Sebut sahaja nasi goreng pasti kita sudah terbayangkan nasi goreng panas yang dihidang sebaik diangkat dari kuali. Nasi Goreng Permaisuri Agong sememangnya sudah cukup dikenali, namun nasi goreng yang diolah semula oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini tak kurang hebatnya.
Ditumis menggunakan mentega, nasi goreng Permaisuri Agong ini jadi lagi sedap. Ringkas tapi padu. Jom cuba!
Bahan-bahan: (1 orang makan)
1 mangkuk nasi sejuk
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili padi
1 sudu kecil garam
1 sudu besar mentega
1 biji telur
1 ulas bawang putih (optional)
1 batang daun bawang (optional)
Ini nasi semalam. Nasi goreng mentega ni dinamakan Nasi Goreng Permaisuri oleh orang ramai sebab ia dikongsi olej Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Garam, cili dan bawang putih. Ikut resepi asal, tiada bawang putih tapi sebab saya suka bawang putih maka saya letaklah. Kita yang masak, kita yang makan, maka kita boleh tambah apa kita suka.
Saya guna cobek ni untuk lumatkan bahan tadi. Kau orang boleh guna lesung atau pengisar. Kalau nak beli cobek ni, boleh cari dekat Shopee. Kalau ada cobek ni, memang best nak menyambal.
Saya guna mentega, ada orang guna Planta (marjerin). Mentega asalnya dari susu, merjerin pula dari lemak sayuran. Rasanya berlainan sikit, tapi dua-dua pun sedap untuk masak nasi goreng.
Bila mentega dah cair dan panas, masukkan cili yang kita dah lumatkan tadi. Pastikan api tak terlalu besar kerana mentega ni boleh hangus. Kita tak nak dia hangus. Tumis sampai harum!
Pecahkan sebiji telur. Tak kisah apa-apa gred. A ke B Ke C ke D.
Bila telur dah masak, masukkan apa-apa yang kau nak. Ayam ke, ikan bilis ke, udang kering ke. Boleh belaka. Akhir sekali masukkan nasi sejuk dan gaul sampai rata.
Siap! Macam tu je cara masaknya. Mudah, kan? Saya tabur sikit duit bawang sebab saya suka makanan yang meriah warna dia. Ada warna merah, kuning dan hijau.
Sebenarnya yang buat nasi goreng ni jadi sedap sebab ada mentega tu. Ia beri rasa mewah dan berlemak. Mentega tu mahal weh! Tadi saya pun diam-diam je ambil sikit isteri punya mentega. Heh!
OK close up!
Menarik: