Tahukah anda bahawa dapur di rumah ada boleh menjadi ‘farmasi’ segera sekiranya anda sekeluarga mengalami penyakit ringan tertentu. Sama jugalah halnya dengan ibu hamil. Memandangkan bahan-bahan ini adalah semula jadi, maka ia lebih baik berbanding ubat-ubatan lain.

Apabila ada lima bahan ini di dapur rumah setiap masa, jadi anda dengan mudah membuat langkah pencegahan atau rawatan awal jika berlaku serangn penyakit. Malah, memandangkan ia turut dikenali sebagai superfood, maka bolehlah anda mengamalkannya secara rutin demi memastikan diri dan kandungan kuat

Bawang putih

Daripada sudut kesihatan, bawang putih terkenal sebagai bahan yang dapat menguatkan sistem imun tubuh. Jika anda mengalami masalah batuk dan selesema, inilah bahan yang patut digunakan. Ia sangat berkesan!

Bahan Dapur Ini Bermanfaat Untuk Kesihatan Ibu Hamil. Wajib Ada Di Setiap RumahAntara lain ia turut membantu anda menyihatkan tulang, menstabilkan gula dalam darah kerana ia dapat meningkatkan kadar insulin dalam darah sekaligus mengelakkan penyakit diabetes.

Halia

Sangat efektif melegakan masalah loya ketika fasa morning sickness yang kemungkinan anda alami semasa hamil.

Ads

Bahan Dapur Ini Bermanfaat Untuk Kesihatan Ibu Hamil. Wajib Ada Di Setiap RumahMalah, ia membantu melegakan masalah sakit otot dan sengal badan. Selain itu, ia dapat menolong mengurangkan kandungan gula dalam darah dan masalah angin dalam badan.

Lemon

Lemon mengandungi Vitamin C yang tinggi dan ini sangat membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh.

Ia juga membantu melegakan masalah sembelit dan pada masa yang sama menyingkirkan toksik daripada dalam tubuh. Amalkan minum air lemon suam setiap kali selepas makan tengahari atau malam.

Ads

Bahan Dapur Ini Bermanfaat Untuk Kesihatan Ibu Hamil. Wajib Ada Di Setiap RumahJika anda demam semasa hamil, lemon dapat membantu merawatnya. Hal ini kerana lemon berfungsi menurunkan suhu badan yang tinggi dengan menggalakkan perpeluhan.

Madu

Ia turut bertindak sebagai makanan pemberi tenaga. Amalan pengambilan madu setiap pagi dapat membantu memberikan tenaga yang berpanjangan. Jadi, dapatlah anda melaksanakan tanggung jawab harian dengan efisyen.

Ads

Madu juga membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Amalan memakannya setiap hari dapat menguatkan tubuh dan mengelakkan diri anda daripada mudah dijangkiti penyakit.

Bahan Dapur Ini Bermanfaat Untuk Kesihatan Ibu Hamil. Wajib Ada Di Setiap RumahAntara lain, madu juga bersifat laksatif dan ini dapat membantu dalam proses penghadaman dengan lancar sekiranya anda mengalami sembelit semasa hamil.

Untuk anda yang mengalami masalah sukar tidur terutamanya di akhir trimester kehamilan, amalkan pengambilan madu yang dicampurkan dalam segelas susu setiap kali sebelum masuk tidur pada waktu malam. Ianya dapat membantu anda mendapat tidur yang lebih lena kerana kandungan asid amino, vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya bertindak sebagai penenang semula jadi.

Cuka epal

Cuka epal juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit yang anda alami. Campurkan sesudu kecil madu bersama sesudu kecil cuka epal ke dalam segelas air kosong. Minum setiap kali sebelum waktu makan.

Bahan Dapur Ini Bermanfaat Untuk Kesihatan Ibu Hamil. Wajib Ada Di Setiap RumahAmalan meminum cuka epal sehari-hari juga dapat membantu anda menigkatkan kecergasan tubuh kerana kandungan asid amino, pottassium dan enzim yang terkandung di dalamnya sangat berkesan dalam menghilangkan rasa keletihan badan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI