Tahukah anda bahawa dapur di rumah ada boleh menjadi ‘farmasi’ segera sekiranya anda sekeluarga mengalami penyakit ringan tertentu. Sama jugalah halnya dengan ibu hamil. Memandangkan bahan-bahan ini adalah semula jadi, maka ia lebih baik berbanding ubat-ubatan lain.
Apabila ada lima bahan ini di dapur rumah setiap masa, jadi anda dengan mudah membuat langkah pencegahan atau rawatan awal jika berlaku serangn penyakit. Malah, memandangkan ia turut dikenali sebagai superfood, maka bolehlah anda mengamalkannya secara rutin demi memastikan diri dan kandungan kuat
Bawang putih
Daripada sudut kesihatan, bawang putih terkenal sebagai bahan yang dapat menguatkan sistem imun tubuh. Jika anda mengalami masalah batuk dan selesema, inilah bahan yang patut digunakan. Ia sangat berkesan!
Halia
Sangat efektif melegakan masalah loya ketika fasa morning sickness yang kemungkinan anda alami semasa hamil.
Lemon
Lemon mengandungi Vitamin C yang tinggi dan ini sangat membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh.
Ia juga membantu melegakan masalah sembelit dan pada masa yang sama menyingkirkan toksik daripada dalam tubuh. Amalkan minum air lemon suam setiap kali selepas makan tengahari atau malam.
Madu
Ia turut bertindak sebagai makanan pemberi tenaga. Amalan pengambilan madu setiap pagi dapat membantu memberikan tenaga yang berpanjangan. Jadi, dapatlah anda melaksanakan tanggung jawab harian dengan efisyen.
Madu juga membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Amalan memakannya setiap hari dapat menguatkan tubuh dan mengelakkan diri anda daripada mudah dijangkiti penyakit.
Untuk anda yang mengalami masalah sukar tidur terutamanya di akhir trimester kehamilan, amalkan pengambilan madu yang dicampurkan dalam segelas susu setiap kali sebelum masuk tidur pada waktu malam. Ianya dapat membantu anda mendapat tidur yang lebih lena kerana kandungan asid amino, vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya bertindak sebagai penenang semula jadi.
Cuka epal
Cuka epal juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit yang anda alami. Campurkan sesudu kecil madu bersama sesudu kecil cuka epal ke dalam segelas air kosong. Minum setiap kali sebelum waktu makan.