hari dan menjadi kekuatanku. Moga-moga kita terus berjalan beriringan sambil berpegangan tangan di laluan yang sama! Aamiin.. Aku akan sentiasa menyayangimu sepenuh hatiku. Selamat ulang tahun yang pertama buat kita!.”
Menjenguk ke ruangan komen, ramai rakan artis serta warganet yang memberi ucapan tahniah di atas kelahiran bayi perempuan ini;
Tahniah buat Oktovia dan keluarga di atas kelahiran bayi perempuan ini. Semoga anak ini tumbuh membesar dengan sihat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Tahniah sekali lagi!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.